Thursday, 27 August 2015

EBM: SUAM KE PANAS?

"Heating milk to above 40℃ is not advised because this will result in loss of enzyme activity."

"Memanaskan susu pada suhu lebih dari 40℃ tidak disarankan kerana akan menyebabkan kehilangan aktiviti pada enzim di dalam susu ibu." - ABM Clinical Protocol #8: Human Milk Storage Information for Home Use For Full-Term Infants. 

Ramai yang bertanyakan saya, bagaimanakah cara yang betul untuk memanaskan susu sebelum diberikan kepada bayi? Sebenarnya, ramai yang masih keliru dengan keperluan dan kesesuaian bayi.

Gambar hiasan, Google

Suam ke panas?

Saya mahu anda imbas kembali saat penyusuan terus dari payudara dengan si comel anda. Waktu itu pasti bayi anda kelihatan tenang sekali dengan setiap tegukan susu yang sungguh bermakna darinya. Tahukah anda, keadaan susu yang paling segar, dengan suhu yang paling sesuai dan komposisi yang paling tepat adalah semasa penyusuan bayi terus dari payudara ibu? 

Semasa direct feeding

Ya, semasa direct feeding.

Pada waktu ini, suhu susu ibu mengikut suhu badan anda sendiri. Secara puratanya suhu badan manusia adalah lebih kurang 37℃. Suhu suam-suam kuku ini, sudah cukup membuatkan bayi menyusu dengan baik lantas terlentok di pelukan anda apabila dia sudah kenyang.

Maka, suhu yang paling sesuai untuk memanaskan susu adalah pada suhu yang sama dengan suhu badan ibu. 40℃. Jika lebih dari ini, boleh merisikokan bayi kepada masalah melecur. "Sejuk je tak panas pun," kata ibu. Hakikatnya, inilah suhu susu yang paling sesuai untuk diberikan kepada bayi anda.

Susu ibu adalah sel hidup yang mengandungi jutaan antioksida, antibakteria, prebiotik, probiotik, sel-sel perangsang sistem imun badan dan protein pelindung selain dari nutrisi yang cukup untuk bayi kita. Beberapa kajian pakar mengatakan, sesetengah nutrien atau komponen berubah dan berkurang apabila susu ibu disimpan/ disejukkan. Selain itu, susu ibu juga akan berubah komposisi antibodi dan komponen lain seperti protein setiap kali dibekukan atau jika melalui fasa perubahan suhu yang banyak peringkat atau mendadak

*Inilah sebabnya susu ibu perlu disuamkan pada suhu yang betul, tidak lebih dari 40℃.

Namun begitu, kajian menunjukkan susu perahan ini masih memiliki zat dan komposisi yang baik untuk bayi jika dibandingkan dengan susu jenis lain. Jadi bagi memastikan bayi anda mendapat segala komponen lengkap dalam susu ibu, anda perlu menyediakan susu perahan dengan cara yang betul.

Mengikut pengalaman dan bacaan, berikut adalah tangga kesegaran atau prioriti susu mengikut cara susu disimpan. Paling atas adalah yang paling segar: 

1. Penyusuan terus. (direct feeding)
2. Susu yang baru diperah. (fresh express milk)
3. Susu yang disimpan di bahagian bawah peti sejuk selepas diperah. (chiller ebm)
4. Susu yang disimpan di bahagian beku. (frozen ebm)

Pemerhatian saya lakukan dengan menilai bau dan rasa susu. Susu paling atas (tangga 1,2 dan 3) rasa paling manis dan sedap. Tangga ke-4, saya dapati rasa susu bertukar. Some babies will like no. 1, 2, dan 3 more kerana rasa susu yang lebih fresh kerana susu tidak melalui banyak peringkat perubahan suhu. 

Kepada ibu bekerja yang menyusukan anak, saya sarankan anda memberikan kombinasi susu dari tangga 1-4 kepada bayi anda setiap hari. 

Maka, kalau anda tak ada stok susu beku pun tidak mengapa, kerana sudah pasti anda  dapat memberikan susu yang lebih segar untuk anak anda.

Tips suamkan susu yang betul:

1. Cairkan susu beku dengan memindahkan susu dari peti beku ke bahagian bawah (bahagian chiller) selama 1 malam / atau sekurang-kurangnya 6 jam.

