Friday, 14 August 2015

IBU INI TAK PERNAH ADA STOK SUSU SEHINGGALAH...

Assalamualaikum dan hai mommies, Salam Jumaat penuh barakah untuk anda semua.

Hari ini jom kita banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan banyakkan bersedekah. Niatkan sedekah itu moga-moga Allah kurniakan rezeki susu yang cukup dan melimpah ruah buat anak-anak kita. 

Selawat paling ringkas senang sangat uols, 

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Mudah kan? Nak dapat cinta Allah, kita kena cintakan kekasih-Nya dulu. Gituh!

Cikgu nak kongsikan kisah seorang ibu yang menghubungi saya beberapa bulan yang dulu. Waktu itu masih dalam tempoh berpantang, tinggal lagi 2 minggu nak masuk kerja. Tapi stok susu belum ada lagi! Gulp... macam mano ni?

"Puan, saya ada masalah. Sy masih berpantang tapi lagi 2 minggu nak masuk kerja. Belum buat stok, susah nak pam sebab baby asyik melekat je. Kalau pam pun lepas tu dapat sikit. Stress saya dibuatnya. Takut nanti tak cukup susu. Saya memang berniat nak menyusukan anak selama 2 tahun, tapi dah jadi macam ni saya risau. Mohon bantuan puan.."

Ibu, cikgu dah cerita bab mengempeng dalam blog yang lepas ya. Anda pasti sudah tahu sebab kenapa bayi sungguh gemar berada dalam dakapan ibu. Kalau masih belum baca rujuk di sini.

Ibu ini sangat risau sebab tak ada stok macam ibu-ibu lain sewaktu berpantang. Jadi cikgu kongsikan beberapa tips mudah kepada ibu ini. Kemudian selepas lebih kurang 2 minggu, beliau Whatsapp saya dan memberitahu 

"Salam cikgu, alhamdulillah, saya dah buat tips cikgu ajar. Dah boleh simpan stok, sehari dapat kumpul 6-8oz. 

Nampak sikit tapi saya rasa lega sangat2 sebab ada susu nak ditinggalkan nanti. Dan buat cara tu rasa susu makin banyak. 

Mula-mula tu tak perasan, lepas seminggu nampak baby cepat kenyang. Tq cikgu tolong saya."

MashaAllah, gumbira hati cikgu ni, syukur! Buat pengetahuan anda, jika anda mempunyai waktu kerja yang sangat padat dan waktu memerah sangat terbatas, anda boleh amalkan tips ini dan amalkan satu-persatu ya:

1. Tambah sesi memerah di rumah.

Khas untuk ibu bekerja yang jadual kerja terlalu padat: Kira berapa kuantiti susu diperlukan bayi yang masih tidak cukup. Contoh situasi:

Jumlah keperluan harian = 15oz
Hasil diperolehi di pejabat = 10oz
Kuantiti yang tak cukup = -5oz
Hasil diperolehi 1 kali memerah = 3oz

Penyelesaian: Tambah 1-2 sesi memerah lagi di rumah. Waktu terbaik untuk memerah adalah sebelum tidur dan sebelum Subuh.

2. Tandem pumping.

Buat anda yang masih berpantang atau yang perlu tambah sesi di rumah tadi tetapi baby suka mengempeng pula, amalkan tandem pumping; sebelah menyusu, sebelah memerah. Setiap kali baby menyusu, buat tandem. Ha, sambil menyelam minum air tau.

Semasa dalam tempoh berpantang, kebanyakan mommies mengalami leaking di sebelah breast semasa baby menyusu di sebelah lagi breast. Anda pernah alami situasi begini?

Sebenarnya, hormon oksitosin akan dirembeskan di kedua-dua belah payudara bila sahaja ada rangsangan hisapan / memerah pada areola dan puting ibu. Hormon oksitosin ini kerjanya mengecutkan otot pada payudara untuk mengeluarkan susu.

Jadi, dengan melakukan tandem pumping aliran susu bertambah lancar, susu dikeluarkan dengan efektif, breast dikosongkan dengan baik dan penghasilan susu akan meningkat.

