Tuesday, 14 April 2015

CIKGU, SUSU SAYA CUKUP KE?

Ibu 1: "Cikgu, saya rasa susu tak cukup, maybe baby dah nak cerai susu kot.."


Ibu 2: "Baby dah mula makan, susu pun tak cukup dah. Saya dah boleh stop menyusu ke cikgu?"






Tidak cukup susu (not enough milk) selalu menjadi penyebab untuk menghentikan penyusuan susu ibu bagi sesetengah ibu. 

NANTI DULU!!

Sebelum anda membuat keputusan untuk menghentikan penyusuan, adakah anda pasti yang susu anda tidak cukup? Bagaimana anda nak mengenalpasti jika susu yang anda hasilkan sudah tidak dapat menampung keperluan bayi? Baca sampai habis ya.

Apakah tanda-tanda yang membuatkan anda rasa TIDAK CUKUP SUSU walaupun bayi anda sebenarnya mendapat susu yang cukup dan membesar bagai JUARA?!

Sebagai makluman anda, tanda-tanda di bawah ini TIDAK SEMESTINYA atau BUKAN indikator menunjukkan yang anda tidak cukup susu. Dalam banyak , ia hanyalah TANGGAPAN anda sahaja.



TANGGAPAN IBU SUSU TAK CUKUP : TANDA- TANDA PADA BAYI

1. Bayi kerap menangis.

2. Bayi tidak tidur dalam jangka masa yang panjang.

3. Sukar untuk disusukan.

4. Kerap melekap dengan ibu.

5. Menghisap jari atau tangannya.

6. Badan bayi yang terlalu besar atau terlalu kecil. Tanggapan ibu, susu tak cukup.

7. Bayi akan minum susu formula, jika diberikan.



TANGGAPAN IBU SUSU TAK CUKUP: TANDA-TANDA PADA IBU

1. Ibu merasakan susunya nampak cair.

2. Tidak mengalami 'kebocoran susu' / leaking (susu yang menitik keluar) di payudara atau tanda-tanda lain bagi letdown reflex.

3. Apabila diperah, susu yang keluar sangat sedikit atau tiada.

4. Payudara tak rasa penuh atau lebih ringan dan lembut berbanding sebelum penyusuan.



SIGNAL YANG MENUNJUKKAN BAYI MENDAPAT SUSU YANG CUKUP.

1. OUTPUT 

Jika bayi ada mengeluarkan air kencing dan najis, maka ia bermaksud susu diminum dengan betul. Kalau ada output, maksudnya ada lah input.

a) Air kencing - Pastikan bayi ada 6 kali atau lebih lampin yang berat dan basah dalam sehari. Struktur air kencing bayi hendaklah jernih dan tidak pekat.

b) Najis - Biasanya bayi yang baru lahir, mendapat susu yang cukup akan membuang air besar sebanyak 3 - 8 kali sehari. Dan kekerapan itu akan berkurang apabila umur bayi meningkat. Warna najis bayi yang mendapat susu yang cukup adalah kuning keemasan, sedikit berbiji dan tidak keras.





2. SIFAT BAYI. 

Bayi menunjukkan tanda-tanda seperti:

- alert dengan pergerakan di sekelilingnya.
- menunjukkan perkembangan otot badan yang baik. 
- mempunyai kulit yang sihat dan cantik.
- kenaikan berat badan yang konsisten.

Jika bayi menunjukkan signal-signal seperti di atas, bermaksud anda TIDAK mengalami masalah susu tak cukup.


Merawat lebih baik dari mengubati, betul betul? Jadi, mari kenalpasti apakah punca masalah anda?


PUNCA KURANG SUSU (LOW MILK PRODUCTION)

1. Penyusuan yang tidak kerap.

2. Penyusuan berjadual (memberi susu ikut jam contoh: 3 jam atau 4 jam sekali baru menyusu).

3. Menghadkan setiap sesi penyusuan (contoh: setiap kali menyusu hanya ambil masa 5 minit, selepas 5 minit ibu hentikan penyusuan walaupun hakikatnya bayi masih belum kenyang.)

4. Lekapan semasa penyusuan yang tidak betul.

5. Susu tidak dikeluarkan sepenuhnya dari payudara.

6. Lambat memulakan penyusuan kali pertama.

7. Pengambilan ubat-ubatan oleh ibu seperti pil perancang yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi dan ubat kencing manis.

