Friday, 13 March 2015

SEORANG IBU YANG LEMAH DAN CEPAT PUTUS ASA




Assalamualaikum dan hai mommies, cikgu nak berkongsi rasa hari ini. Ada ibu..

Nak menyusu tapi sakit puting, dah terbayang nak bagi susu formula. Baby kerap menyusu, rasa macam letih sangat-sangat, dah rasa malas nak directfeed, nak bagi dalam botol je. Penat badan, sakit pinggang, sakit breast sebab bengkak, susu banyak, pun boleh rasa nak stop menyusu.

Sungguh. Tidak berniat nak condemn atau menyelar sesiapa, tapi inilah yang kebanyakan ibu yang hubungi, yang jumpa saya rasa. Dan jangan tak percaya, saya sendiri pernah rasa macam ni!! Tapi saya menyesal sangat sebab tak bersedia dari awal, dan itulah permulaan episod kesakitan dan kejayaan saya.

Sebab itu, saya nak ingatkan anda semua yang nak jadi ibu, kita ni kena kuat. Jangan jadi lemah dan cepat give up! Setakat sakit sikit-sikit, takkan nak terus mengalah. Come on, you are stronger than you thought you were. Tak percaya?
Kita dah kandung anak sampai 9 bulan, 40 minggu, ke hulu ke hilir dengan si kecil itu, tag him/her along. Without fail. Without fail. Kita bertarung nyawa, tak tahu akan hidup atau sudah sampai hayat kita saat melahirkan anak-anak. Some of you spent more than 1 day for unbearable labor pain, and yet, here you are, reading this and survived! MashaAllah.



Penyusuan itu satu perjalanan yang indah. Betul, ia tidak sentiasa indah, sebab akan ada onak dan duri, cabaran. Allah nak bagi kita pahala, tapi Dia akan uji kita pada masa yang sama, teruskah kita percaya pada Dia dan ketetapan untuk menggalas 24 hours job ini? Atau menyerahkah kita tanpa usaha sehabis penat, tawakal setulus hati, lalu pasrah dengan anggapan sendu, "setakat ni je rezeki anak aku.."?

NAK BERJAYA MENYUSU PERLU ADA ILMU. 
Anda perlu belajar, baru anda tahu dan yakin sebenarnya ia mudah. And i am still learning too.

Mungkin masa saya terhad untuk membantu anda semua, seorang demi seorang, dari rumah ke rumah. Sebab itu saya adakan kelas ini, supaya saya masih berpeluang menolong anda. Bonus untuk anda, anda dapat kawan-kawan yang akan bersama anda sepanjang perjalanan 2 tahun itu.

Masih ada beberapa kerusi untuk anda yang nak saya bantu. InshaAllah, dengan izin Allah.

Kelas Ahad, 15 Mac ini. Daftar di sini: mudahnyamenyusu.gr8.com





Maafkan saya atas ketelanjuran kata, dan jika ada yang terguris hatinya.



Salam Cinta Susu Ibu,
Zuain Ghani
Cikgu Susu Anda
cikgususu.com

Thursday, 5 March 2015

BOLEH KE MENYUSU GUNA NIPPLE SHIELD?

Ibu Jelita: "Puan, saya ada masalah untuk lekapkan bayi dengan betul. Saya google dan dapat tahu nipple shield boleh membantu, tapi saya takut tak jadi. Boleh puan cerita tentang nipple shield?"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. 

Ibu semua, saya nak berkongsi satu cerita dengan anda. Semasa kelahiran anak sulung saya, Aariz, dia tidak dapat melekap dari payudara dengan betul. Saya juga kurang pendedahan kepada cara penyusuan yang betul. Jadi sepanjang usia 1 bulan, Aariz tidak dapat menyusu dari saya tetapi hanya minum susu ibu dari botol sahaja. Saya rasa amat sedih dan sangat tertekan sebab tak mampu menyusukannya dari payudara dengan baik seperti ibu-ibu lain. Saya merasakan saya telah gagal. I was in depression at that time. Sehinggalah saya berjumpa dengan pakar kanak-kanak semasa pemeriksaan Aariz buat pertama kali. Kata-kata yang sangat bermakna dari beliau membuatkan saya bersemangat untuk menyusukan Aariz dari breast semula. Saya tersentak dan terus tekad untuk mencari jalan untuk menyusu semula.