2. Apabila susu sudah cair sepenuhnya, goyangkan perlahan (tidak menggoncang) botol susu supaya kandungan air dan lemak dalam susu bercampur dan sebati.

3. Masukkan botol ke dalam warmer dan gunakan suhu pada lampu pertama sahaja (40). Atau cara lain, rendamkan botol susu di dalam satu bekas berisi air panas dan air paip pada nisbah 1:2 (air panas:air paip), pastikan suhu masih dalam lingkungan 40℃ ya ibu.

4. Rendamkan susu selama 5-7 minit sahaja.

5. Periksa suhu susu di bahagian nadi (pada tangan) anda kerana bahagian ini mempunyai kulit paling nipis setara dengan kulit bayi. Bukan pada bahagian atas tangan ya.

Jadi, suam atau panas?
Jawapannya suam ya ibu-ibu.

Breastmilk is a living food, made with love, and is given with pure love. Cherish every moment as long as you can.

Jumpa cikgu dalam Seminar Mudahnya Menyusu.
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).


12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel

13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel

20 Sept : POTG Kelana Jaya

3 Oct : Seremban (lokasi akan diberitahu kemudian)

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

13 Nov : Kuching, Abell Hotel

14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com




Cikgu Susu Anda
PumpOnTheGo




Rujukan:

1. ABM Clinical Protocol #8: Human Milk Storage Information for Home Use For Full-Term Infants. 


Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.



Wednesday, 26 August 2015

ISTERI BERSALIN, SUAMI JANGAN MAIN GOLF

Gambar hiasan, Google

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor menyarankan kepada para suami supaya menjaga isteri dan bayi mereka semasa cuti paterniti.
Beliau berkata, selain cuti bersalin selama 60 hingga 90 hari diberikan kepada pekerja wanita, cuti paterniti selama tujuh hari juga diberi kepada suami.
Sehubungan itu, secara berseloroh, beliau berharap semasa cuti tujuh hari itu, para suami duduk di rumah dan tidak bermain golf.
"Jadi saya harap, para suami jaga ibu dan bayi. Jangan tujuh hari cuti, main golf. Para isteri kena periksa, suami kalau cuti tujuh hari dia mesti jaga anda dan bayi.
"Jangan benarkan mereka keluar. Saya tahu kaum lelaki tidak gembira dengan perkara ini tetapi saya di sini adalah untuk membela kaum wanita," katanya sambil mendapat tepukan hadirin.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat kebangsaan di Putrajaya hari ini.
Sementara itu, berkongsi pengalaman beliau sendiri, Rosmah berkata beliau sebelum ini tidak sempat menikmati cuti bersalin selama 60 hingga 90 hari.
Malah, suaminya Datuk Seri Najib Razak juga, katanya tidak pernah mendapat cuti paterniti selama tujuh hari berikutan kesibukan mereka.
"Dia (Najib) tak pernah dapat cuti dia. Dia tak pernah ada peluang untuk ambil (cuti) tujuh hari.
"(Tempoh) 60, 90 (wanita) bercuti, saya cuma dapat 40 hari, lepas 40 hari siaplah pergi kerja," katanya lagi. - (Artikel asal: Malaysiakini.com)
-
Sejurus selepas bersalin, seorang ibu biasanya akan merasa letih dan memerlukan rehat yang berkualiti bagi membenarkan luka bersalin sembuh dengan cepat. Tambahan pula ibu perlu menyusukan bayinya dengan kerap terutamanya di awal kelahiran bayi. Silap hari bulan ibu boleh jadi stress kalau tak dapat sokongan dan bantuan yang diperlukan.
Dalam tempoh berpantang ini, ibu amat memerlukan bantuan dan sokongan dari orang yang paling rapat dengannya iaitu suami sendiri. Di sini lah suami perlu memainkan peranannya. Pertolongan seperti bantu memandikan bayi dan menyediakan makanan untuk isteri amat dihargai, diselangi dengan kata-kata semangat dan berterima kasih atas kelahiran cahaya mata, sudah cukup buat isteri bertambah sihat dan gembira menyusukan anak.
Bila dah mula bekerja pula, saya suka sarankan kepada ibu untuk berterus-terang dengan majikan, supaya majikan lebih memahami tentang tugas anda untuk meneruskan penyusuan. Ibu perlu ada negotiation skills yang baik bila berhadapan dengan majikan. Bukan jadi pengampu bos ya, maksud saya cuba letakkan diri anda di tempatnya, mesti banyak di fikirannya juga dan try to make him/her understand your role as a mom too.
Antara tips nya, bos suka apa sahaja yang memudahkan kerjanya. Jika anda dapat pastikan prestasi kerja tak terganggu disamping pumping session yang dilakukan sewaktu bekerja, ini pasti menggembirakan bos anda. Contohnya, dengan memerah di workstation sendiri, anda masih boleh melakukan kerja dan menunaikan hak anak pada waktu yang sama.
Paling penting, yakin dengan kemampuan diri sebagai seorang ibu. Yeah, you are a mother, and you are an expert in multitasking. Fikir, sebut, rasa dan buat yang baik-baik sahaja demi anak-anak kita. Kerana setiap apa yang terlintas dari anda itu akan jadi doa.
Semoga penyusuan anda dipermudahkan Allah.

