Monday, 3 August 2015

MENYUSU DAN BEKERJA, YANG MANA PRIORITI ANDA?

Gambar hiasan dari Google



Assalamualaikum dan hai mommies,

Teringat beberapa tahun lepas semasa cikgu masih bekerja di bank dan menyusukan anak pertama. 2 bulan lepas cuti berpantang, jadual kerja dah kena tukar sikit. Kena tambah sesi memerah untuk Aariz. Setiap 3 jam sekali saya akan memerah. Waktu itu, tak ramai ibu menyusu di tempat kerja saya. Bilik menyusu pula di Tingkat 2, work station saya di Tingkat 1, jadi saya perlu ambil masa selama 30 minit (kadang-kadang lebih kalau tak dapat akses ke Tingkat 2). Memang memenatkan dan rushing

Sebulan pertama berjalan lancar, bulan kedua bos mula tegur, "Zuain, you pergi mana, orang mau meeting you hilang pula..". Mula-mula saya buat tak tahu saja. Selepas itu, bos berjumpa dengan saya secara personal. Dia kurang berpuas hati sebab saya asyik hilang dari meja. Saya fikir lebih baik jika saya berterus terang, saya beritahu dia saya memerah susu untuk bayi saya. 

Beliau risau takut performance kerja saya merosot, kerana kami bekerja berdasarkan system, bila kita tidak di tempat sendiri, kita logged off dari system, ini tak bagus Zuain, kata dia. Tetapi, saya berjanji padanya yang prestasi kerja saya tidak akan terganggu, malah akan meningkat. Cuma saya perlukan sokongan beliau untuk memberi ruang kepada saya untuk memerah. Bos bersetuju dan saya lebih tenang. 

Sejak mendapat persetujuan dari bos, saya dapat menunaikan sesi memerah dengan lebih tenang dan tak terkejar-kejar. Pada waktu tertentu, saya memerah di workstation sendiri kerana tuntutan kerja. Walaupun colleagues berdekatan adalah lelaki, saya hilangkan rasa malu dan beritahu kepada mereka supaya mereka faham. Mommies, tak perlu rasa malu kerana anda sebenarnya sedang melakukan satu tugasan yang sangat berharga untuk anak anda.

Adakalanya terpaksa melepaskan peluang menyertai event tertentu seperti dinner company kerana komitmen dengan anak di rumah dan terlalu rindukan anak pada waktu itu, namun begitu saya lega dan gembira dengan keputusan itu. Prestasi kerja saya tidak terganggu, malah lebih baik dari sebelumnya. Bos juga amat memahami walaupun kadang-kadang dia kurang bersetuju. Itu adalah antara pengorbanan yang terpaksa anda lakukan kerana menjadi seorang ibu menyusu yang bekerjaya.

Sokongan dari bos dan rakan sekerja saya adalah salah satu faktor yang membantu penyusuan saya dapat diteruskan sehingga usia Aariz 11 bulan (lepas itu saya pregnant lagi..hihi). Walaupun ex-boss saya lelaki berbangsa Tionghua, beliau sangat menghormati kami golongan ibu-ibu ni. Sebab itu amat penting kepada kita untuk berbudi bahasa dengan orang disekeliling kita. Jangankan kerana bos kita kurang setuju dengan aktiviti memerah kita, kita pula membalas dengan mengutuk atau mencerca dia di belakangnya pula. 

Treat people how you want to be treated. Bukan saya ajar jadi kaki kipas bos, jangan pula jadi macam itu ya. Tunjukkan kepada orang sekeliling kita betapa pentingnya kita supaya kita deserve dapat layanan yang baik. Baru bos pun sejuk hati.

Penyusuan anak kedua saya pula lebih mudah sebab saya sudah bersama team PumpOnTheGo jadi Aydin menyusu secara direct feeding kerana sentiasa dengan saya waktu bekerja. Alhamdulillah, perjalanan penyusuan berlaku dengan lancar walaupun ada ketikanya saya perlu meninggalkannya dengan nenek dan ayahnya untuk menghadiri kursus.  

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2015 bertemakan Breastfeeding and Work: Let's make it work!. Saya menyeru mommies semua untuk meneruskan penyusuan tidak kiralah bekerja di pejabat, di tapak projek, di syarikat sendiri atau di rumah. Bagi saya ketelusan kepada majikan, semangat dalam diri sendiri dan ilmu itu penting kalau nak betul-betul berjaya dalam penyusuan. Anda masih boleh meneruskan penyusuan walaupun bekerja.

Mahu betul-betul jadi, atau tidak jadi,
Tepuk dada, tanya hati. 
Jawapannya ada dalam diri.


Happy Breastfeeding Week to all mommies!! Pssstt... Bagaimana pengalaman anda sebagai ibu menyusu di waktu bekerja? Marilah kongsi dengan cikgu..



Cikgu Susu Anda




Nak beli breast pump murah? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.

1 comment:

  1. salam cikgu, saya suka blog ini. banyak tips dan maklumat yag diperolehi. saya juga seorang ibu yang bekerja, belajar, dan suami nun PJJ. Alhamdulilah saya dikurniakan anak yang memahami ibunya (tidak banyak ragam), dan dapat melaksnakan pengepaman susu di pejabat dgn aman. Perasaansedih tetap ada bila mana terpaksa meninggalkan bayi pada pengasuh balik puku 5 baru jumpa dia itu pun kalu dia x tido. sabtu dan ahad ke kelas pula... Cuma last 2 days tetiba jer susu saya drop daripada 5-6 oz per sesi kepada 3 oz per sesi. pada masa yang sama saya berpuasa ganti direct selama 4 hari. puas difikir apa puncanya? mohon cikgu share sekiranya cikgu pun ada pengalaman begitu

    ReplyDelete