Saya jumpa NIPPLE SHIELD!!


Contoh pelapik puting (nipple shield)


Saya mula menggunakan nipple shield (pelapik puting) semasa menyusukannya. Tidak susah untuk Aariz menerima penyusuan menggunakan nipple shield kerana dia sudah biasa dengan rasa silikon pada puting botol susu. Saya menangis semasa hisapan kali pertamanya yang terus dari breast. Walaupun saya hanya menggunakan nipple shield ketika itu. Perasaannya lain ibu. Terasa ikatan yang amat kuat antara saya dan dia. That's the pleasure of breastfeeding! 

Selepas 3 minggu melatih Aariz menyusu dengan nipple shield, saya mencuba untuk menyusukannya tanpa nipple shield pula. Sekali lagi saya melalui cabaran, tidak mudah ibu. Setiap kali sesi menyusu saya berpeluh-peluh, penat dan stress.  Adakalanya saya menangis kerana saya rasakan tak mampu bertahan sampai rasa nak berputus asa. MashaAllah, Tuhan kuatkan hati saya.  Akhirnya Aariz berjaya menyusu terus dari payudara saya tanpa nipple shield lagi. Lekapannya betul dan saya tidak pernah mengalami luka semasa menyusukannya, Alhamdulillah. Tempoh masa yang saya ambil untuk melatih Aariz menyusu semula dari payudara adalah hampir 1 bulan.

Nipple shield banyak digunakan untuk membantu bayi pramatang melekap dengan lebih stabil. Dalam kes saya sendiri, ia berjaya membantu saya untuk kembalikan penyusuan terus dari payudara selepas hampir 2 bulan Aariz menyusu dari botol susu. 

Kajian Meir pada tahun 2000 mengatakan lebih banyak susu yang dihisap oleh bayi pramatang menggunakan nipple shield dan bayi yang menghisap menggunakan nipple shield menyusu dengan lebih lama di payudara ibu. 


Penyusuan menggunakan nipple shield


Nipple shield boleh digunakan untuk:

1. Bayi yang mengalami keliru puting dan yang menolak payudara. Gunakan nipple shield untuk merangsang semula bayi menerima penyusuan dari payudara.

2. Bayi pramatang untuk mendapatkan lekapan yang lebih stabil. Bagi kes bayi pramatang, bayi perlu mencapai berat atau umur tertentu untuk belajar menyusu dari payudara kerana ia memerlukan lebih tenaga berbanding penyusuan dari botol. Jadi bayi perlu dilatih dengan penyusuan melalui botol susu dulu.

3. Bayi yang tidak dapat melekap dengan betul selepas lahir. Namun begitu, saranan saya sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan nipple shield, ibu dapatkan dahulu bantuan penyusuan dengan cara yang betul dari kaunselor laktasi berdekatan kerana tidak semua ibu sesuai menggunakan nipple shield. Banyak kes sebenarnya ibu dapat melekap dengan baik selepas latihan, walaupun tanpa nipple shield.

Dr. Jack Newman berpendapat penggunaan nipple shield boleh mengurangkan penghasilan susu ibu. Jadi langkah berjaga-jaga yang ibu perlu ambil adalah:

1. Mencuba melatih bayi dengan penyusuan tanpa menggunakan nipple shield setelah bayi berjaya menyusu dengan baik.

2. Pastikan bayi melekap dengan betul semasa menghisap menggunakan nipple shield. Lekapan yang tidak betul juga boleh menyebabkan bayi tidak dapat menyusu dengan betul dan boleh menyebabkan luka pada puting ibu, walaupun dengan bantuan nipple shield.

3. Elakkan penggunaan nipple shield semasa menyusu jika puting mengalami luka. Dalam banyak kes yang saya jumpa, penggunaan nipple shield menyebabkan luka bertambah teruk, dan boleh mengakibatkan jangkitan pada payudara.




Ibu semua, Allah takkan menguji yang di luar kemampuan hamba-Nya. Usaha tangga kejayaan, bunyinya cliche tetapi itulah yang sebenarnya. Anda pasti boleh! 

Selamat menyusu mommies!





Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
cikgususu.com




Rujukan:

1. Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu.
2. Dr. Jack Newman's Guide to Breastfeeding



Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow





Wednesday, 4 March 2015

APAKAH MAKANAN LEMAK BAIK UNTUK IBU MENYUSU?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Apakah makanan atau lauk kegemaran anda? 