Jumpa cikgu dalam Seminar Mudahnya Menyusu.


Untuk mendaftar, klik link: www.mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).


12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel

13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel

20 Sept : POTG Kelana Jaya

3 Oct : Seremban (lokasi akan diberitahu kemudian)

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

13 Nov : Kuching, Abell Hotel

14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel
Untuk mendaftar, klik link: www.mudahnyamenyusu.gr8.com




Cikgu Susu Anda
PumpOnTheGo



Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.

Monday, 24 August 2015

BREAST-FEEDING VS BOTTLE FEEDING

Al-Baqarah: Ayat 233:

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada)..."

Assalamualaikum dan hai mommies,

Dari dulu hingga sekarang, once in a blue moon cikgu tak terlepas dari menerima soalan dari ibu-ibu atau nenek-nenek, "kenapa kena menyusu sampai 2 tahun ye, what's the rational?"

Mungkin ayat Allah di atas masih belum cukup jelas bagi mereka barangkali. Namun, di setiap ketetapan dan perintah yang Allah turunkan, pasti ada hikmah yang berlipat kali ganda rasionalnya. Sesungguhnya ilmu Allah itu Maha Luas, yang dikurniakan kepada kita belum sampai setitik pun dari air lautan yang meliputi bumi ni.

Allah kurniakan kepakaran kepada mereka yang terpilih sebagai pengkaji dan perantara bagi menceritakan tanda-tanda kebesaran-Nya. Ini termasuklah penciptaan manusia. Manusia dikaji seawal di dalam rahim ibu sehingga tamat riwayat hidupnya, bukan kerana nak cari cara nak hidup selamanya tetapi sebab manusia ini adalah ciptaan Allah yang paling unik yang ada di atas muka bumi ni. 

Dalam Konvensyen PRISMA 2015 yang lepas, kami berkesempatan mendengar perkongsian dari Assc. Prof. Dr. Zamri b. Radzi seorang pakar dan konsultan Orthodontist, dari Fakulti Pergigian, Universiti Malaya. Beliau berkongsi tentang Breastfeeding: Dental Development and Beyond. Perkongsian yang membuka mata kami semua and i bet all the participants enjoy his session! 

Hasil kajian pakar menyatakan dalam 2 tahun pertama hidup seorang anak itu, dia akan mengalami pertumbuhan yang sangat pesat bukan sahaja dari segi mental, fizikal dan psikologi bahkan juga pembentukan tulang, rahang, gigi dan bentuk muka. 

How does that correlates to breastfeeding?

Penyusuan ibu menjadi faktor utama kepada pembentukan teras dan pertumbuhan rahang bawah seorang manusia. Corak dan pattern pergerakan rahang semasa bayi menyusu secara breast-feeding (direct feeding) membantu pembentukan otot dan rahang yang baik kepada anak. Ia meningkatkan koordinasi mulut, bibir, lidah dan otot disekeliling rahang bayi.

