Thursday, 5 March 2015

BOLEH KE MENYUSU GUNA NIPPLE SHIELD?

Ibu Jelita: "Puan, saya ada masalah untuk lekapkan bayi dengan betul. Saya google dan dapat tahu nipple shield boleh membantu, tapi saya takut tak jadi. Boleh puan cerita tentang nipple shield?"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. 

Ibu semua, saya nak berkongsi satu cerita dengan anda. Semasa kelahiran anak sulung saya, Aariz, dia tidak dapat melekap dari payudara dengan betul. Saya juga kurang pendedahan kepada cara penyusuan yang betul. Jadi sepanjang usia 1 bulan, Aariz tidak dapat menyusu dari saya tetapi hanya minum susu ibu dari botol sahaja. Saya rasa amat sedih dan sangat tertekan sebab tak mampu menyusukannya dari payudara dengan baik seperti ibu-ibu lain. Saya merasakan saya telah gagal. I was in depression at that time. Sehinggalah saya berjumpa dengan pakar kanak-kanak semasa pemeriksaan Aariz buat pertama kali. Kata-kata yang sangat bermakna dari beliau membuatkan saya bersemangat untuk menyusukan Aariz dari breast semula. Saya tersentak dan terus tekad untuk mencari jalan untuk menyusu semula.

Saya jumpa NIPPLE SHIELD!!


Contoh pelapik puting (nipple shield)


Saya mula menggunakan nipple shield (pelapik puting) semasa menyusukannya. Tidak susah untuk Aariz menerima penyusuan menggunakan nipple shield kerana dia sudah biasa dengan rasa silikon pada puting botol susu. Saya menangis semasa hisapan kali pertamanya yang terus dari breast. Walaupun saya hanya menggunakan nipple shield ketika itu. Perasaannya lain ibu. Terasa ikatan yang amat kuat antara saya dan dia. That's the pleasure of breastfeeding! 

Selepas 3 minggu melatih Aariz menyusu dengan nipple shield, saya mencuba untuk menyusukannya tanpa nipple shield pula. Sekali lagi saya melalui cabaran, tidak mudah ibu. Setiap kali sesi menyusu saya berpeluh-peluh, penat dan stress.  Adakalanya saya menangis kerana saya rasakan tak mampu bertahan sampai rasa nak berputus asa. MashaAllah, Tuhan kuatkan hati saya.  Akhirnya Aariz berjaya menyusu terus dari payudara saya tanpa nipple shield lagi. Lekapannya betul dan saya tidak pernah mengalami luka semasa menyusukannya, Alhamdulillah. Tempoh masa yang saya ambil untuk melatih Aariz menyusu semula dari payudara adalah hampir 1 bulan.

Nipple shield banyak digunakan untuk membantu bayi pramatang melekap dengan lebih stabil. Dalam kes saya sendiri, ia berjaya membantu saya untuk kembalikan penyusuan terus dari payudara selepas hampir 2 bulan Aariz menyusu dari botol susu. 

Kajian Meir pada tahun 2000 mengatakan lebih banyak susu yang dihisap oleh bayi pramatang menggunakan nipple shield dan bayi yang menghisap menggunakan nipple shield menyusu dengan lebih lama di payudara ibu. 


Penyusuan menggunakan nipple shield


Nipple shield boleh digunakan untuk:

1. Bayi yang mengalami keliru puting dan yang menolak payudara. Gunakan nipple shield untuk merangsang semula bayi menerima penyusuan dari payudara.

2. Bayi pramatang untuk mendapatkan lekapan yang lebih stabil. Bagi kes bayi pramatang, bayi perlu mencapai berat atau umur tertentu untuk belajar menyusu dari payudara kerana ia memerlukan lebih tenaga berbanding penyusuan dari botol. Jadi bayi perlu dilatih dengan penyusuan melalui botol susu dulu.

3. Bayi yang tidak dapat melekap dengan betul selepas lahir. Namun begitu, saranan saya sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan nipple shield, ibu dapatkan dahulu bantuan penyusuan dengan cara yang betul dari kaunselor laktasi berdekatan kerana tidak semua ibu sesuai menggunakan nipple shield. Banyak kes sebenarnya ibu dapat melekap dengan baik selepas latihan, walaupun tanpa nipple shield.

Dr. Jack Newman berpendapat penggunaan nipple shield boleh mengurangkan penghasilan susu ibu. Jadi langkah berjaga-jaga yang ibu perlu ambil adalah:

1. Mencuba melatih bayi dengan penyusuan tanpa menggunakan nipple shield setelah bayi berjaya menyusu dengan baik.

2. Pastikan bayi melekap dengan betul semasa menghisap menggunakan nipple shield. Lekapan yang tidak betul juga boleh menyebabkan bayi tidak dapat menyusu dengan betul dan boleh menyebabkan luka pada puting ibu, walaupun dengan bantuan nipple shield.

3. Elakkan penggunaan nipple shield semasa menyusu jika puting mengalami luka. Dalam banyak kes yang saya jumpa, penggunaan nipple shield menyebabkan luka bertambah teruk, dan boleh mengakibatkan jangkitan pada payudara.




Ibu semua, Allah takkan menguji yang di luar kemampuan hamba-Nya. Usaha tangga kejayaan, bunyinya cliche tetapi itulah yang sebenarnya. Anda pasti boleh! 

Selamat menyusu mommies!





Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
cikgususu.com




Rujukan:

1. Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu.
2. Dr. Jack Newman's Guide to Breastfeeding



Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow





3 comments:

  1. Adakah benar apa yg puan nyatakan di atas? Pakai nipple shield akn menyebabkan luka lbh teruk? Tp saya rasa sgt sakit bila luka.

    ReplyDelete
  2. Apa yg perlu saya buat utk cptkn proses penyembuhan? Mohon bantu ye puan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Apa yg perlu saya buat utk cptkn proses penyembuhan? Mohon bantu ye puan. Terima kasih.

    ReplyDelete