Adakah menu yang masih sama seperti ketika bujang atau sudah bertukar menu sejak hamil dan menjadi seorang ibu menyusu yang tegar?



Contoh makanan lemak jahat


Malaysia terkenal di serata dunia kerana kepelbagaian dan variasi yang kita miliki. Memang tak dinafikan, makanan kita sedap-sedap belaka, lemak berkrim (gituh! Yumms). Tetapi sesetengah makanan itu ada potensi memberi kesan yang tidak baik kepada kandungan lemak dalam tubuh kita. Tubuh seorang ibu menyusu. 

Tahukah anda jenis dan kualiti lemak yang kita makan boleh mempengaruhi kualiti lemak dalam susu ibu. Hari ini cikgu akan kongsikan sumber lemak sihat yang sesuai diamalkan oleh ibu menyusu. Bukan sahaja untuk menjaga kesihatan badan, tetapi boleh menyumbang kepada kualiti lemak yang baik dalam susu ibu. Breast milk is the best milk ever!



Contoh makanan berlemak baik untuk ibu menyusu.


Antara makanan yang sangat sesuai diamalkan oleh ibu menyusu adalah:

1. Asid lemak - Omega 3

Boleh didapati dari kacang walnut, kacang soya, dan lemak ikan seperti ikan salmon, sardin, ikan kembung dan tuna. Omega 3 membantu pertumbuhan bayi. DHA dalam Omega 3 boleh meningkatkan perkembangan otak bayi dan retina mata bayi. 

2. Asid lemak Omega 6.

Sumber Omega 6 adalah dari minyak sayuran dan kekacang. Antaranya minyak zaitun dan minyak kelapa dara. Kelapa dara juga adalah sumber lemak baik kerana mengandungi vitamin K, E dan zat besi. Vitamin K bagus untuk pertumbuhan tulang manakala vitamin E bagus untuk kesihatan kulit. Ia boleh meningkatkan kandungan asid laurik dalam susu ibu menjadikan susu ibu lebih pekat. Asid laurik sangat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan. 

3. Avokado

Selain ada lemak baik, ia juga mengandungi lutein yang baik untuk mata. Avokado juga  mengandungi klorofil yang berfungsi sebagai antioksidan.

4. Anggur

Ramai yang tidak tahu yang biji anggur boleh menurunkan paras kolesterol jahat dalam tubuh kita. Minyak anggur juga sangat baik untuk ibu.

5. Kacang Macadamia

Ia mengandungi lemak baik yang boleh menurunkan kadar lemak hajat dalam badan kita. Ia juga mengandungi paras omega 3 dan vitamin E yang tinggi yang sangat baik untuk kulit. Wow, berseri-seri ibu menyusu!



Contoh lemak baik


Bagaimana pun cara pemakanan kita, pastikan kita mengamalkan makanan yang sihat dan dalam kuantiti yang sederhana ya. Elakkan makanan berlemak jahat seperti makanan segera dan makanan yang sudah diproses. 

Bila badan kita sihat, pasti kita dapat menyusu dan menguruskan anak-anak dengan lebih baik.



Jom, jom kita menyusu sampai 2 tahun ya mommies!



Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
cikgususu.com






Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow



Tuesday, 3 March 2015

MACAM MANA NAK BAGI ANAK SUKA SUSU FORMULA?



"Puan Ain, anak saya cukup 2 tahun bulan depan, susu apa yang sesuai dengannya nanti? Saya risau dia tak cukup nutrisi lepas berhenti menyusu.."

"Cikgu, Akeem dah nak masuk 2 tahun, saya nak hentikan penyusuan tetapi dia cukup tak sukakan susu formula. Botol susu pun tak suka, even dah macam-macam brand saya cuba. Macam mana cikgu?"




Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.


Sejak kebelakangan ini, saya kerap menerima soalan seperti di atas. Kebanyakannya dari ibu yang nak memberhentikan penyusuan kerana sudah cukup usia 2 tahun sang hero atau heroin.



Pertama sekali cikgu nak ucapkan tahniah kepada ibu-ibu ini kerana telah berjaya menyusukan anak mereka sehingga usia 2 tahun! Alhamdulillah.



