Wednesday, 29 April 2015

7 TIPS MENYIMPAN EBM BERLAINAN SESI PERAHAN

Bismillahirrahmanirrahim

Soalan ibu: 

"Berkaitan ebm, boleh ke 1st pump yang kita simpan dalam peti ais bawah tu, kite campur dengan 2nd pump dan 3rd pump nak kasi botol storage tu penuh, dalam hari yg sama? Lepas tu, jika dah penuh baru pindah masuk dalam freezer pula storage tadi... boleh ke?"







Jawapan Cikgu Susu:

Susu perahan digalakkan untuk disimpan mengikut kuantiti yang diminum bayi 1 kali minum (per feeding) untuk memudahkan penyediaan. 

Susu perahan juga digalakkan untuk disimpan pada waktu perahan tersendiri untuk memelihara komposisi susu tersebut. Seperti yang cikgu pernah ceritakan sebelum ini, susu ibu adalah custom made dan dihasilkan dengan komposisi berbeza pada waktu yang berbeza. Contohnya: komposisi susu perahan pada waktu siang berbeza dengan perahan pada waktu malam. Kandungan lemak dalam susu ibu lebih banyak pada waktu malam berbanding waktu siang.

Namun begitu, jika anda ingin menjimatkan ruang penyimpanan, anda boleh menyimpan susu perahan dengan cara ini. Anda mesti memenuhi 3 syarat ini:

Syarat 1: Sesi-sesi perahan mesti dalam tempoh 24 jam sahaja.

Syarat 2: Suhu susu perahan berlainan sesi ini mesti sama sebelum dicampurkan.

Syarat 3: Tarikh luput susu perahan yang sudah dicampurkan ini adalah waktu memerah sesi terdahulu atau sesi pertama.

Contoh situasi: 28 April 2015

Sesi 1: 9 am : 2oz
Sesi 2: 12 pm : 3oz


TIPS PENYIMPANAN:

1. Simpankan ebm sesi 1 dalam peti sejuk pintu bawah / bahagian chiller selepas memerah.
2. Simpankan ebm sesi 2 dalam peti sejuk pintu bawah / bahagian chiller selepas memerah.
3. Biarkan ebm sesi 2 di dalam peti sejuk bahagian itu sekurang-kurangnya selama 1 jam.
4. Kemudian, campurkan ebm sesi 1 dan sesi 2. *Goyangkan perlahan botol ebm sebelum mencampurkannya supaya lapisan lemak dan air bersatu semula.
5. Labelkan campuran ebm dengan tarikh luput ebm sesi 1 iaitu 28 Apr: 9am.
6. Simpankan sahaja susu perahan dibahagian chiller jika ingin digunakan dalam masa 3-5 hari.
7. Pindahkan ke bahagian beku / freezer jika susu masih belum digunakan lagi pada hari keempat atau kelima.





Notakaki: 
*Susu ibu paling segar didapati dari penyusuan terus dari payudara ibu. Sesetengah pakar laktasi berpendapat susu ibu akan berubah komposisinya setiap kali dibekukan. Jadi utamakan pemberian direct feeding, susu yang baru sahaja diperah dan susu yang disimpan di bahagian chiller untuk bayi anda.

*Perkongsian dari seorang SN yang mengendalikan EBM, cara ini tidak digalakkan untuk bayi pramatang kerana bayi pramatang mempunyai sistem imun badan yang lebih lemah berbanding bayi lahir cukup bulan.




Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
www.pumponthego.com




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Monday, 27 April 2015

BABY DEMAM TAK NAK MENYUSU, MACAM MANA NI?

Bismillahirrahmanirrahim

Soalan ibu: "Puan, boleh saya tanya apakah tips menyusu semasa baby batuk dan demam?"



Cikgu Susu:

Rasa sangat susah hati kalau bayi demam dan batuk. Bayi jadi tak tenang dan tidak lena tidur. Baring tak kena, mengiring tak jalan, bayi terus merengek dan menangis kerana tak selesa. 