Semasa menyusu dari payudara ibu, bayi akan menggerakkan rahang dengan bukaan yang luas menyebabkan pertumbuhan rahang bawah yang aktif. Rahang bawah bayi bekerja dengan maha kuat untuk mendapatkan susu. Kalau tak kerja kuat tak dapat susu la, gituh. Dalam bahasa saintifiknya, pakar sebut extensive mandibular movement. 

Manakala semasa penyusuan dari botol, pergerakan rahang bawah sangat minimal, menyebabkan pertumbuhan tulang rahang bawah lebih perlahan. Bayangkan aliran susu dari botol yang akan flow je bila botol ditonggengkan, so it is effortless to babies. In most cases, walaupun puting yang digunakan bersaiz kecil, aliran susu tetap laju dan impactful  semasa bayi menghisap dari botol dan otot dan rahang bayi tak perlu bekerja kuat tu untuk mendapatkan susu.

Rasionalnya, penyusuan terus dari ibu membantu pembentukan rahang dan teras yang baik sebagai asas pertumbuhan gigi yang cantik dan tersusun. Ini mengelakkan masalah rawatan gigi seperti ortodontik dan pemakaian braces apabila anak mula membesar nanti. Kata beliau lagi, penggunaan botol susu atau puting kosong (pacifier) dalam jangka masa yang panjang sedikit sebanyak akan mengganggu pertumbuhan gigi dan pembentukan rahang anak. 



Pergerakan lidah semasa menyusu juga sangat berbeza oleh bayi yang breast-feeding dengan bayi yang bottle-feeding. Semasa penyusuan terus dari payudara, bayi mengalunkan lidahnya (suckling) pada bahagian areola ibu menyebabkan bayi melatih lidahnya menjadi kuat sebagai persediaan untuk mula bercakap nanti. Sebab itu kajian mendapati kanak-kanak yang menyusu dengan cara yang betul dapat mula bercakap dengan lebih mudah dan jarang sekali mengalami masalah pelat. In other words, penyusuan ibu membantu seseorang bayi dalam speech development dan kejelasan menyebut sesuatu perkataan (speech clarity).

Semasa menyusu secara direct feeding, bayi akan mengawal sendiri aliran susu yang diperlukannya melalui gerakan lidah dan rahang bawahnya. Dengan cara ini, koordinasi hisapan dan pernafasan bayi tidak terganggu dan bayi boleh bernafas dengan baik semasa menyusu. Anda akan notice yang bayi kadangkala berhenti seketika (pause) semasa menyusu, sebenarnya untuk bernafas.

Berlainan pula dengan meminum dari botol, dalam kebanyakan masa aliran susu sangat laju dan kadang-kadang bayi tidak dapat mengawalnya, menyebabkan bayi kelihatan tercungap-cungap, tersedak dan mengalami kesukaran untuk bernafas. Risiko bayi tersedak susu atau tidak bernafas sangat tinggi jika penyusuan melalui botol tidak dilakukan dengan cara yang betul.

Cara yang betul yang selalu saya sarankan ibu-ibu bekerja adalah dengan melatih bayi anda menerima susu dengan teknik Paced Bottle Feeding. Teknik ini dilakukan berdasarkan corak dan pattern hisapan terus dari payudara. Walaupun ia tidaklah 100% sama seperti direct-latch, ia membantu bayi mengawal aliran susu sendiri. Bantu bayi berehat sebentar (pause) dan bernafas ketika feeding. Ia juga bantu elakkan baby mengalami masalah terlebih minum (overfeeding).

My sharing today is not to undermine mothers who are unable to direct feed their babies (disebabkan masalah bayi dilahirkan premature atau kurang keupayaan untuk menyusu secara terus dari payudara). Saya percaya setiap dari anda mahu berikan yang terbaik untuk anak anda. Tetapi kita tidak dapat menidakkan kebaikan yang telah Allah kurniakan dari setiap proses semulajadi dalam hidup manusia. Termasuklah hikmah dan kebaikan penyusuan terus dari payudara.

Jika pernah mengalami kegagalan dalam penyusuan lalu, anggapkan ianya satu cabaran kepada anda menjadi dan melakukan yang lebih baik untuk anak seterusnya. Learn, learn dan keep on learning. Sebab ilmu Allah itu luas, kita takkan habis belajar sampai hujung hayat kita.