Sebenarnya soalan ini di luar bidang saya, tetapi saya akan beri pandangan sebagai seorang ibu yang telah melalui situasi yang sama. Nampaknya anak kedua cikgu, Aydin akan cukup 2 tahun juga 2 hari lagi. 



Sekarang ni, Aydin juga hanya menyusu pada waktu malam sahaja atau apabila bersama saya sahaja. Siang dia berada di nursery bersama abangnya. Tidak seperti rakan-rakannya yang lain, Aydin tidak bergantung kepada susu formula atau botol susu. Dia lebih suka menyusu right from the tap dari saya. 



Aydin sendiri tak pernah diperkenalkan dengan susu formula dan sangat tidak menggemari botol susu sejak lahir. Kalau terpaksa, baru dia terima susu dari botol atau ibu saya hanya berikannya susu ibu dari sudu atau cawan sahaja (terutamanya jika saya tiada di rumah kerana menghadiri kursus atau kelas). Guru-guru Aydin di nursery pula berkongsi cerita dengan saya, sangat mudah nak jaga dia, nak tidurkan juga senang, janji perut kenyang. ;)



Selera makannya pula sangat baik, agaknya sebab dah biasa dengan rasa makanan dari susu ibu, Aydin tidak memilih. (Best kan!). Dia tak ada masalah untuk menerima makanan seperti kita, orang dewasa, termasuk sayur-sayuran dalam bentuk atau potongan masakan yang halus (kecil-kecil). Dia suka sangat makan, nasi lemak sebungkus pun boleh habis tau! (Metafora aje..)



Jadi saya sendiri tak risau dengan keperluan kalsium dan nutrisi lain Aydin, walaupun tak minum susu formula, saya yakin dia akan dapat sumber kalsium dari makanannya. Dan dia lebih tembam dan sihat dari abangnya.



Anak yang sudah biasa dengan susu ibu tidak cerewet memilih makanan, senang dijaga dan mudah menerima arahan. Usia pula dah cukup 2 tahun, sebenarnya anak tidak perlu bergantung kepada susu formula untuk sumber kalsium kerana kalsium boleh didapati dari makanan yang diberikan kepada anak. 


Contoh makanan sihat untuk anak.


Jadi nasihat saya, perkenalkan anak dengan variasi makanan yang sihat. Buah-buahan, pasta, nasi, dan kentang adalah beberapa contoh makanan yang senang diterima anak-anak pada usia ini. Jika anak ada masalah untuk menerima sayur-sayuran, buatkan sup sayur supaya anak masih dapat nutrisinya. Saya juga ada memperkenalkan anak dengan minuman susu segar, ini lebih baik berbanding susu formula. Jika anak tidak mahu atau tidak sukakan susu formula, mungkin sistem badannya tidak dapat menerima susu tersebut, kita tidak tahu. Setiap anak itu kan special, betul ke betul?

InshaAllah menguruskan anak lebih mudah apabila anak tidak lagi bergantung kepada botol susu. Nak jalan-jalan dan bercuti pun senang, tak perlu bawa banyak beg. Save more space for shopping kan mommies!

Jadi, apa kata kita sendiri mula amalkan pemakanan sihat walaupun bayi dah berhenti menyusu. (Mana tahu nak tambah lagi seorang khalifah kecil ~hihi~)

Pemakanan sihat anak-anak kita bermula dari kita, (ibu, mama, ummi, mummy jelita) mereka kan. 

Jom jadi sihat!

P/S: Ibu menyusu teruskan menyusu sampai 2 tahun ye. You can do it! 




Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
cikgususu.com






Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow





Monday, 2 March 2015

SUSU IBU 'CUSTOM MADE'

Ibu Jelita A: "Puan Ain, kenapa susu saya cair je sejak beberapa hari ni? Saya risau bayi saya tak dapat susu yang cukup.."

Ibu Jelita B: "Cikgu, susu saya malam pekat, siang cair je. Berkhasiat ke susu saya?"




Assalamualaikum dan Hai ibu semua,


Saya biasa juga dapat soalan seperti di atas. Bahkan, saya sendiri pun ada tertanya-tanya mengenai perkara ini, masa di awal penyusuan anak sulung dulu-dulu tu. Waktu itu, saya juga agak risau, kenapa susu berubah-ubah warna dan komposisinya? Sekejap cair, sekejap pekat. Kadang-kadang kuantitinya kurang sedikit, tetapi pekatnya banyak. Dan macam-macam lagi.