Ada juga bayi yang hanya baring tidak bermaya semasa demam, macam anak saya. Kalau macam ini lagi Ummi susah hati. Mana tidaknya, anak yang biasanya cheeky dan aktif dengan keletah manjanya hanya berbaring keletihan. Bayi juga akan kurang makan dan dalam kebanyakan menolak untuk menyusu kerana tidak selesa. Sebagai seorang ibu kepada 2 anak, saya juga turut mengalami situasi ini. 

Seorang ibu akan belajar banyak perkara baru sepanjang pertumbuhan anak-anak. Semua ini pengalaman yang sangat berharga bagi seorang ibu. Antara keadaan yang biasa dialami bayi ketika demam selain suhu badan yang meningkat adalah jangkitan pada telinga, batuk, hidung tersumbat yang berpotensi menyukarkan penyusuan.

Tetapi ibu, anda perlu meneruskan penyusuan seperti biasa walaupun ketika bayi demam dan batuk. 


Bagaimana penyusuan membantu bayi sembuh:



  • Penyusuan ibu dapat membantu mempercepatkan penyembuhan bayi kerana antibodi dalam susu ibu akan dipindahkan kepada bayi semasa menyusu. 
  • Bayi masih terus mendapat nutrisi dan air yang diperlukan badannya melalui susu ibu. 
  • Penyusuan ibu mengelakkan badan bayi kekurangan air atau dehydrated.
  • Ketika demam atau sakit, bayi mengalami tahap emosi yang lemah. Penyusuan dapat menyokong emosi dan psikologi bayi dengan memberikan bayi keselesaan dalam dakapan ibu.



Tips untuk menyusu ketika bayi demam dan batuk kepada ibu:

1. Susukan bayi dengan kerap supaya bayi sentiasa cukup air.

2. Banyakkan pengambilan air suam untuk membantu menstabilkan suhu badan bayi.

3. Amalkan pemakanan yang baik untuk merawat demam seperti sup ayam dan sebagainya.

4. Ambil segelas air suam yang dicampurkan dengan satu sudu kecil madu setiap pagi.

5. Amalkan Minyak Kelapa Dara sebagai immune booster / meningkatkan sistem imun badan.

6. Elakkan pemakanan yang berminyak dan pedas pada waktu ini.

7. Jika bayi kurang menyusu, kerapkan memerah dan mengosongkan payudara supaya penghasilan susu dapat dikekalkan.


Air panas dan air suam membantu pergerakan bendalir dalam badan ibu.




Tips kepada bayi yang demam dan batuk untuk membantu penyusuan:

1. Gunakan nasal aspirator untuk mengeluarkan hingus bayi.

2. Sapukan bahagian dada, belakang dan tapak kaki bayi dengan minyak bawang putih untuk mengurangkan kahak dan batuk.

Bakar bawang putih dan campurkan dengan minyak zaitun sebelum disapu pada bayi.


3. Jika bayi sudah mula makan makanan pelengkap, hidangkan bayi dengan sup ayam untuk meningkatkan sistem imun badan bayi.

4. Susukan bayi dalam posisi menegak (upright position) dengan kedudukan kepala dan dada lebih tinggi dari perut.



Menyusu posisi menegak dalam alat menggendong bayi


Inilah antara perkara yang saya sendiri amalkan untuk meneruskan penyusuan ketika bayi demam. Demam adalah salah satu tanda semulajadi yang badan bayi anda sedang melawan penyakit. Adalah sangat penting bagi anda meneruskan penyusuan seperti biasa.

Pastikan anda memantau suhu badan bayi setiap jam dan dapatkan pemeriksaan doktor jika bayi enggan menyusu dan jika suhu terlalu tinggi.





Sertai Seminar PRAKTIKAL Mudahnya Menyusu cikgu kalau betul-betul nak berjaya menyusu. Seminar seterusnya di:

09 Mei - Seremban
10 Mei - Kelana Jaya
15 Mei - Kota Bharu
16 Mei - Kuala Terengganu
17 Mei - Kuantan

Daftar di sini: mudahnyamenyusu.gr8.com

Zuain Ghani,





Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.


