Wednesday, 19 August 2015

KENAPA SAYA NAK MENYUSUKAN ANAK SAYA?

Bismillahirrahmanirrahim

"Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki." (Surah Al-Furqan ayat 47)


Syukur dengan ciptaan malam dan siang kerana tanpanya pasti jadual hidup kita tidak menentu dan terumbang-ambing tanpa pedoman. Beruntung sungguh kita dikurniakan bumbung untuk berteduh dan tilam empuk supaya dapat melabuhkan kepala dan punggung untuk tidur. Begitu Allah sayangkan kita, dihembuskan hawa udara yang sepoi-sepoi sepanjang malam supaya tidak kita tidur dalam kepanasan atau kesejukan yang melampau. Cuba bayangkan orang yang tak ada semua ini. MashaAllah..

Tetapi, manusia susah sangat mahu berpuas hati. Jarang sekali kita bersyukur dengan kurniaan ini. Hanya tahu syukur bila dapat jadi kaya, belum kaya duit, masih belum mahu bersyukur. Aduh berapa banyak lah dosa yang kita dapat dalam nikmat yang Allah beri ni. 

Buat ibu-ibu, jika hasil perahan sikit pagi ini, ucaplah Alhamdulillah. Jangan nak tunggu hasil banyak baru nak syukur ya. Sebab Allah kata, kalau kita bersyukur, Dia akan tambah lagi nikmatnya.

Dan (ingatlah juga), tatkala tuhanmu memaklumkan. "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim ayat 7)

Semalam saya tak dapat tidur lena. Bukan kerana tilam yang tidak tebal, bukan juga kerana cuaca yang terlalu panas. Tetapi sebab terfikir kembali saat kali pertama menyusukan anak-anak dulu. Kini, Aariz dan Aydin sudah tidur dengan lena sepanjang malam. Tiada lagi terjaga mahu disusukan seperti beberapa tahun lepas. Namun, saya masih dengan jadual ibu menyusu. (~Simptom ibu cerai susu agaknya ya~)

Mengimbas semula betapa sukarnya perjalanan pertama dengan Aariz hampir 5 tahun lepas, saya masih ingat betapa sakitnya bengkak susu yang dialami semasa hari ketiga kelahirannya. Sepanjang 40 hari pertama usia Aariz, dia tak dapat menyusu secara direct feeding. Ini menyebabkan saya berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan lemah. Stress sampai kurung diri dalam bilik baq ang

Atas pencerahan dari seorang doktor pakar kanak-kanak, saya mula berusaha untuk menjayakan direct feeding semula selepas itu. Aariz direct feeding semula (setelah fully bottle feeding) semasa usianya hampir 2 bulan. Ya, penyusuan menjadi semakin mudah selepas itu walaupun cabarannya sangat menguji kekuatan diri apabila sudah mula bekerja.  Ada masanya hasil perahan tak cukup untuk Aariz, ditambah pula dengan suara-suara sumbang yang boleh menjatuhkan keyakinan diri. Allahu Rabbi! Tak mudah ibu, tak mudah nak berjaya menyusu dalam keadaan kita bekerja.

Mencecah usia 8-9 bulan, saya mengalami satu lagi episod mencabar dalam penyusuan Aariz. Aariz menggigit!! Bukan sikit, tapi banyak dan berterusan di setiap sesi menyusu. Saya mengalami luka pada puting, pada areola dan bahagian lain pada badan. Can you imagine that?! Setiap kali menyusu saya menjerit dan menangis. Saya akui pada waktu itu saya masih belum tahu cara mengendalikan baby teething ni. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ia berlaku dalam tempoh yang tidak lama. (~Yeke tak lama, 2 bulan kot!~) Sabar adalah peneman diri waktu itu.

Satu peristiwa yang saya tak dapat lupakan, adalah ketika usia Aariz hampir mencecah 10 bulan. Setelah pulangnya saya dari outstation selama seminggu, he totally rejected breast feeding! Dia tak nak direct feeding. Dan ia berlangsung setiap hari selepas itu. Betapa pilu hati saya bila wajah comel yang dulu setia berdiri di depan pintu rumah setiap petang, menunggu Ummi nya sebab mahu disusukan, dah tak macam tu lagi. Saya rasa kehilangan sesuatu berharga dalam hidup saya. Pelbagai cara dah digunakan untuk bawa dia menyusu dari breast semula tapi gagal. Saya redha dengan keadaan itu.

Genap 11 bulan usia Aariz, ditakdirkan saya hamil lagi. Kali ini saya bertekad mahu menyusukan baby ini selama 2 tahun lengkap. Pengalaman penyusuan Aariz banyak memberi panduan kepada saya. Ia menjadikan saya lebih kuat dan fokus dengan kemahuan saya ini. Saya belajar, dapatkan ilmu penyusuan dari mereka yang pakar. Sebab tak mahu pisang berbuah 2 kali. Alhamdulillah, Allah permudahkan ia sehingga hari ini.

Saya tidak mahu mengalami kesakitan dan tekanan yang dah saya hadapi dulu. Saya tidak mahu dengar tangisan anak yang nyaring dengan tanggapan orang sekeliling susu saya tak cukup. Saya tak mahu merasa rendah diri kerana memberi anak susu ibu walhal mampu beli susu formula yang mahal (anggapan mereka). 

Saya mahu membelai dan dibelai. Saya mahu menjadi orang penting dalam hidup anak saya. Saya mahu dapat kasih sayang tanpa syarat dari dia. Saya mahu lihat anak saya sihat dan tenang berada dalam dakapan saya, bukan dalam pelukan orang lain.

Enough with the pains, enough with the negative words, enough with the wild assumptions.

I want love, i want happiness, i want serenity.

Dan ini yang saya dapat bersama anak-anak saya, kuasa ikatan kasih ibu dan anak. Walau sesingkat mana penyusuan itu, walau dengan cara apa pun anda memberinya susu ibu. Tiada satu makhluk pun dalam dunia yang boleh menidakkan yang anda adalah orang paling penting dalam hidup anak anda.

Ini cerita saya, this is my big why

What's your why?




Kenalpasti 'YOUR BIG WHY' dan jumpa saya di Seminar Mudahnya Menyusu kali ini.

Untuk mendaftar, Watsapp : MM <LOKASI> ke 019-284-1569

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. 
Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).


23 Aug : POTG Kelana Jaya


12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel


13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel


20 Sept : POTG Kelana Jaya


3 Oct : Seremban (belum confirm)

4 Oct : POTG Kelana Jaya


10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel


11 Oct : Melaka, Angsana Hotel


23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel


24 Oct : Kuala Terenggan, TH Hotel


25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel


8 Nov : POTG Kelana Jaya


13 Nov : Kuching, Abell Hotel


14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel


Untuk mendaftar, Watsapp : MM <LOKASI> ke 019-284-1569




Cikgu Susu Anda





Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.


1 comment:

  1. sy bermula setelah anak 4..ada situasi yg sama macam cikgu..anak no 2 stop breastfeeding setelah ditinggalkan outstation selama 1 minggu pada usia 2 bulan..

    ReplyDelete