Thursday, 27 August 2015

EBM: SUAM KE PANAS?

"Heating milk to above 40℃ is not advised because this will result in loss of enzyme activity."

"Memanaskan susu pada suhu lebih dari 40℃ tidak disarankan kerana akan menyebabkan kehilangan aktiviti pada enzim di dalam susu ibu." - ABM Clinical Protocol #8: Human Milk Storage Information for Home Use For Full-Term Infants. 

Ramai yang bertanyakan saya, bagaimanakah cara yang betul untuk memanaskan susu sebelum diberikan kepada bayi? Sebenarnya, ramai yang masih keliru dengan keperluan dan kesesuaian bayi.

Gambar hiasan, Google

Suam ke panas?

Saya mahu anda imbas kembali saat penyusuan terus dari payudara dengan si comel anda. Waktu itu pasti bayi anda kelihatan tenang sekali dengan setiap tegukan susu yang sungguh bermakna darinya. Tahukah anda, keadaan susu yang paling segar, dengan suhu yang paling sesuai dan komposisi yang paling tepat adalah semasa penyusuan bayi terus dari payudara ibu? 

Semasa direct feeding

Ya, semasa direct feeding.

Pada waktu ini, suhu susu ibu mengikut suhu badan anda sendiri. Secara puratanya suhu badan manusia adalah lebih kurang 37℃. Suhu suam-suam kuku ini, sudah cukup membuatkan bayi menyusu dengan baik lantas terlentok di pelukan anda apabila dia sudah kenyang.

Maka, suhu yang paling sesuai untuk memanaskan susu adalah pada suhu yang sama dengan suhu badan ibu. 40℃. Jika lebih dari ini, boleh merisikokan bayi kepada masalah melecur. "Sejuk je tak panas pun," kata ibu. Hakikatnya, inilah suhu susu yang paling sesuai untuk diberikan kepada bayi anda.

Susu ibu adalah sel hidup yang mengandungi jutaan antioksida, antibakteria, prebiotik, probiotik, sel-sel perangsang sistem imun badan dan protein pelindung selain dari nutrisi yang cukup untuk bayi kita. Beberapa kajian pakar mengatakan, sesetengah nutrien atau komponen berubah dan berkurang apabila susu ibu disimpan/ disejukkan. Selain itu, susu ibu juga akan berubah komposisi antibodi dan komponen lain seperti protein setiap kali dibekukan atau jika melalui fasa perubahan suhu yang banyak peringkat atau mendadak

*Inilah sebabnya susu ibu perlu disuamkan pada suhu yang betul, tidak lebih dari 40℃.

Namun begitu, kajian menunjukkan susu perahan ini masih memiliki zat dan komposisi yang baik untuk bayi jika dibandingkan dengan susu jenis lain. Jadi bagi memastikan bayi anda mendapat segala komponen lengkap dalam susu ibu, anda perlu menyediakan susu perahan dengan cara yang betul.

Mengikut pengalaman dan bacaan, berikut adalah tangga kesegaran atau prioriti susu mengikut cara susu disimpan. Paling atas adalah yang paling segar: 

1. Penyusuan terus. (direct feeding)
2. Susu yang baru diperah. (fresh express milk)
3. Susu yang disimpan di bahagian bawah peti sejuk selepas diperah. (chiller ebm)
4. Susu yang disimpan di bahagian beku. (frozen ebm)

Pemerhatian saya lakukan dengan menilai bau dan rasa susu. Susu paling atas (tangga 1,2 dan 3) rasa paling manis dan sedap. Tangga ke-4, saya dapati rasa susu bertukar. Some babies will like no. 1, 2, dan 3 more kerana rasa susu yang lebih fresh kerana susu tidak melalui banyak peringkat perubahan suhu. 

Kepada ibu bekerja yang menyusukan anak, saya sarankan anda memberikan kombinasi susu dari tangga 1-4 kepada bayi anda setiap hari. 

Maka, kalau anda tak ada stok susu beku pun tidak mengapa, kerana sudah pasti anda  dapat memberikan susu yang lebih segar untuk anak anda.

Tips suamkan susu yang betul:

1. Cairkan susu beku dengan memindahkan susu dari peti beku ke bahagian bawah (bahagian chiller) selama 1 malam / atau sekurang-kurangnya 6 jam.

2. Apabila susu sudah cair sepenuhnya, goyangkan perlahan (tidak menggoncang) botol susu supaya kandungan air dan lemak dalam susu bercampur dan sebati.

3. Masukkan botol ke dalam warmer dan gunakan suhu pada lampu pertama sahaja (40). Atau cara lain, rendamkan botol susu di dalam satu bekas berisi air panas dan air paip pada nisbah 1:2 (air panas:air paip), pastikan suhu masih dalam lingkungan 40℃ ya ibu.

4. Rendamkan susu selama 5-7 minit sahaja.

5. Periksa suhu susu di bahagian nadi (pada tangan) anda kerana bahagian ini mempunyai kulit paling nipis setara dengan kulit bayi. Bukan pada bahagian atas tangan ya.

Jadi, suam atau panas?
Jawapannya suam ya ibu-ibu.

Breastmilk is a living food, made with love, and is given with pure love. Cherish every moment as long as you can.

Jumpa cikgu dalam Seminar Mudahnya Menyusu.
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).


12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel

13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel

20 Sept : POTG Kelana Jaya

3 Oct : Seremban (lokasi akan diberitahu kemudian)

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

13 Nov : Kuching, Abell Hotel

14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com




Cikgu Susu Anda
PumpOnTheGo




Rujukan:

1. ABM Clinical Protocol #8: Human Milk Storage Information for Home Use For Full-Term Infants. 


Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.



No comments:

Post a Comment