Saya pun mula mencari informasi. Bertanya kepada yang pakar dan yang arif tentang susu ibu dan melalui pembacaan. Saya dapat jawapan. Nak tahu jawapannya?


SUSU IBU ADALAH 'CUSTOM MADE'




Susu ibu sebenarnya akan sentiasa berubah-ubah komposisinya, warnanya, kepekatannya dan kandungan antibodinya. Walaupun perubahan ini berlaku, susu ibu masih susu yang paling berkhasiat yang ada di dunia ini. Dan khasiatnya sentiasa bersesuaian dengan keperluan bayi kita. Susu ibu berubah mengikut:


1. AWAL DAN AKHIR PENYUSUAN


Susu ibu ini special sangat. Komposisi susu akan berubah walaupun di awal dan akhir penyusuan. Bahagian hadapan payudara ibu akan menghasilkan FOREMILK yang bertindak seperti air untuk menghilangkan dahaga bayi. Foremilk akan didapati di awal penyusuan.


Di akhir penyusuan pula, bayi akan mendapat HINDMILK, susu pekat yang terdiri dari lemak dan karbohidrat. Hindmilk menyumbang kepada kalori dalam badan bayi, meningkatkan berat badan dan memastikan bayi kenyang lebih lama. Amazing, right?!


NOTA: Jadi, jika ibu memerah di pejabat, pastikan ibu memerah dengan optimum untuk mendapatkan kedua-dua komposisi ini. Di awal sesi perahan susu agak cair, teruskan sesi perahan sehingga mendapat susu yang lebih pekat itu. Haa, baru seimbang ikut keperluan bayi!



Nampak kan ketebalan hindmilk dan foremilknya.


2. CUACA


Pada waktu siang atau hari yang panas, secara logiknya sistem perkumuhan kita lebih aktif. Badan banyak berpeluh dan kita cepat rasa dahaga. Jadi kita akan mula minum air dengan banyak untuk menggantikan semula kehilangan air dalam badan dan menghilangkan dahaga kita. Sama juga seperti kita, bayi memerlukan air yang banyak pada waktu siang dan hari yang panas ini. Jadi susu yang dihasilkan kelihatan agak cair. 


Haa, nak tahu komposisi utama susu ibu waktu ini? Ianya FOREMILK, yang bertindak seperti air untuk bayi kita.


Pada waktu malam atau apabila suhu yang sejuk, badan pula memerlukan banyak haba untuk memanaskan badan. Jadi kita akan ambil makanan yang agak mengenyangkan untuk  membantu proses pembakaran kalori dalam badan, untuk hasilkan banyak haba.


Sama juga seperti kita, bayi memerlukan banyak kalori untuk menghasilkan haba. Bayi pun sejuk macam kita juga. Jadi, secara automatik badan ibu akan hasilkan susu yang lebih pekat pada waktu ini.


Komposisi utama susu ibu pada waktu ini adalah HINDMILK, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak. Oleh sebab itu, susu yang diperah pada waktu malam (atau pada suhu sejuk) lebih pekat berbanding waktu siang (atau pada hari panas).



Hari panas badan menghasilkan susu yang agak cair, lebih foremilk.


3. SUHU BADAN IBU DAN BAYI


Susu ibu juga dihasilkan mengikut suhu badan ibu dan bayi. Cikgu beri contoh semasa ibu demam. Badan ibu bersuhu tinggi, panas. Jadi ibu memerlukan banyak air untuk menstabilkan suhu badan ibu. 


Sama juga ketika bayi demam. Badan bersuhu tinggi dan panas. Jadi susu ibu yang dihasilkan akan lebih cair dan komposisi utamanya adalah FOREMILK bagi memenuhi keperluan badan bayi untuk menurunkan suhu badan yang tinggi itu. 



4. KEADAAN KESIHATAN dan TUMBESARAN BAYI

Komposisi susu ibu juga akan dihasilkan mengikut keadaan kesihatan dan tumbesaran bayi. Contohnya komposisi susu ibu pada usia bayi 3 bulan, tidak sama dengan komposisi susu ibu yang diperlukan bayi pada usianya 1 tahun. 


