Tuesday, 27 January 2015

TIPS TENANGKAN BAYI DALAM KAPAL TERBANG

Salam dan hai ibu semua. 

Cikgu baru selesai Tour Seminar Praktikal Mudahnya Menyusu di Sabah dan Sarawak beberapa hari lepas. 


Tahukah ibu, kita masih boleh meneruskan penyusuan walaupun berada di dalam kapal terbang. Apabila kita berada di udara, tekanan udaranya yang rendah menyebabkan telinga kita kurang selesa, kadangkala sakit. Begitu juga dengan bayi kita, mereka akan merasai pengalaman yang sama.


Menurut Dr. Ahmad Nordin melalui artikelnya di Malaysian Medical Gazette, anatomi telinga adalah hidung bersambung dengan telinga melalui salur kecil dipanggil tiub Eustachian. Dengan mengunyah, menguap, menelan atau meniup belon- secara automatik kita menyelaraskan tekanan dalam tiub ini dengan tekanan udara persekitaran. Jika tekanan tidak sama- seseorang itu akan kurang pendengaran, berdesing telinga (‘tinnitus’ : http://www.mmgazette.com/tinnitus-apa-rahsia-di-sebalik-bunyi-desingan-telinga-dr-ahmad-nordin/)  dan kadangkala sakit.


Ibu amat digalakkan untuk menyusukan si comel kita sepanjang dalam penerbangan terutamanya pada waktu kapal terbang berlepas dan mendarat. Kerana pada waktu ini, perubahan tekanan udara adalah sangat ketara. Aydin tidak meragam atau menangis semasa kapal terbang ingin berlepas, cuma dia nampak tidak selesa. Jadi tanpa menunggu lebih lama, saya terus susukan dia. Alhamdulillah, dia lebih tenang selepas itu dan sepanjang perjalanan.




Kebaikan penyusuan di dalam penerbangan:

1. Membantu tenangkan bayi kita sepanjang perjalanan.

2. Bayi kita lebih mudah diuruskan.
3. Mengelakkan bayi merasai kesakitan pada telinga akibat perubahan tekanan udara.
4. Mengelakkan bayi meragam dan tidak selesa.



Beberapa tips untuk menyusukan dalam kapal terbang:

1. Pilih tempat duduk yang sesuai semasa pembelian tiket. Jika boleh ambil tempat duduk yang mempunyai ruang kaki ekstra supaya ibu selesa.
2. Kenalpasti polisi syarikat penerbangan tentang penyusuan di dalam pesawat terutamanya jika penerbangan ke luar negara. Kebanyakan syarikat penerbangan adalah mesra penyusuan.
3. Pakai pakaian yang baju menyusu atau yang mesra penyusuan, longgar dan selesa untuk memudahkan penyusuan nanti.
4. Bawa bersama nursing cover atau pakai tudung yang agak labuh untuk memelihara aurat semasa penyusuan.
5. Susukan si comel anda semasa pesawat ingin berlepas dan mendarat kerana pada waktu ini mungkin bayi merasa kurang selesa akibat perubahan tekanan udara.


Tips untuk dewasa dan kanak-kanak yang sudah melebihi 2 tahun pula:

1. Pastikan kita (dan anak-anak) mengunyah, makan atau minum air semasa perjalanan di dalam pesawat untuk membenarkan pergerakan udara di ruang telinga dan tiub Eustachian.
2. Kerapkan menguap.
3. Elakkan tidur semasa pesawat ingin berlepas atau mendarat.


Tips tambahan untuk menenangkan anak-anak yang menangis dan tak mahu menyusu, yang saya amalkan setiap kali menaiki pesawat:

1. Bawa bersama soft toy kegemaran anak-anak atau 'bantal atau selimut busuk' mereka. Ini sangat membantu menenangkan mereka.
2. Jika bayi meragam atau menangis, bawa bayi dalam ringsling semasa menaiki pesawat atau gunakan nursing cover untuk menyusu supaya bayi rasa lebih dekat dan rapat dengan ibu.
3. Ibu perlu rileks dan tenang, dan mesti ada kemahiran menyanyi lagu-lagu nursery rhymes kegemaran anak-anak untuk menambat hati mereka. Suara tak sedap pun tak apa. :)


Semoga bermanfaat untuk semua. 

Ini dia cikgu belanja gambar untuk semua (",)



Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
PumpOnTheGo





Rujukan:


1. Malaysian Medical Gazette

2. TheStir.cafemom.com




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow




No comments:

Post a Comment