Wednesday, 29 April 2015

7 TIPS MENYIMPAN EBM BERLAINAN SESI PERAHAN

Bismillahirrahmanirrahim

Soalan ibu: 

"Berkaitan ebm, boleh ke 1st pump yang kita simpan dalam peti ais bawah tu, kite campur dengan 2nd pump dan 3rd pump nak kasi botol storage tu penuh, dalam hari yg sama? Lepas tu, jika dah penuh baru pindah masuk dalam freezer pula storage tadi... boleh ke?"







Jawapan Cikgu Susu:

Susu perahan digalakkan untuk disimpan mengikut kuantiti yang diminum bayi 1 kali minum (per feeding) untuk memudahkan penyediaan. 

Susu perahan juga digalakkan untuk disimpan pada waktu perahan tersendiri untuk memelihara komposisi susu tersebut. Seperti yang cikgu pernah ceritakan sebelum ini, susu ibu adalah custom made dan dihasilkan dengan komposisi berbeza pada waktu yang berbeza. Contohnya: komposisi susu perahan pada waktu siang berbeza dengan perahan pada waktu malam. Kandungan lemak dalam susu ibu lebih banyak pada waktu malam berbanding waktu siang.

Namun begitu, jika anda ingin menjimatkan ruang penyimpanan, anda boleh menyimpan susu perahan dengan cara ini. Anda mesti memenuhi 3 syarat ini:

Syarat 1: Sesi-sesi perahan mesti dalam tempoh 24 jam sahaja.

Syarat 2: Suhu susu perahan berlainan sesi ini mesti sama sebelum dicampurkan.

Syarat 3: Tarikh luput susu perahan yang sudah dicampurkan ini adalah waktu memerah sesi terdahulu atau sesi pertama.

Contoh situasi: 28 April 2015

Sesi 1: 9 am : 2oz
Sesi 2: 12 pm : 3oz


TIPS PENYIMPANAN:

1. Simpankan ebm sesi 1 dalam peti sejuk pintu bawah / bahagian chiller selepas memerah.
2. Simpankan ebm sesi 2 dalam peti sejuk pintu bawah / bahagian chiller selepas memerah.
3. Biarkan ebm sesi 2 di dalam peti sejuk bahagian itu sekurang-kurangnya selama 1 jam.
4. Kemudian, campurkan ebm sesi 1 dan sesi 2. *Goyangkan perlahan botol ebm sebelum mencampurkannya supaya lapisan lemak dan air bersatu semula.
5. Labelkan campuran ebm dengan tarikh luput ebm sesi 1 iaitu 28 Apr: 9am.
6. Simpankan sahaja susu perahan dibahagian chiller jika ingin digunakan dalam masa 3-5 hari.
7. Pindahkan ke bahagian beku / freezer jika susu masih belum digunakan lagi pada hari keempat atau kelima.





Notakaki: 
*Susu ibu paling segar didapati dari penyusuan terus dari payudara ibu. Sesetengah pakar laktasi berpendapat susu ibu akan berubah komposisinya setiap kali dibekukan. Jadi utamakan pemberian direct feeding, susu yang baru sahaja diperah dan susu yang disimpan di bahagian chiller untuk bayi anda.

*Perkongsian dari seorang SN yang mengendalikan EBM, cara ini tidak digalakkan untuk bayi pramatang kerana bayi pramatang mempunyai sistem imun badan yang lebih lemah berbanding bayi lahir cukup bulan.




Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
www.pumponthego.com




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

5 comments:

  1. salam boleh tanya puan.. boleh x klu sesi perahan hari pertama di tambah dengan sesi perahan hari kedua di dalam bekas yang sama? sebab nak kasi pada babysitter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, asalkan suhu susu2 berikut adalah sama, boleh dicampurkan.

      Delete
  2. Klu suhu xsama xblh ke?contoh perhan harini sikit,trus amk susu smlm campurkn dgn yg bru perah harini dlm 1oz...klu xblh knp?

    ReplyDelete
  3. Klu suhu xsama xblh ke?contoh perhan harini sikit,trus amk susu smlm campurkn dgn yg bru perah harini dlm 1oz...klu xblh knp?

    ReplyDelete
  4. boleh tak sesi perahan hari-1 mix ngan sesi perahan hari-2 @ ke-3 (susu utk suhu dlm chiller) ikut perfeeding baby sbb nk simpn dlm frezzer(frozen) bgi jimatkn ruang&plastik susu

    ReplyDelete