Sunday, 1 March 2015

RASA NYERI ATAU MENYUCUK SEMASA MENYUSU?


Ibu Jelita: "Cikgu, kenapa setiap kali menyusu saya rasa cam nyeri kat breast saya? macam menyucuk-nyucuk gitu. Mungkin ada luka, atau breast saya ada masalah?"

Cikgu Susu: "Rasa nyeri dan menyucuk tu sepanjang penyusuan ke di awal penyusuan sahaja?atau kejap ada, kejap hilang?

Ibu jelita: "sekejap je cikgu, awal-awal menyusu, lepas tu semasa sedang menyusu. Rasa tu kejap ada, beberapa lama hilang, kadang-kadang semasa sedang menyusu datang lagi, tapi tak berpanjangan.."

Assalamualaikum dan hai mommies,

Pernah ada rasa macam ibu jelita di atas? Mesti pernah kan. NO. NO. NO, ia bukan penyakit ya ibu semua. 

Cikgu sendiri pun pernah mengalaminya. Malah majoriti ibu menyusu pernah mengalaminya. Meh cikgu nak kongsi. Sebenarnya apa yang anda rasa itu adalah sangat normal. Keadaan ini disebut LET DOWN REFLEKS.

Semasa kita menyusukan bayi, hisapan bayi pada tampuk hitam (areola) ibu akan merangsang kelenjar pituitari pada otak kita merembeskan hormon oksitosin. Nak tahu apa kerja hormon ini? Hormon ini menyebabkan otot pada kelenjar susu mengecut dan mengalirkan susu ke saluran susu.






2 perkara penting dalam letdown refleks:
1. Hisapan bayi pada lekapan yang betul.
2. Rembesan hormon oksitosin yang menyebabkan pengeluaran susu. Hormon oksitosin berkait rapat dengan rasa nyaman dan level of stress ibu.

Letdown refleks dialami bukan sahaja semasa menyusukan bayi sahaja, tetapi juga semasa memerah susu sama ada menggunakan pam susu atau marmet, dan semasa ibu mendengar tangisan bayi. Tangisan bayi akan merangsang otak ibu merembeskan hormon oksitosin juga. (Tapi ibu jangan pula bayi menangis dengan kuat baru nak susukan tau. Susukan bayi sebelum bayi menangis, itu sebaiknya.)



Tanda-tanda letdown refleks berlaku:
Ketika sesi memerah, susu akan memancut dengan aliran yang laju dan dengan susu yang banyak.

Semasa menyusu pula, ibu akan perasan yang bayi mula menelan susu dengan pattern hisapan hisap-telan-hisap-telan, hisapannya pula perlahan dan mendalam.

Tahukah ibu, kita sebenarnya telah mengalami letdown refleks seawal selepas bersalin. Pada waktu ini, jika ibu tidak menyusukan bayi pada waktunya, ibu akan mengalami "leaking" kerana susu akan terus keluar apabila berlaku pengecutan otot pada kelenjar susu. (Nota: Jadi, ibu yang baru bersalin, susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi anda berlatih merangsang letdown yang sesuai dan mengelakkan masalah 'leaking'.)



Kelebihan Letdown refleks:
1. Membantu kelancaran aliran susu.

2. Menggalakkan penyusuan yang selesa pada bayi dan ibu.

3. Mengelakkan bayi berhenti menyusu akibat aliran susu yang terlalu perlahan.

3. Membantu mengeluarkan susu dengan lebih efektif dari payudara ibu.

4. Mengosongkan payudara ibu dengan lebih berkesan.

5. Mengelakkan masalah bengkak susu / jangkitan pada payudara ibu.

Pengalaman saya, letdown refleks boleh berlaku lebih dari satu kali di sepanjang satu sesi penyusuan dan ia sangat membantu mengosongkan payudara dengan efektif. 

Letdown refleks dirangsang oleh bayi setiap kali merasa aliran susu perlahan. Bayi akan merangsang semula dengan hisapan yang ringan dan laju-laju sehingga susu memancut semula. Jika menggunakan pam susu, rangsang semula letdown refleks dengan menggunakan mode stimulation yang terdapat pada butang letdown pada pam susu anda. Dengan cara ini, ibu akan mendapat lebih dari satu kali letdown pada satu sesi penyusuan / perahan, dan payudara dapat 'dikosongkan' dengan efektif.



Ibu sukar mendapat letdown refleks? Ada beberapa faktor yang ibu perlu ambil tahu.

Punca sukar mendapat letdown refleks:

1. Lekapan penyusuan yang tidak betul.

2. Penggunaan pam susu dengan cara yang salah.

3. Sedutan pada pam susu yang terlalu kuat dan menyakitkan ibu.

4. Ibu dalam keadaan stress dan tertekan.

5. Pernah mengalami pembedahan pada payudara dimana mungkin telah mengganggu saluran susu. 



Bagaimana dengan ibu yang sukar mendapat letdown refleks ini? Ibu boleh guna cara ini ya:

1. Mendengar alunan bacaan Al-Quran dan membaca zikir semasa menyusu dan memerah.

2. Mengamalkan urutan payudara sebelum menyusu dan sebelum memerah.

3. Melakukan tuaman suam pada payudara semasa menyusu dan memerah.

4. Makan kurma sebagai kudapan sebelum menyusu dan memerah. (Nota: Kurma mengandungi bahan untuk bantu merembes oksitosin dalam badan ibu.)



5. Melakukan latihan kegel semasa menyusu dan memerah.

6. Menonton video atau menatap gambar-gambar comel permata hati kecil anda untuk bantu tenangkan diri. 

7. Menggunakan mode stimulation pada pam susu secara berulang-ulang pada satu sesi memerah.




Haa, lepas ni..
Setiap kali kali datang rasa nyeri dan menyucuk itu, ibu perlu gembira dan senyum sahaja ya.
Gembira sebab dapat aliran susu yang lancar.
Senyum kerana bayi dapat menyusu dengan baik dan bahagia.









Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
cikgususu.com






Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow






1 comment:

  1. Assalamualaikum puan,
    Saya ada rasa nyeri dan menyucuk di bahagian belakang saya semasa menyusu, berhampiran dengan tulang belikat. Normal ke?

    ReplyDelete