Pada usia 6 bulan dan ke atas, bayi mula belajar membuat pergerakan yang lebih aktif seperti menyusur, bergolek atau merangkak. Jadi badan bayi memerlukan lebih banyak kalori untuk menyokong pertumbuhannya. Komposisi susu pada ketika ini lebih tinggi kandungan kalorinya.


Begitu juga dengan keadaan kesihatan bayi, semasa bayi sakit, ibu akan menghasilkan susu yang mengandungi sel-sel aktif untuk melawan penyakit yang dihidapi bayi. 


BONUS: Semasa ibu atau bayi sakit, ibu akan hasilkan antibodi untuk melawan virus 'jahat' itu. Jadi bayi bukan sahaja mendapat susu ibu dengan komposisi yang tepat, tetapi juga UBAT untuk merawat penyakit itu.



Komposisi foremilk dan hindmilk yang berubah-ubah di setiap sesi perahan (mengikut waktu).


5. PEMAKANAN IBU


Warna dan rasa susu ibu juga dipengaruhi oleh makanan yang diambil ibu. Sebab itu cikgu amat menekankan ibu menyusu untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Bukan sahaja untuk memastikan kesihatan ibu terjaga, tetapi juga supaya bayi dapat disalurkan dengan rasa makanan yang berkhasiat. 

Cikgu nak kongsi pengalaman ni, ada beberapa peristiwa susu perahan dan makanan yang cikgu tak boleh lupa. Susu perahan berbau paru (angkara nasi lemak berkrim lauk paru for breakfast hari itu), dan susu perahan berbau oren sunkist, disebabkan cikgu melepaskan gian makan oren waktu itu. Satu lagi, susu perahan berbau vanilla kerana minuman vanilla yang cikgu minum setiap pagi. 

Menarik kan! Mesti ibu semua ada pengalaman tersendiri juga. Jom lah kongsi dengan cikgu. 


Nasi lemak kegemaran cikgu




Jadi ibu semua dah tahu kan kenapa susu ibu berubah-ubah.

Dari awal penyusuan ke akhir penyusuan,
Kadang-kadang cair, kadang-kadang pekat.
Sekali-sekala berbau paru (hihi~~)
Susu ibu ini sangat istimewa.

Susu anda tak sama dengan susu saya,

Susu dia tak sama dengan susu anda,
Yang penting sesuai sangat untuk anak kita, anak masing-masing.
Best kan!

Teruskan menyusu, berjuang sampai habis. Cukup 2 tahun ya ibu. You're awesome mommies!






Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
cikgususu.com




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow


Sunday, 1 March 2015

RASA NYERI ATAU MENYUCUK SEMASA MENYUSU?


Ibu Jelita: "Cikgu, kenapa setiap kali menyusu saya rasa cam nyeri kat breast saya? macam menyucuk-nyucuk gitu. Mungkin ada luka, atau breast saya ada masalah?"

Cikgu Susu: "Rasa nyeri dan menyucuk tu sepanjang penyusuan ke di awal penyusuan sahaja?atau kejap ada, kejap hilang?

Ibu jelita: "sekejap je cikgu, awal-awal menyusu, lepas tu semasa sedang menyusu. Rasa tu kejap ada, beberapa lama hilang, kadang-kadang semasa sedang menyusu datang lagi, tapi tak berpanjangan.."

Assalamualaikum dan hai mommies,

Pernah ada rasa macam ibu jelita di atas? Mesti pernah kan. NO. NO. NO, ia bukan penyakit ya ibu semua. 

Cikgu sendiri pun pernah mengalaminya. Malah majoriti ibu menyusu pernah mengalaminya. Meh cikgu nak kongsi. Sebenarnya apa yang anda rasa itu adalah sangat normal. Keadaan ini disebut LET DOWN REFLEKS.

Semasa kita menyusukan bayi, hisapan bayi pada tampuk hitam (areola) ibu akan merangsang kelenjar pituitari pada otak kita merembeskan hormon oksitosin. Nak tahu apa kerja hormon ini? Hormon ini menyebabkan otot pada kelenjar susu mengecut dan mengalirkan susu ke saluran susu.






2 perkara penting dalam letdown refleks:
1. Hisapan bayi pada lekapan yang betul.
2. Rembesan hormon oksitosin yang menyebabkan pengeluaran susu. Hormon oksitosin berkait rapat dengan rasa nyaman dan level of stress ibu.

