Monday, 2 March 2015

SUSU IBU 'CUSTOM MADE'

Ibu Jelita A: "Puan Ain, kenapa susu saya cair je sejak beberapa hari ni? Saya risau bayi saya tak dapat susu yang cukup.."

Ibu Jelita B: "Cikgu, susu saya malam pekat, siang cair je. Berkhasiat ke susu saya?"




Assalamualaikum dan Hai ibu semua,


Saya biasa juga dapat soalan seperti di atas. Bahkan, saya sendiri pun ada tertanya-tanya mengenai perkara ini, masa di awal penyusuan anak sulung dulu-dulu tu. Waktu itu, saya juga agak risau, kenapa susu berubah-ubah warna dan komposisinya? Sekejap cair, sekejap pekat. Kadang-kadang kuantitinya kurang sedikit, tetapi pekatnya banyak. Dan macam-macam lagi.


Saya pun mula mencari informasi. Bertanya kepada yang pakar dan yang arif tentang susu ibu dan melalui pembacaan. Saya dapat jawapan. Nak tahu jawapannya?


SUSU IBU ADALAH 'CUSTOM MADE'




Susu ibu sebenarnya akan sentiasa berubah-ubah komposisinya, warnanya, kepekatannya dan kandungan antibodinya. Walaupun perubahan ini berlaku, susu ibu masih susu yang paling berkhasiat yang ada di dunia ini. Dan khasiatnya sentiasa bersesuaian dengan keperluan bayi kita. Susu ibu berubah mengikut:


1. AWAL DAN AKHIR PENYUSUAN


Susu ibu ini special sangat. Komposisi susu akan berubah walaupun di awal dan akhir penyusuan. Bahagian hadapan payudara ibu akan menghasilkan FOREMILK yang bertindak seperti air untuk menghilangkan dahaga bayi. Foremilk akan didapati di awal penyusuan.


Di akhir penyusuan pula, bayi akan mendapat HINDMILK, susu pekat yang terdiri dari lemak dan karbohidrat. Hindmilk menyumbang kepada kalori dalam badan bayi, meningkatkan berat badan dan memastikan bayi kenyang lebih lama. Amazing, right?!


NOTA: Jadi, jika ibu memerah di pejabat, pastikan ibu memerah dengan optimum untuk mendapatkan kedua-dua komposisi ini. Di awal sesi perahan susu agak cair, teruskan sesi perahan sehingga mendapat susu yang lebih pekat itu. Haa, baru seimbang ikut keperluan bayi!



Nampak kan ketebalan hindmilk dan foremilknya.


2. CUACA


Pada waktu siang atau hari yang panas, secara logiknya sistem perkumuhan kita lebih aktif. Badan banyak berpeluh dan kita cepat rasa dahaga. Jadi kita akan mula minum air dengan banyak untuk menggantikan semula kehilangan air dalam badan dan menghilangkan dahaga kita. Sama juga seperti kita, bayi memerlukan air yang banyak pada waktu siang dan hari yang panas ini. Jadi susu yang dihasilkan kelihatan agak cair. 


Haa, nak tahu komposisi utama susu ibu waktu ini? Ianya FOREMILK, yang bertindak seperti air untuk bayi kita.


Pada waktu malam atau apabila suhu yang sejuk, badan pula memerlukan banyak haba untuk memanaskan badan. Jadi kita akan ambil makanan yang agak mengenyangkan untuk  membantu proses pembakaran kalori dalam badan, untuk hasilkan banyak haba.


Sama juga seperti kita, bayi memerlukan banyak kalori untuk menghasilkan haba. Bayi pun sejuk macam kita juga. Jadi, secara automatik badan ibu akan hasilkan susu yang lebih pekat pada waktu ini.


Komposisi utama susu ibu pada waktu ini adalah HINDMILK, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak. Oleh sebab itu, susu yang diperah pada waktu malam (atau pada suhu sejuk) lebih pekat berbanding waktu siang (atau pada hari panas).



