Wednesday, 5 August 2015

OH IBU MERTUAKU


Gambar hiasan, Google


Sabariah: Sabariah tidak mahu melukakan hati Kassim Selamat.

Nyonya Mansoor: Kassim Selamat??! Siapa dia Kassim Selamat?? Lawyer? Majistret!!?

Sabariah: Ahli muzik..

Nyonya Mansoor: Ahli muzik??!!! Memang pantang datuk nenek aku ahli muzik, anak tidak mengenang jasa!

Assalamualaikum dan hai mommies,

Siapa yang minat filem P. Ramlee sure dah hafal dialog dalam filem Ibu Mertuaku ini. Garang betul Nyonya Mansoor ni kan, macam-macam dia buat untuk memisahkan anaknya dengan Kassim Selamat, tak terjangkau dek akal. Saya harap kisah begini hanya dongengan semata dan tidak berlaku dalam realiti kehidupan kita hari ini. 

Sejak saya mula menjalankan khidmat kaunseling penyusuan ibu, masalah ibu menyusu dengan ibu dan ibu mertua adalah antara masalah yang kerap kali dialami. Mendengarkan cerita ibu-ibu ini menyebabkan saya merasa sedih.

"Sekarang anak ke2 saya sudah berusia 1 tahun. Saya agak terkilan dengan Mertua saya yang tidak menyokong bf. Saya sudah pam susu badan tapi tidak diberikan kepada baby saya. Alasannya leceh. Sudah beberapa botol susu terbazir. Masa tersebut baby berusia dlm lingkungan 8@9bulan. Sekarang saya sudah tidak pam susu badan lagi. Waktu Mertua jaga baby saya, saya bekalkan dgn susu soya. Tetapi Waktu baby bersama saya, Saya akan direct breast feeding . Agak terkilan sebab anak ke2 tak fully breast feeding sampai usia 2 tahun."

Mengimbas kembali saat pertama kali menyusukan anak sulung dulu, ibu dan ibu mertua lah yang menjaga saya dan membantu memerhatikan anak saya. Kesukaran dan kesakitan semasa sebulan pertama kelahiran Aariz sangat menguji kesabaran dan kewarasan saya sebab tidak berjaya menyusukannya terus dari breast. Saya menjadi terlalu letih, lemah dan tidak bermotivasi untuk menyusukannya sehingga dia diberikan susu formula walaupun masih mendapat susu ibu. Semuanya kerana kurangnya ilmu dan pendedahan saya pada penyusuan. It took me another 1 month untuk kembali bersemangat meneruskan penyusuan semula. And it requires all my hardworks, body and soul for that. Alhamdulillah saya berjaya menyusukan Aariz hingga usianya 11 bulan, hingga saya hamil lagi.

Penyusuan kali kedua dengan Aydin lebih mudah sebab dari awal kehamilan saya sudah mula positif dengan semangat baru. Saya menceritakan niat saya ingin menyusukannya sehingga 2 tahun lengkap kepada ibu dan ibu mertua saya supaya perkara yang sama tidak berulang lagi. Saya melengkapkan diri dengan menghadiri kursus penyusuan dan belajar mengenainya dengan lebih mendalam. 

Aydin dilahirkan secara pembedahan dan saya dapat menyusukan Aydin dengan baik. Saya cuba menggembirakan diri pada 3 minggu pertama walaupun hakikatnya sakit dan penat yang dirasai lebih teruk berbanding kelahiran yang lepas. Saya juga tak terlepas dari mendapat soalan-soalan seperti

"Cukup ke susu?.." 
"nampak penat je menyusu, ok ke menyusu badan ni..?

Saya tidak malu untuk menjawab, "Alhamdulillah susu banyak, siap bagi kat abang lagi..", "tak penat lah, lagi senang nak rehat dengan baby.."

Setiap kali selepas menyusu saya akan memerah untuk mengosongkan breast. Hasil yang diperolehi saya simpan dan berikan kepada Aariz yang masih belum mencecah 2 tahun pada waktu itu. Walaupun susu perahan itu masih belum diminum Aydin (sebab Aydin hanya direct feeding), itu sebagai cara menunjukkan kepada ibu, ibu mertua dan keluarga saya yang saya commit dengan janji saya dan saya mampu melakukannya kali ini. (Ini juga salah satu cara untuk mengelakkan mereka risau Aydin tak cukup susu.)