8. Merokok dan pengambilan minuman keras.

9. Ibu pernah menjalankan pembedahan payudara dimana pembedahan tersebut telah memotong duktus susu atau saraf pada payudara.

10. Ibu mengandung semula (perubahan hormon semasa mengandung boleh menyebabkan penghasilan susu berkurang).


Punca-punca yang jarang kita dengar:

1. Uri yang tertinggal di dalam rahim selepas proses bersalin (retained placenta).

2. Kurangnya perkembangan payudara semasa mengandung atau Insufficient Grandular Tissue, IGT (menyebabkan kurang sel-sel penghasilan susu).

3. Kekurangan nutrisi - susu dihasilkan dari makanan dan lemak yang tersimpan di dalam badan ibu, jika ibu telah menggunakan keseluruhannya maka ia akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu.

4. Pengambilan air yang terlalu sedikit.

5. Punca psikologi - dimana ibu tiada keyakinan diri untuk menyusukan bayi, asyik merasa letih, terlalu risau, dan merasa sukar untuk respon kepada permintaan bayi. Ibu yang berada dalam keadaan stress lebih berpotensi untuk:

- tidak kerap menyusu atau menyusu dalam jangka masa yang singkat
- memberi susu formula ataupun puting tiruan (pacifier)
- kurang memberi perhatian kepada bayi

6. Salah satu punca masalah kurang susu adalah pengeluaran susu (milk transfer) yang tidak efektif dari payudara sama ada melalui penyusuan terus dari payudara, menggunakan pam susu atau pengeluaran susu dengan cara hand expression.


Punca kepada pengeluaran susu atau milk transfer yang tidak efektif ini adalah:

1. Lekapan bayi yang tidak betul jadi hisapan bayi tidak efektif.

2. Bayi merasa letih ketika sesi menyusu.

3. Sesi penyusuan yang singkat dan tak kerap.

4. Menghentikan penyusuan satu belah payudara terlalu awal, menyebabkan bayi tidak mendapat susu akhir (hindmilk) yang dapat mengenyangkan bayi. 

5. Bayi tidak sihat atau tidak cukup bulan.

6. Bayi tidak ada keupayaan untuk menghisap dengan kuat dan dengan lama.

7. Penggunaan breastpump yang tidak sesuai dengan payudara ibu.

8. Cara perahan tangan atau marmet (hand expression) yang tidak betul.


Lekapan yang tidak betul.




CARA MENGATASI MASALAH KURANG SUSU untuk IBU.

1. Menyusukan bayi dengan kerap setiap kali bayi menunjukkan signal mahu menyusu (nursing on demand).

2. Kerap mengosongkan payudara menggunakan pam susu atau hand expression.

3. Memperbetulkan lekapan bayi semasa menyusu.

4. Mengelakkan penggunaan puting tiruan atau pacifier.

5. Mengelakkan pemberian susu formula.

6. Minum air dengan kuantiti yang cukup. Minum bila merasa dahaga, sebelum dan selepas menyusu atau mengepam dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. (Kata Dietitian, ibu menyusu memerlukan sekurang-kurangnya 3.5Liter air sehari). Air suam is the best!

7. Makan makanan yang berkhasiat.

8. Pengambilan milk booster dapat membantu.

9. Penggunaan pam susu (breastpump) yang betul dan sesuai dengan ibu.



TIPS MUDAH: KERAP KOSONGKAN PAYUDARA - jika susu tidak dikeluarkan dari payudara, penghasilan susu juga akan berkurangan. Lagi kerap anda kosongkan breast, lagi banyak susu akan dihasilkan. 





Jadi, saranan saya kenalpasti dulu punca dan cara penyelesaiannya. Allah begitu sukakan hamba-Nya berusaha bersungguh-sungguh sesudah itu bertawakal kepada-Nya. InshaAllah, Dia akan bantu memudahkan penyusuan anda.






Zuain Ghani,


Sertai Seminar PRAKTIKAL Mudahnya Menyusu cikgu kalau betul-betul nak berjaya menyusu. Daftar di sini: mudahnyamenyusu.gr8.com

Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

No comments:

Post a Comment