Sunday, 26 July 2015

PENYELESAIAN MASALAH GUSI BERDARAH UNTUK IBU MENYUSU

Salam mommies,

Pernah tak mommies alami masalah gusi berdarah? Cikgu pun kerap kali mengalaminya terutama sepanjang kehamilan dan penyusuan anak-anak cikgu. Setiap kali memberus gigi, gusi akan luka dan terasa sensitif. Sedih je sebab kadang-kadang pedih dan sakit. 

Baru-baru ini semasa berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, cikgu lihat rata-rata masyarakat di sana mengamalkan siwak atau kayu sugi untuk membersihkan gigi. Sebenarnya penggunaan siwak amat digalakkan sebab ianya salah satu sunnah yang sangat disukai Nabi Muhammad S.A.W.. Kayu sugi atau siwak banyak dijumpai di kedai-kedai runcit di sana. Even depan Masjid Nabawi pun banyak anak-anak muda menjualnya. Cikgu tak ketinggalan mencuba. 

Setelah mencuba kali pertama, cikgu amazed sebab tak ada nampak luka atau gusi berdarah seperti selalu dialami. MashaAllah, kelebihan sunnah Nabi kan. Cikgu terus amalkan sampai sekarang (dah hampir 2 minggu), dan Alhamdulillah, rasa gigi lebih bersih dan masalah gusi berdarah terus hilang. Paling best, plak-plak lama pun dah slowly decreasing. Mulut terasa lebih wangi dan bersih dari biasa.

Cikgu amat sarankan penggunaan kayu sugi ni kepada mommies yang hamil dan menyusukan anak yang mengalami masalah gusi sensitif atau gusi berdarah. InshaAllah banyak lagi kesan baik yang mommies akan dapat melalui amalan bersiwak ni. 

Berikut antara kelebihan bersiwak yang cikgu dapati dari sedikit pembacaan yang cikgu lakukan:

  • 1. Mencantikkan wajah
  • 2. Mengharumkan mulut
  • 3. Mencerahkan penglihatan
  • 4. Menghilangkan kuman dan membantu penghadaman
  • 5. Memerdukan suara
  • 6. Memfashihkan percakapan
  • 7. Memperhiaskan solat
  • 8. Menghilangkan rasa mengantuk
  • 9. Mendapat keredhaan Allah SWT
  • 10. Menguatkan minda
  • 11. Mencerahkan mata dan banyak lagi tau.


Inilah rupa kayu sugi / siwak. Wangi dan senang nak guna.


Bagi ibu yang selalu mengalami masalah gusi berdarah semasa hamil atau masih menyusu,  ia mungkin tanda kekurangan vitamin C juga. Jadi tambahkan pengambilan makanan berunsur vitamin C. Antara yang begitu sinonim dengan vitamin C ialah oren. 

Selain itu, sumber makanan yang tinggi vitamin C adalah strawberi, brokoli serta ubi kentang dan kentang manis. Lebih bagus jika ibu mendapatkan vitamin C dari makanan semulajadi iaitu sayuran dan buah-buahan kerana kadar penyerapan oleh badan lebih bagus selain boleh membantu melengkapkan keperluan air dan serat oleh badan. 

Saranan cikgu: Amalkan penggunaan kayu siwak dan pengambilan vitamin C yang mencukupi untuk merawat masalah gusi sensitif dan berdarah ya. 





Antara sumber vitamin C dari makanan.





Cikgu doakan anda berjaya!




Cikgu Susu Anda




















Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow


No comments:

Post a Comment