Buat ibu bekerja, pesanan cikgu, utamakan direct feeding bila sahaja anda bersama anak anda. 2 tahun pertama hidupnya adalah tahun-tahun emas yang kita mahu berikan yang terbaik dalam hidupnya. Termasuklah dengan memiliki pembentukan bentuk muka, rahang dan gigi yang baik.



Mari sedut ilmu banyak-banyak dalam Seminar Mudahnya Menyusu.

Untuk mendaftar, klik link: www.mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).


12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel

13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel

20 Sept : POTG Kelana Jaya

3 Oct : Seremban (lokasi akan diberitahu kemudian)

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

13 Nov : Kuching, Abell Hotel

14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel
Untuk mendaftar, klik link: www.mudahnyamenyusu.gr8.com




Cikgu Susu Anda


Rujukan:
1. Konvensyen PRISMA 2015, Prof. Dr. Zamri: Breastfeeding: Dental Development and Beyond.
2. KellyMom.com



Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.














Thursday, 20 August 2015

IBU MENGADU TAKDE SUSU, TAPI BILA PICIT BREAST INI YANG TERJADI...

Assalamualaikum dan hai mommies,

Cikgu nak kongsikan kes yang biasa dihadapi ibu selepas bersalin terutamanya ibu yang melahirkan anak sulung, ada juga yang mengalami situasi ini selepas melahirkan kedua atau ketiga.

*Identiti sebenar ibu dirahsiakan.

Situasi hari pertama:

Ibu: "Susu tak keluar banyak, tapi bagi je baby hisap.."

Cikgu: Mula-mula memang sikit ikut saiz perut baby. Teruskan menyusu, stimulation dari baby akan buat susu lancar.."

Hari kedua:

Ibu: "harini day 2, sejak semalam susu tak keluar pun. Baby hisap je.. risau baby lapar ni..

Cikgu: "Baby ada kencing dan berak?, puan boleh kencing..?

Ibu: " Baby ada kencing and berak, saya boleh kencing.."

Cikgu: "InshaAllah, ada susu. Cuba picit sikit bahagian areola, ada keluar kolostrum? Belum warna putih lagi ye, especially first week.."
Ibu: Ada keluar susu..

Hari ke-tiga (petang):

Ibu: "Cikgu, baby kena jaundice, and susu tak keluar ni. Pam pun tak ada apa keluar. Risau baby tak dapat susu.. tolong.."


Hari ke-empat: Sesi konsultansi bermula.

Ibu: "Ada beri sedikit susu formula, sebab risau tak dapat susu.."

Keadaan payudara dan puting:

Mula-mula cikgu tengok ibu nampak lesu dan dehydrated. Tapi biasalah baru 4 hari bersalin kan. Payudara ibu kelihatan agak tegang dan keras. Bila dipegang rupa-rupanya ibu mengalami bengkak susu dan ketulan yang banyak di kedua-dua belah breast. MashaAllah. Katanya sakit sangat bila ditekan bahagian breast. Puting pula sedikit luka dan nampak kesan rekahan merah pada putingnya, nasib baik sebelah je. 

Lekapan bayi semasa menyusu:

Mulut baby jauh dari payudara. Kedudukan bayi tidak betul-betul rapat dengan ibu. Lekapan pula cepat terlepas. Menyebabkan baby seolah-olah tidak puas menyusu. Baby cuba untuk grip semula nipple ibu tanpa dilekapkan dengan semula, akibatnya lidah bayi hanya menangkap hujung nipple sahaja, bukannya keseluruhan areola.

Posisi bayi semasa menyusu:

Ibu masih kekok memegang bayi. Kepala bayi yang baru lahir masih lembut dan ini menyebabkan kepala bayi senang jatuh jika tidak diampu. 

Penyelesaian cikgu:

1. Urutan payudara.

Kami mengambil masa lebih kurang 5-10 minit untuk melakukan breast massage dan hot compressed. Ketulan banyak dan besar, ini menyebabkan saluran susu tersumbat dan aliran susu menjadi perlahan. Saya melakukan sedikit mampatan pada payudara ibu dan zass... keluarlah kolostrum dari puting ibu. Ibu sendiri seolah-olah tak percaya yang sebenarnya susu ada dan cukup untuk bayi.

Menurut Perunding Laktasi aka mentor penyusuan saya, Dr. Hairin Anisa: Apabila lekapan semasa menyusu tidak betul, susu tak dapat dikeluarkan dengan efektif dari breast. Maka saluran susu tersumbat dan menyebabkan molekul lemak dalam susu tidak dapat melalui saluran susu (tersumbat juga). 

Sebab itu bila ibu mengalami bengkak susu, ibu notice hasil perahan kelihatan cair (foremilk), sebab lemak (hindmilk) tidak dapat melalui saluran susu itu dan tak dapat keluar dari breast dengan baik. 

Breast massage dan hot compressed akan membantu mengembangkan saluran susu dan mengalirkan susu ibu dengan lancar. Hot compressed cara mudah dilakukan dengan mengisi air paip + air suam dalam storage bottle, dan tuamkan (roll over) botol itu pada payudara yang bengkak tadi.

2. Breast compression.

Baby kelihatan lapar dan menangis mahukan susu. Kata cikgu, teruskan susu kan baby sambil buat urutan tadi. Ibu masih risau takut baby tak dapat susu (sebab bengkak kan). Cikgu ajar ibu ini untuk buat pemampatan payudara (breast compression) semasa menyusu.

Encek husband pun ada dan membantu dengan membuat compression semasa bayi menyusu. MashaAllah, dengan izin Allah, nampak baby menyusu dengan hisapan yang perlahan dan mendalam. Ya ini tandanya bayi sudah mula mendapat susu. 

Yes, breastfeeding is teamwork! In this case not only between mother and the baby, but daddy is also in the picture y'all!

Breast compression dilakukan dengan memampatkan payudara dengan tangan dalam pegangan C. Sesetengan pakar laktasi berpendapat ia umpama melakukan perahan tangan tapi terus ke dalam mulut bayi. Alhamdulillah dengan breast compression, kelihatan susu mula lancar semula dan bayi dalam pattern hisapan yang betul (hisap-telan-hisap-telan).

3. Lekapan dan posisi yang betul.

Cikgu perkenalkan posisi cross cradle dan football hold kepada ibu. Ibu terus praktikkan dan kedudukan bayi betul-betul rapat dengan payudara ibu menyebabkan lekapan menjadi mudah. Bayi seharusnya melekap pada keseluruhan atau sebahagian besar kawasan areola bagi menghasilkan vakum yang cukup untuk mendapatkan susu.

Bibir bayi melingkup keluar dan pipi bayi sedikit kembung semasa menyusu. Keadaan bayi mestilah tenang dan berjaga semasa menyusu. Jika bayi cepat tertidur semasa baru beberapa minit menyusu, kemungkinan lekapan salah atau bayi tidak mendapat susu yang diinginkannya.

4. Penyusuan on demand.

Pesanan cikgu buat ibu ini untuk meneruskan penyusuan sekerap 1-2 jam sekali untuk memaksimumkan pengambilan kolostrum oleh bayi. Bayi jaundis sangat memerlukan kolostrum untuk mengaktifkan pembuangan air besar. Bilirubin akan dikeluarkan dari sistem badan bayi melalui najis. 

Pada usia seawal ini, ianya normal jika bayi mahu menyusu dengan sangat kerap kerana faktor saiz perut dan sifat susu ibu yang cepat dan mudah dicerna. 

5. Makan dan minum.

Oleh kerana ibu kelihatan lesu dan kurang air, cikgu galakkan ibu ini makan dan minum setiap kali selepas menyusu. Minum air suam pula bila-bila sahaja ibu dahaga. This is important mommies, sebab milk booster terbaik untuk ibu menyusu adalah AIR!!!

6. Be confident.

Perkataan yang langsung tidak boleh ada dalam fikiran mommies adalah TAK YAKIN CUKUP SUSU. Bila anda risau tak cukup susu, anda seolah-olah sedang memprogramkan perkara ini dalam tubuh anda. Ingat lagi pesanan cikgu dalam penulisan yang lepas? Jadi ibu perlu fikir, sebut dan buat yang baik-baik sahaja, sebab semuanya adalah doa jika lahir dari hati ibu. Maka, confident ya, inshaAllah susu cukup.

