Thursday, 8 January 2015

BERAPA KALIKAH IBU PERLU MEMERAH SUSU DALAM SEHARI?




Apa khabar ibu hari ini?
Sudah berapa sesi memerah di pejabat hari ini?

MASALAH IBU:

Cikgu, berapa kalikah kita perlu memerah setiap hari? Saya ibu yang bekerja dan ada masalah susu tidak cukup apabila mula kembali bekerja. Stok makin susut, hasil susu perahan pula makin lama makin berkurang. Bantu saya cikgu..


PENYELESAIAN CIKGU SUSU:


Nak tahu punca tak cukup susu?
Antara puncanya tidak cukup rangsangan dan jadual memerah yang tidak sesuai dengan penghasilan susu ibu.

Tahukah anda, KUNCI utama penghasilan susu yang berterusan adalah rangsangan yang kerap dari hisapan bayi bila kita bersama si comel DAN pengeluaran susu yang kerap dari payudara bila kita tidak bersama bayi.

Jadi ibu-ibu bekerja, kita perlu ada satu JADUAL SASARAN MENGEPAM yang sesuai dengan penghasilan susu kita.

Kenapa perlu Jadual SASARAN Mengepam?
Kerana kita perlu ada SASARAN atau TARGET berapa jumlah susu yang perlu kita dapatkan dalam setiap sesi perahan dan berapa jumlah susu perahan yang cukup untuk dibekalkan kepada pengasuh satu hari.

Bagi ibu yang baru nak mula bekerja atau ibu yang ada masalah susu tak cukup bila dah masuk kerja, follow tips di bawah ini.


**Tips ini melibatkan pengiraan Matematik sikit ye mommies, jadi sediakan pen dan kertas bersama mommies untuk lebih faham:


Berapa oz bayi perlukan sehari?

1. Ambil 2 hari untuk pemberian susu melalui cara lain. (Konon-konon ibu dah mula bekerja)

2. Monitor dan catatkan berapa jumlah susu (oz) yang diminum bayi sekali minum. (Rekodkan sebagai A)

3. Monitor kekerapan bayi (setiap berapa jam) minum susu dalam sehari (anggaran waktu kita tinggalkan bayi semasa bekerja). (Rekodkan sebagai B)

4. Monitor dan kira berapa jumlah yang diminum bayi sepanjang tempoh bekerja ibu. (Catatkan sebagai C)

5. Jumlah susu yang diperlukan bayi anda setiap hari adalah [A × B = C oz]

Berapa kali anda perlu memerah dalam sehari?

1. Rekodkan kuantiti susu yang diperolehi dalam satu sesi perahan. (Catatkan sebagai D).

2. Kekerapan mengepam (jumlah sesi perahan) adalah jumlah susu yang diperlukan bayi sehari bahagi jumlah susu yang diperolehi dalam 1 sesi. (Catatkan sebagai E).

3. Sesi mengepam anda dalam sehari adalah, [E = C ÷ D]

4. Hari pertama untuk catat dan rekod maklumat di atas.

5. Hari kedua untuk mula melaksanakan jadual yang ibu dapat dari maklumat di atas.


Hasil dari soalan dan jawapan di atas ibu akan dapat 2 jadual:

1. Jadual pemberian susu ibu, sebagai panduan kepada penjaga bayi nanti.
2. Jadual Sasaran Mengepam ibu, sebagai panduan memerah di pejabat nanti.


Selamat mencuba.

Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.








1 comment:

  1. Salam Cikgu,

    Bagaimana hendak rekod A sekiranya penyusuan terus dari breast?. Bagaimana hendat mengetahui sukatannya?

    ReplyDelete