Tuesday, 21 April 2015

APAKAH TANDA-TANDA BAYI TIDAK MENDAPAT SUSU YANG CUKUP?





INDIKATOR

BAYI CUKUP SUSU

BAYI MUNGKIN TIDAK CUKUP SUSU

1.  Air kencing bayi.

Sekurang-kurangnya 6 kali lampin basah dalam sehari. Air kencing jernih dan tidak pekat.


Bayi kurang kencing atau mempunyai air kencing yang pekat dan kuning.

2. Najis bayi.

Najis berwarna kuning cerah, sedikit berbiji dan lembut.


Najis sangat sedikit dan berwarna kehijauan.

3. Berat badan bayi.

Kenaikan berat badan yang normal bagi bayi yang cukup susu adalah sekitar 400gm - 1kg setiap bulan.


Kenaikan berat badan yang sangat sedikit (kurang dari 400gm sebulan) dan tidak konsisten setiap bulan.


4. Kekerapan penyusuan.

Bayi akan menyusu sekerap 8-12 kali dalam masa 24 jam.


Bayi tidak kerap menyusu.

5. Pattern hisapan.

Pattern hisapan bayi secara perlahan dan mendalam semasa penyusuan menandakan bayi mendapat susu yang mencukupi.

Pattern hisapan yang ringan dan laju-laju sepanjang penyusuan menandakan bayi tidak mendapat kuantiti susu yang diperlukannya.


6. Bunyi menelan.

Melalui lekapan yang betul anda dapat dengar dan lihat bayi menelan susu.




* Bunyi bayi menelan susu tidak kedengaran.

7. Tona kulit bayi.

Bayi yang cukup susu mempunyai kulit yang sihat, pejal dan agak kemerahan dengan tona kulit yang cantik dan segar.


Kulit bayi kelihatan kering dan kusam.

8. Keadaan bayi.

Bayi yang mendapat susu yang cukup kelihatan gembira dan lebih tenang. Bayi yang kenyang akan tertidur selepas menyusu.


* Bayi sering kelihatan resah, menangis dan tidak tidur lena.

9. Keadaan payudara ibu.

Payudara ibu lembut dan kosong selepas penyusuan.


Payudara ibu masih keras dan penuh dengan susu walaupun selepas penyusuan.



Beberapa maklumat yang ditandakan dengan * adalah subjektif dan memerlukan pemantauan yang rapi dari anda bagi menentukan kesahihannya.

Contohnya: * Bayi sering kelihatan resah, menangis dan tidak tidur lena. 
Kemungkinan:   1. Bayi kurang susu.
2. Mungkin juga bayi mahukan perhatian, mahu lampinnya ditukar dan mahu dipeluk ibu.

Maklumat di atas adalah sebagai garis panduan sahaja kepada anda untuk menentukan bayi mendapat susu yang mencukupi. Nasihat saya agar anda tidak terlalu risau memikirkan kuantiti susu yang dihasilkan, sama ada cukup atau tidak cukup untuk bayi anda. 

Kunci kepada penghasilan susu yang berterusan dan mencukupi adalah dengan penyusuan yang kerap dan konsisten. Risau dan stress pula boleh merencatkan pengeluaran susu. Jadi, kalau terlalu risau pun tidak bagus ya ibu. Sebagai ibu menyusu, pastikan pengambilan air yang mencukupi dan pemakanan yang sihat.







Sertai Seminar PRAKTIKAL Mudahnya Menyusu cikgu kalau betul-betul nak berjaya menyusu. Seminar seterusnya di:

09 Mei - Seremban
10 Mei - Kelana Jaya
15 Mei - Kota Bharu
16 Mei - Kuala Terengganu
17 Mei - Kuantan

Daftar di sini: mudahnyamenyusu.gr8.com

Zuain Ghani,





Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.