4 hari selepas konsultansi:

Gambar dihantar bersama Whatsapp, kolostrum.

Ibu: "Cikgu, lupa nak share.. mula bf cara yang betul sejak lepas kaunseling.. alhamdulillah.. Susu formula tak bagi dah.. fully bf.. kuning pun dah takde..

Takde dah bengkak.. "

Alhamdulillah. Kenapa cikgu nak share kes ini sebab ramai ibu yang alami perkara yang sama. Ada yang beritahu susu tak ada langsung, susu dah habis, atau dah putus susu walaupun masih dalam waktu berpantang. 

Mommies, kenalpasti dulu permasalahan dari akar umbinya. Seperti dalam blog yang lepas, cikgu menekankan perkara asas dalam penyusuan iaitu mindset, lekapan semasa menyusu, posisi semasa menyusu dan konsep demand vs supply kerana boleh dikatakan hampir semua masalah penyusuan bermula dari perkara asas ini.


Banyak lagi teknik dan tips penyusuan cikgu akan ajar dalam Seminar Praktikal Mudahnya Menyusu.

Untuk mendaftar, Watsapp : MM <LOKASI> ke 019-284-1569

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).

23 Aug : POTG Kelana Jaya

12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel

13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel

20 Sept : POTG Kelana Jaya

3 Oct : Seremban (belum confirm)

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terenggan, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

13 Nov : Kuching, Abell Hotel

14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, Watsapp : MM <LOKASI> ke 019-284-1569




Cikgu Susu Anda





Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.


Wednesday, 19 August 2015

KENAPA SAYA NAK MENYUSUKAN ANAK SAYA?

Bismillahirrahmanirrahim

"Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki." (Surah Al-Furqan ayat 47)


Syukur dengan ciptaan malam dan siang kerana tanpanya pasti jadual hidup kita tidak menentu dan terumbang-ambing tanpa pedoman. Beruntung sungguh kita dikurniakan bumbung untuk berteduh dan tilam empuk supaya dapat melabuhkan kepala dan punggung untuk tidur. Begitu Allah sayangkan kita, dihembuskan hawa udara yang sepoi-sepoi sepanjang malam supaya tidak kita tidur dalam kepanasan atau kesejukan yang melampau. Cuba bayangkan orang yang tak ada semua ini. MashaAllah..

Tetapi, manusia susah sangat mahu berpuas hati. Jarang sekali kita bersyukur dengan kurniaan ini. Hanya tahu syukur bila dapat jadi kaya, belum kaya duit, masih belum mahu bersyukur. Aduh berapa banyak lah dosa yang kita dapat dalam nikmat yang Allah beri ni. 

Buat ibu-ibu, jika hasil perahan sikit pagi ini, ucaplah Alhamdulillah. Jangan nak tunggu hasil banyak baru nak syukur ya. Sebab Allah kata, kalau kita bersyukur, Dia akan tambah lagi nikmatnya.

Dan (ingatlah juga), tatkala tuhanmu memaklumkan. "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim ayat 7)

Semalam saya tak dapat tidur lena. Bukan kerana tilam yang tidak tebal, bukan juga kerana cuaca yang terlalu panas. Tetapi sebab terfikir kembali saat kali pertama menyusukan anak-anak dulu. Kini, Aariz dan Aydin sudah tidur dengan lena sepanjang malam. Tiada lagi terjaga mahu disusukan seperti beberapa tahun lepas. Namun, saya masih dengan jadual ibu menyusu. (~Simptom ibu cerai susu agaknya ya~)

Mengimbas semula betapa sukarnya perjalanan pertama dengan Aariz hampir 5 tahun lepas, saya masih ingat betapa sakitnya bengkak susu yang dialami semasa hari ketiga kelahirannya. Sepanjang 40 hari pertama usia Aariz, dia tak dapat menyusu secara direct feeding. Ini menyebabkan saya berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan lemah. Stress sampai kurung diri dalam bilik baq ang

Atas pencerahan dari seorang doktor pakar kanak-kanak, saya mula berusaha untuk menjayakan direct feeding semula selepas itu. Aariz direct feeding semula (setelah fully bottle feeding) semasa usianya hampir 2 bulan. Ya, penyusuan menjadi semakin mudah selepas itu walaupun cabarannya sangat menguji kekuatan diri apabila sudah mula bekerja.  Ada masanya hasil perahan tak cukup untuk Aariz, ditambah pula dengan suara-suara sumbang yang boleh menjatuhkan keyakinan diri. Allahu Rabbi! Tak mudah ibu, tak mudah nak berjaya menyusu dalam keadaan kita bekerja.