Letdown refleks dialami bukan sahaja semasa menyusukan bayi sahaja, tetapi juga semasa memerah susu sama ada menggunakan pam susu atau marmet, dan semasa ibu mendengar tangisan bayi. Tangisan bayi akan merangsang otak ibu merembeskan hormon oksitosin juga. (Tapi ibu jangan pula bayi menangis dengan kuat baru nak susukan tau. Susukan bayi sebelum bayi menangis, itu sebaiknya.)



Tanda-tanda letdown refleks berlaku:
Ketika sesi memerah, susu akan memancut dengan aliran yang laju dan dengan susu yang banyak.

Semasa menyusu pula, ibu akan perasan yang bayi mula menelan susu dengan pattern hisapan hisap-telan-hisap-telan, hisapannya pula perlahan dan mendalam.

Tahukah ibu, kita sebenarnya telah mengalami letdown refleks seawal selepas bersalin. Pada waktu ini, jika ibu tidak menyusukan bayi pada waktunya, ibu akan mengalami "leaking" kerana susu akan terus keluar apabila berlaku pengecutan otot pada kelenjar susu. (Nota: Jadi, ibu yang baru bersalin, susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi anda berlatih merangsang letdown yang sesuai dan mengelakkan masalah 'leaking'.)



Kelebihan Letdown refleks:
1. Membantu kelancaran aliran susu.

2. Menggalakkan penyusuan yang selesa pada bayi dan ibu.

3. Mengelakkan bayi berhenti menyusu akibat aliran susu yang terlalu perlahan.

3. Membantu mengeluarkan susu dengan lebih efektif dari payudara ibu.

4. Mengosongkan payudara ibu dengan lebih berkesan.

5. Mengelakkan masalah bengkak susu / jangkitan pada payudara ibu.

Pengalaman saya, letdown refleks boleh berlaku lebih dari satu kali di sepanjang satu sesi penyusuan dan ia sangat membantu mengosongkan payudara dengan efektif. 

Letdown refleks dirangsang oleh bayi setiap kali merasa aliran susu perlahan. Bayi akan merangsang semula dengan hisapan yang ringan dan laju-laju sehingga susu memancut semula. Jika menggunakan pam susu, rangsang semula letdown refleks dengan menggunakan mode stimulation yang terdapat pada butang letdown pada pam susu anda. Dengan cara ini, ibu akan mendapat lebih dari satu kali letdown pada satu sesi penyusuan / perahan, dan payudara dapat 'dikosongkan' dengan efektif.



Ibu sukar mendapat letdown refleks? Ada beberapa faktor yang ibu perlu ambil tahu.

Punca sukar mendapat letdown refleks:

1. Lekapan penyusuan yang tidak betul.

2. Penggunaan pam susu dengan cara yang salah.

3. Sedutan pada pam susu yang terlalu kuat dan menyakitkan ibu.

4. Ibu dalam keadaan stress dan tertekan.

5. Pernah mengalami pembedahan pada payudara dimana mungkin telah mengganggu saluran susu. 



Bagaimana dengan ibu yang sukar mendapat letdown refleks ini? Ibu boleh guna cara ini ya:

1. Mendengar alunan bacaan Al-Quran dan membaca zikir semasa menyusu dan memerah.

2. Mengamalkan urutan payudara sebelum menyusu dan sebelum memerah.

3. Melakukan tuaman suam pada payudara semasa menyusu dan memerah.

4. Makan kurma sebagai kudapan sebelum menyusu dan memerah. (Nota: Kurma mengandungi bahan untuk bantu merembes oksitosin dalam badan ibu.)



5. Melakukan latihan kegel semasa menyusu dan memerah.

6. Menonton video atau menatap gambar-gambar comel permata hati kecil anda untuk bantu tenangkan diri. 

7. Menggunakan mode stimulation pada pam susu secara berulang-ulang pada satu sesi memerah.




Haa, lepas ni..
Setiap kali kali datang rasa nyeri dan menyucuk itu, ibu perlu gembira dan senyum sahaja ya.
Gembira sebab dapat aliran susu yang lancar.
Senyum kerana bayi dapat menyusu dengan baik dan bahagia.









Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
cikgususu.com






Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow