Tuesday, 21 July 2015

6 TIPS MENYUSU SEMASA BERAYA DAN OPEN HOUSE

Salam dan hai mommies semua! Apa khabar raya anda??

Fuh baru cikgu sempat nak pegang handphone...hihihi. Most of my usual time were dedicated to all of you mommies, so time raya ni lah cikgu ambil kesempatan get together dengan family. Maafkan saya atas kelewatan membalas email dan pm mommies.

Suasana beraya di Malaysia tidak berakhir pada hari raya pertama dan kedua sahaja. Cikgu percaya anda bakal memenuhi undangan dan jemputan ke rumah sanak saudara, rakan-rakan dan juga Open House sepanjang bulan Syawal ini. Raya gituh kan!

Pengalaman cikgu beraya sebagai ibu menyusu dan baru-baru ini beraya bersama saudara mara dan ibu muda yang menyusu cikgu dapati masih ada yang malu-malu nak menyusukan baby mereka.

Ya cikgu faham, kadang-kadang keadaan rumah semasa beraya penuh dengan saudara mara yang berkunjung dan mungkin cuaca panas, baby jadi kurang selesa. Ibu pula juga jadi kurang yakin mahu menyusu dalam keadaan ini.

Haaa... dengan itu cikgu nak kongsikan tips menyusu semasa menghadiri Open House ataupun semasa pergi beraya:

1. Pakai baju menyusu atau pakaian yang ada akses menyusu.
Ini memudahkan kita nak menyusukan anak walaupun dimana-mana.

2. Pakaikan baby kita dengan pakaian yang dia selesa.
Bukan apa, tak salah kalau kita nak hiaskan baby kita dengan pakaian yang cantik, tetapi pastikan material pakaian itu lembut dan breatheable supaya baby kita selesa, contoh material: cotton.

3. Ibu sendiri perlu relax dan bertenang.
Dulu saya pun macam ni, jadi panik bila Aariz menangis dan resah gelisah mahu menyusu di tengah open house tu. Dengan Aydin, saya belajar untuk menenangkan diri. Bila ibu tenang, hormon oksitosin lebih lancar lantas baby kita juga menjadi lebih tenang. Maka penyusuan lebih mudah.

4. Hapuskan perasaan malu dan segan anda nak menyusu di khalayak ramai.
Tunaikan tanggungjawab anda untuk menyusukan anak walaupun dimana anda berada.

5. Jika baby menjadi cranky atau tidak tenang, dapatkan kebenaran untuk menyusu di dalam bilik tetamu.
Jika suasana di rumah terlalu pack, bawa baby anda ke ruang yang lebih sunyi supaya dia lebih relax. Dengan itu anda dapat mulakan penyusuan dengan baik.

6. Tenangkan baby dengan kuasa pelukan dan alunan suara anda.
Anak-anak sangat menggemari kehangatan pelukan ibu dan nyanyian alunan zikir anda, ini juga adalah salah satu cara untuk tenangkan baby anda. Pasti dia senang nak menyusu lepas tu.

Wah..wah..wah.. ini 6 tips yang cikgu sendiri amalkan sepanjang penyusuan di musim raya.
InshaAllah, semoga kita semua (ibu-ibu) dapat beraya dengan gembira dan masih dapat meneruskan penyusuan semasa beraya..gituh!



Salam Syawal dari Cikgu Susu!


No comments:

Post a Comment