Monday, 10 August 2015

TIPS ELAK SAKIT SEMASA MEMERAH

Assalamualaikum dan hai mommies,

Bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan kesempatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan perkongsian dengan anda semua. Alhamdulillah, Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia dimeriahkan dengan Majlis Open House PumpOnTheGo Sabtu lepas. MashaAllah, tak sangka ramai sungguh yang datang sampai ke petang, terharu kami dengan sokongan anda. Cikgu dan team PumpOnTheGo mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang hadir, mohon maaf atas segala kekurangan dan ketidakselesaan yang ada.



Majlis diceriakan dengan aktiviti cabutan bertuah dan Sharing Session dari Team Pejuang Penyusu (students cikgu semua ni..ohsum mothers).

Gumbira ibu dan ayah, ada yang dapat kettle, ada yang dapat dapur tau. Menarik sungguh hadiahnya. Cikgu juga berkesempatan berkongsi sedikit pengalaman dan tips untuk ibu bekerjaya. Bila sampai part Q&A session, golongan ayah dan atuk tak ketinggalan bertanyakan soalan.

Seorang ayah bertanyakan perihal anak perempuannya yang baru 30 hari berpantang, 

"Setiap kali memerah, sakit. Setiap kali guna pam sakit, macam mana nak elakkan sakit tu ye?"

Penyelesaiannya:

1. Pastikan saiz corong pam yang digunakan sesuai dengan saiz puting ibu. 

Bahagian puting sepatutnya dapat bergerak dengan baik semasa mengepam dan tidak bergesel dengan dinding corong pam. Ibu tidak merasa sakit atau pedih semasa memerah. 

Jika anda sakit dan melecet setiap kali memerah, dapatkan corong pam yang lebih besar dari saiz yang digunakan sekarang.

2. Gunakan kuasa sedutan yang perlahan pada awal sesi memerah.

Penggunaan pam susu seharusnya mimik cara hisapan bayi supaya tisu dan otot di payudara dapat mengeluarkan susu dengan baik. Tahukah anda, hisapan bayi menghasilkan kuasa vakum atau sedutan yang paling sesuai dan optimum untuk mengeluarkan susu dengan efektif dari payudara dengan pattern hisapan stimulation dan expression.

Cuba perhatikan cara bayi menyusu. Pada peringkat awal menyusu, hisapannya ringan dan laju-laju. Ha! pada waktu ini dia sedang stimulate pengeluaran susu atau kita panggil stimulation phase

Dalam beberapa minit selepas itu, hisapan baby jadi perlahan dan mendalam. Pattern dia: hisap-telan-hisap-telan. Kita panggil expression phase semasa menggunakan pam susu.

Jadi, bagi mengelakkan rasa sakit, gunakan dulu stimulation phase di peringkat awal sesi memerah dan tukar ke expression phase bila susu dah mula memancut. Guna semula stimulation phase setiap kali aliran susu perlahan atau susu dah tidak memancut.

Satu sesi memerah adalah optimum selama 20 - 30 minit untuk kedua belah payudara. Gunakan stimulation phase setiap 7-10 minit memerah untuk memastikan susu keluar dengan lancar. Satu sesi memerah 30 minit anda boleh dapat dalam 4-5 kali letdown setiap kali anda menukar ke stimulation phase.

3. Pam yang kuat tak semestinya menghasilkan susu yang banyak.

Uols, ada mommies yang datang berjumpa cikgu dan ingin membeli pam susu yang paling kuat sekali, katanya. Sebenarnya anda tidak memerlukan pam susu yang mempunyai kuasa sedutan yang sangat kuat untuk menghasilkan susu yang mencukupi. Sedutan yang optimum dan selesa sudah pasti dapat mengosongkan payudara dengan efektif.

Kalau sedutan pam terlalu kuat, ia boleh menyebabkan tekanan yang terlalu tinggi kepada tisu dan otot payudara dan anda berpotensi mengalami luka pada tisu breast atau saluran susu.

4. Ibu mesti relaks.

Pengeluaran susu menggunakan hormon oksitosin untuk mengecutkan otot payudara dan memancutkan susu. Rembesan hormon ini menjadi tidak lancar jika anda dalam keadaan stress atau tertekan. Akibatnya, sesi memerah menjadi panjang, hasil perahan sedikit dan breast masih merasa berat. Ini kerana aliran susu jadi tak lancar.

Bertenang, amalkan zikir dan membaca al-Quran semasa menyusu dan memerah. Ia membantu susu keluar dengan sangat lancar.

Malish Aria ada suction yang lembut tapi cukup untuk mengeluarkan susu tanpa buat ibu rasa sakit.


Oopss sebelum lupa, sesi kedua Seminar Mudahnya Menyusu cikgu pada tahun ini akan bermula bulan Ogos ini. Banyak yang akan cikgu ajar dalam 5 jam kelas nanti termasuklah cara menyusu yang betul, cara menguruskan susu ibu dan tips pemakanan meningkatkan susu ibu. 

Bagi yang sudah mendaftar terima kasih cikgu ucapkan. Bagi yang belum mendaftar klik link nun di bawah nun. Seminar ini kelas praktikal tau, jadi seminar ini khas untuk ibu-ibu sahaja ya. Tak sabar nak berkongsi ilmu baru dengan anda semua. Cikgu pun baru balik berguru tau.

Akhir kata, pat your back and say "I am awesome mom, thank you Allah!


Daftar Seminar Praktikal Mudahnya Menyusu: www.mudahnyamenyusu.gr8.com







Cikgu Susu Anda






Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.












No comments:

Post a Comment