Friday, 16 January 2015

SAKIT SETIAP KALI MENYUSU, ADAKAH NORMAL?



SOALAN IBU:

Cikgu, kenapa setiap kali menyusu saya rasa sakit ya? Sekarang susu dah mula banyak tapi lepas bayi menyusu breast masih rasa berat, bila picit masih keluar banyak susu. Bila periksa pada bahagian puting susu ada kesan luka sikit. Normal ke sakit setiap kali menyusu cikgu?



JAWAPAN CIKGU SUSU:


Soalan di atas biasa cikgu dengar dari ibu yang mungkin mengalami masalah dengan penyusuan kali pertama.


Kadang-kadang bila ibu buat pemeriksaan bulanan (monthly check-up), doktor scan kandungan, kita nampak baby sedang hisap jari atau mengecap-ngecap bibir. Kenapa ya? Sebab MENYUSU SUSU IBU ADALAH FITRAH BAGI BAYI. Tahukah ibu, perlakuan seperti menghisap susu (suckling motion) telah dilakukan oleh bayi sejak di dalam kandungan ibu lagi untuk melatih bayi menyusu selepas lahir nanti.

Salah satu penyebab luka semasa menyusu adalah kerana lekapan bayi. Ibu perlu tahu CARA LEKAPAN yang betul untuk memastikan penyusuan berjaya dilakukan. Ibu tidak akan rasa sakit dan luka pada bahagian puting susu amat jarang berlaku jika bayi menyusu dengan cara yang betul.



Sumber: Google

Ramai ibu beranggapan yang ibu tidak dapat menyusukan bayi dengan keadaan puting yang tenggelam (inverted), kecil atau rata (flat nipple). Tahukah ibu, ibu masih boleh menyusukan seperti biasa walaupun keadaan puting ibu tenggelam, kecil atau rata.

Payudara ibu diumpamakan seperti satu cawan berisi air, manakala puting susu adalah straw. Tanpa straw, kita masih boleh minum air di dalam cawan tersebut. Maka yakinlah ibu, dengan cara yang betul ibu pasti dapat menyusukan anak ibu.

Ini kerana, susu dapat dikeluarkan dengan betul jika hisapan berlaku di tampuk hitam (areola). Ya, kawasan yang berwarna sedikit gelap di sekeliling puting tersebut mengandungi banyak saluran susu. Hisapan yang tepat di areola akan mengeluarkan susu yang berada di dalam payudara ibu dengan efektif. 



BAGAIMANA CARANYA MEMULAKAN LEKAPAN PERTAMA?

Sumber: Google

Setiap bayi akan menunjukkan beberapa signal ingin menyusu yang tertentu untuk memberitahu yang mereka bersedia untuk menyusu. Antaranya tidur yang mula terganggu, bebola mata bergerak-gerak, menggeliat, menghisap jari dan merengek. Menangis adalah signal terakhir yang ditunjukkan bayi. Tangisan bayi semakin nyaring dan kuat apabila terlalu lapar.

Apabila bayi sudah mula menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu, mulakan lekapan seperti dalam gambarajah di atas.

1. Peluk dan rapatkan bayi ke ibu. (Important: Bring baby to breast, NOT breast to baby)
2. Pastikan dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
3. Pegang payudara ibu dalam bentuk pegangan C, dalam jarak satu inci dari areola (tampuk hitam).
4. Sentuhkan puting ibu ke ruang antara hidung dan bibir bayi, acah-acah sehingga bayi membuka mulut dengan luas (seperti menguap).
5. Masukkan puting ke dalam mulut bayi.
6. Pastikan sebahagian besar areola (tampuk hitam) berada di dalam mulut bayi.
7. Kedua-dua ibu dan bayi mestilah berada di dalam posisi yang selesa. Gunakan nursing pillow untuk membantu menyokong tangan ibu.



BAGAIMANA MENGENALPASTI JIKA LEKAPAN IBU ADALAH BETUL dan PENYUSUAN BERJAYA DILAKUKAN?

1. Dagu bayi bersentuhan dengan payudara ibu.
2. Bibir atas dan bibir bawah bayi terbuka.
3. Lidah bayi di bawah puting ibu.
4. Pipi bayi kembung
5. Kedengaran bayi menelan susu dan hisapan bayi yang perlahan dan mendalam dalam pattern "hisap telan, hisap telan". 
6. Payudara berasa ringan dan kosong selepas sesi penyusuan. 



APAKAH POSISI MENYUSU YANG SESUAI DAN SELESA UNTUK IBU?

Ada pelbagai posisi yang ibu boleh cuba, yang penting posisi tersebut boleh membuatkan ibu selesa semasa sesi menyusu dan tidak mengganggu lekapan bayi ketika menyusu. 


Sumber: Google


Jika bayi ada masalah untuk menyusu kali pertama, ibu jangan putus asa. Amalkan posisi football hold atau cradle hold untuk bantu bayi dapat lekapan yang betul. 

Usahakan untuk lekapan setiap hari sehingga ibu dan bayi berjaya. Bagi masa kepada ibu dan bayi untuk berlatih. Practice makes perfect!!




Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
www.cikgususu.com



Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow




No comments:

Post a Comment