Hari panas badan menghasilkan susu yang agak cair, lebih foremilk.


3. SUHU BADAN IBU DAN BAYI


Susu ibu juga dihasilkan mengikut suhu badan ibu dan bayi. Cikgu beri contoh semasa ibu demam. Badan ibu bersuhu tinggi, panas. Jadi ibu memerlukan banyak air untuk menstabilkan suhu badan ibu. 


Sama juga ketika bayi demam. Badan bersuhu tinggi dan panas. Jadi susu ibu yang dihasilkan akan lebih cair dan komposisi utamanya adalah FOREMILK bagi memenuhi keperluan badan bayi untuk menurunkan suhu badan yang tinggi itu. 



4. KEADAAN KESIHATAN dan TUMBESARAN BAYI

Komposisi susu ibu juga akan dihasilkan mengikut keadaan kesihatan dan tumbesaran bayi. Contohnya komposisi susu ibu pada usia bayi 3 bulan, tidak sama dengan komposisi susu ibu yang diperlukan bayi pada usianya 1 tahun. 


Pada usia 6 bulan dan ke atas, bayi mula belajar membuat pergerakan yang lebih aktif seperti menyusur, bergolek atau merangkak. Jadi badan bayi memerlukan lebih banyak kalori untuk menyokong pertumbuhannya. Komposisi susu pada ketika ini lebih tinggi kandungan kalorinya.


Begitu juga dengan keadaan kesihatan bayi, semasa bayi sakit, ibu akan menghasilkan susu yang mengandungi sel-sel aktif untuk melawan penyakit yang dihidapi bayi. 


BONUS: Semasa ibu atau bayi sakit, ibu akan hasilkan antibodi untuk melawan virus 'jahat' itu. Jadi bayi bukan sahaja mendapat susu ibu dengan komposisi yang tepat, tetapi juga UBAT untuk merawat penyakit itu.



Komposisi foremilk dan hindmilk yang berubah-ubah di setiap sesi perahan (mengikut waktu).


5. PEMAKANAN IBU


Warna dan rasa susu ibu juga dipengaruhi oleh makanan yang diambil ibu. Sebab itu cikgu amat menekankan ibu menyusu untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Bukan sahaja untuk memastikan kesihatan ibu terjaga, tetapi juga supaya bayi dapat disalurkan dengan rasa makanan yang berkhasiat. 

Cikgu nak kongsi pengalaman ni, ada beberapa peristiwa susu perahan dan makanan yang cikgu tak boleh lupa. Susu perahan berbau paru (angkara nasi lemak berkrim lauk paru for breakfast hari itu), dan susu perahan berbau oren sunkist, disebabkan cikgu melepaskan gian makan oren waktu itu. Satu lagi, susu perahan berbau vanilla kerana minuman vanilla yang cikgu minum setiap pagi. 

Menarik kan! Mesti ibu semua ada pengalaman tersendiri juga. Jom lah kongsi dengan cikgu. 


Nasi lemak kegemaran cikgu




Jadi ibu semua dah tahu kan kenapa susu ibu berubah-ubah.

Dari awal penyusuan ke akhir penyusuan,
Kadang-kadang cair, kadang-kadang pekat.
Sekali-sekala berbau paru (hihi~~)
Susu ibu ini sangat istimewa.

Susu anda tak sama dengan susu saya,

Susu dia tak sama dengan susu anda,
Yang penting sesuai sangat untuk anak kita, anak masing-masing.
Best kan!

Teruskan menyusu, berjuang sampai habis. Cukup 2 tahun ya ibu. You're awesome mommies!






Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
cikgususu.com




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow


1 comment:

  1. Assalamualaikum cikgu, sya nk tanya.
    Semalam sya tertinggal susu perahan di opis.kemudian pd keesokannya sya dtg kerja..susu ebm dlm freezer x membeku tp ada 2 lapisan mendakan..
    Adakah susu masih molek utk bayi @ Dh dkategorikan sbgi susu rosak?

    ReplyDelete