Posisi yang sesuai untuk melakukan tandem pumping adalah football hold. Jika mahu lebih selesa, lapik badan baby dengan bantal atau nursing pillow. Melakukan handsfree kepada alatan mengepam juga membantu anda lebih selesa.


Tandem Pumping.


3. Minum air panas/ suam sebelum dan semasa tandem pumping.

Jika ibu yang belum biasa melakukan tandem pumping, tambahan lagi aliran susu perlahan, kadangkala bayi memberi respon seperti kurang puas menyusu. Jangan tewas! Teruskan dengan tandem pumping dan minum air panas/suam sebelum atau semasa menyusu dan memerah ini.

Air panas/suam mempercepatkan pengaliran bendalir dalam badan. Berikan beberapa minit kepada badan anda untuk bekerja meningkatkan aliran susu. 

Air panas/suam tidak terbatas kepada air kosong sahaja. Anda boleh menikmati milo, susu atau horlicks panas ketika ini.

4. Relaks.

Stress menyebabkan rembesan hormon oksitosin terencat. Maka aliran susu jadi tidak lancar. Sebab itu kadang-kadang anda mengambil masa yang lama untuk memerah, tetapi di akhir sesi memerah, breast masih merasa berat. Kemungkinan besar anda dalam keadaan tertekan. 

Jadi cuba tenangkan diri dengan mengamalkan zikir dan bacaan ayat suci al-Quran. Apa-apa surah yang anda boleh ingat atau amalkan mengaji setiap kali mahu mengepam, inshaAllah anda lebih tenang. (Tips ini dikongsikan oleh seorang doktor dari PPUM).

5. Mesti makan dan minum selepas tandem pumping / menyusu / memerah.

Tahukah anda, badan akan terus menghasilkan susu apabila breast dikosongkan. Mengikut kajian pakar, payudara hanya mengambil masa 1 jam sahaja untuk penuh semula selepas dikosongkan sepenuhnya. Jadi bagi mempercepatkan proses breast refill ini, anda mesti makan dan minum setiap kali selepas menyusu / memerah.

Nak makan apa? terpulang kepada anda. Memadai susu, horlicks, milo atau minuman coklat panas bersama roti atau biskut. 

6. Tak standby susu formula di rumah.

Ini langkah berjaga-jaga buat anda yang memang berniat ingin menyusukan anak sehingga 2 tahun. Saya mohon kepada anda untuk tidak meng'ada'kan susu formula sebagai back up di rumah. Never ever

Sebab jika tidak anda akan melihat ini sebagai satu alternatif atau pilihan. Sedangkan anda sebenarnya masih boleh mencuba sehabis baik kepada bayi anda.

7. Jangan tengok hasil perahan semasa memerah.

Ini sebenarnya salah satu cara untuk tidak menjatuhkan motivasi anda. Jika anda asyik melihat ke dalam botol perahan, kalau hasilnya tak seperti yang diharapkan anda akan kecewa dan cepat putus asa. Anda mula stress dan susu lagi lah tak lancar. 

Jadi nasihat saya, elakkan asyik melihat hasil perahan semasa memerah. Lekakan diri dengan perkara lain seperti membaca buku atau bermeditasi dan melayan rembesan oksitosin yang sudah pasti buat anda ngantuk-ngantuk (drowsy) dan tenang. 



Inilah tips yang saya nasihatkan kepada ibu tersebut. Sehingga kini, beliau masih fully breastfeeding dan dapat memenuhi keperluan susu untuk anaknya setiap hari. 

PeringatanThe effectiveness of those tips berbeza kepada setiap ibu. Ada yang mengambil masa 1 minggu, 2 minggu, ada yang sebulan bergantung kepada konsistensi anda sendiri. Nasihat saya, buat dengan istiqamah dan beri masa kepada badan anda untuk membiasakan diri dengan rutin baru ini.


Gambar hiasan, Google




Jangan lupa daftar kelas cikgu. Jadual penuh tarikh dan lokasi di seluruh Malaysia sudah ditetapkan. Klik link:  www.mudahnyamenyusu.gr8.com



Daftar Seminar Praktikal Mudahnya Menyusu: www.mudahnyamenyusu.gr8.com



Cikgu Susu Anda




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.

No comments:

Post a Comment