Mencecah usia 8-9 bulan, saya mengalami satu lagi episod mencabar dalam penyusuan Aariz. Aariz menggigit!! Bukan sikit, tapi banyak dan berterusan di setiap sesi menyusu. Saya mengalami luka pada puting, pada areola dan bahagian lain pada badan. Can you imagine that?! Setiap kali menyusu saya menjerit dan menangis. Saya akui pada waktu itu saya masih belum tahu cara mengendalikan baby teething ni. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ia berlaku dalam tempoh yang tidak lama. (~Yeke tak lama, 2 bulan kot!~) Sabar adalah peneman diri waktu itu.

Satu peristiwa yang saya tak dapat lupakan, adalah ketika usia Aariz hampir mencecah 10 bulan. Setelah pulangnya saya dari outstation selama seminggu, he totally rejected breast feeding! Dia tak nak direct feeding. Dan ia berlangsung setiap hari selepas itu. Betapa pilu hati saya bila wajah comel yang dulu setia berdiri di depan pintu rumah setiap petang, menunggu Ummi nya sebab mahu disusukan, dah tak macam tu lagi. Saya rasa kehilangan sesuatu berharga dalam hidup saya. Pelbagai cara dah digunakan untuk bawa dia menyusu dari breast semula tapi gagal. Saya redha dengan keadaan itu.

Genap 11 bulan usia Aariz, ditakdirkan saya hamil lagi. Kali ini saya bertekad mahu menyusukan baby ini selama 2 tahun lengkap. Pengalaman penyusuan Aariz banyak memberi panduan kepada saya. Ia menjadikan saya lebih kuat dan fokus dengan kemahuan saya ini. Saya belajar, dapatkan ilmu penyusuan dari mereka yang pakar. Sebab tak mahu pisang berbuah 2 kali. Alhamdulillah, Allah permudahkan ia sehingga hari ini.

Saya tidak mahu mengalami kesakitan dan tekanan yang dah saya hadapi dulu. Saya tidak mahu dengar tangisan anak yang nyaring dengan tanggapan orang sekeliling susu saya tak cukup. Saya tak mahu merasa rendah diri kerana memberi anak susu ibu walhal mampu beli susu formula yang mahal (anggapan mereka). 

Saya mahu membelai dan dibelai. Saya mahu menjadi orang penting dalam hidup anak saya. Saya mahu dapat kasih sayang tanpa syarat dari dia. Saya mahu lihat anak saya sihat dan tenang berada dalam dakapan saya, bukan dalam pelukan orang lain.

Enough with the pains, enough with the negative words, enough with the wild assumptions.

I want love, i want happiness, i want serenity.

Dan ini yang saya dapat bersama anak-anak saya, kuasa ikatan kasih ibu dan anak. Walau sesingkat mana penyusuan itu, walau dengan cara apa pun anda memberinya susu ibu. Tiada satu makhluk pun dalam dunia yang boleh menidakkan yang anda adalah orang paling penting dalam hidup anak anda.

Ini cerita saya, this is my big why

What's your why?




Kenalpasti 'YOUR BIG WHY' dan jumpa saya di Seminar Mudahnya Menyusu kali ini.

Untuk mendaftar, Watsapp : MM <LOKASI> ke 019-284-1569

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. 
Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).


23 Aug : POTG Kelana Jaya


12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel


13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel


20 Sept : POTG Kelana Jaya


3 Oct : Seremban (belum confirm)

4 Oct : POTG Kelana Jaya


10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel


11 Oct : Melaka, Angsana Hotel


23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel


24 Oct : Kuala Terenggan, TH Hotel


25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel


8 Nov : POTG Kelana Jaya


13 Nov : Kuching, Abell Hotel


14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel


Untuk mendaftar, Watsapp : MM <LOKASI> ke 019-284-1569




Cikgu Susu Anda





Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.