Banyak yang saya pelajari daripada pengalaman sendiri dan ibu-ibu yang berkongsi. Saya mahu anda semua tahu, ibu dan ibu mertua adalah orang penting dalam hidup anda. Jika mereka sayangkan anak dan cucu mereka, percayalah mereka juga sayangkan anda (kalau tak takkan uols dapat kahwin dengan anak dia kan). Orang yang sayangkan kita semestinya  mahukan yang terbaik untuk kita. Bagaimana cara menukar persepsi ahli keluarga tentang penyusuan:

1. Ilmu.

Dapatkan ilmu mengenai penyusuan, hadiri kelas-kelas dan ceritakan kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam hidup anda. Beritahu kebaikan penyusuan ibu, bagaimana sihatnya bayi yang disusukan dan bagaimana sahsiah dan akhlak yang anda mahu apabila anak anda membesar nanti. Ia bermula dengan penyusuan ibu sejak lahir hingga usia anak 2 tahun. 

Mungkin agak kekok untuk memulakannya , terutamanya bab bercerita. Tak apa, mulakan dengan husband dulu. Latih diri untuk cintakan penyusuan dan semaikan rasa yang sama pada orang disekeliling kita. Ia memerlukan latihan dan istiqamah dari anda.

2. Slow talk.

Jika anda mengalami masalah ibu/ibu mertua yang tidak menyokong penyusuan ibu, cuba berbincang dengannya dari hati ke hati. Sebagai individu yang menjaga anak anda, tanyakan mereka jika adalah kesulitan semasa penyediaan susu ibu. Bantulah untuk memudahkan mereka, senangkan lah hati mereka semasa menjaga anak anda. Percayalah tiada nenek yang tak sayangkan cucunya. Antara yang anda boleh lakukan;

- sediakan jadual pemberian susu kepada mereka, mudah untuk mereka suamkan susu mengikut waktu.
- sediakan susu ibu dalam feeding bottle yang telah dilabel nombor, jadi susu takperlu dituang-tuang ke dalam botol lain, tinggal dipanaskan sahaja.
- sediakan pemanas susu atau warmer untuk memudahkan urusan mereka.

3. Participate.

Bawa mereka yang tidak menyokong anda bersama dalam usaha anda. Contohnya bawa ibu/ibu mertua anda menghadiri check up bulanan bayi anda dan minta doktor menerangkan tentang kebaikan susu ibu. Atau bawa mereka ikut sama ke kelas penyusuan.

Seminar saya pernah dihadiri oleh golongan ibu/ibu mertua, kerana tidak begitu bersetuju dengan penyusuan ibu, anaknya membawa ibunya ke kelas saya. Kelakar juga bila diingat semula waktu itu, ibu ini lebih banyak bertanya soalan berbanding anaknya.

4. Ekspresi diri.

Mommies, elakkan mengeluh atau menunjukkan keletihan kerana menyusu kepada orang disekeliling anda terutamanya kepada suami dan ibu/ibu mertua. Ya saya tahu menyusu itu adakalanya menyebabkan kita jadi penat. Tetapi, penerimaan orang berbeza. Apabila kita mengekspreskan yang kita sangat letih, kita seolah-olah menunjukkan yang kita tidak mampu atau dalam keadaan 'paksa-rela' je menyusukan anak kita ni. Mereka yang sayangkan kita tidak mahu lihat kita dalam keadaan sakit dan susah.

Ekspreskan yang positif sahaja, cakap yang positif sahaja. Kalau ada yang bertanya, "Susu cukup ke?", jawablah, "Alhamdulillah, inshaAllah cukup sehingga 2 tahun..". Sebab apa sahaja yang anda ucapkan adalah doa ya ibu-ibu.

Memetik pesanan Prof. Dr. Muhaya, "Jangan bersaing dengan ibu mertua, sebaliknya mengalahlah dan cuba memahami perasaannya." Sama juga dengan ibu kita sendiri, cuba fahami mereka supaya mereka ingin memahami anda juga. Hubungan menantu dan mertua umpama simbiosis. Dua-dua saling bergantung dan saling memberi manfaat kepada satu sama lain. Bersyukurlah kerana masih ada individu yang sanggup menerima kita dan menjaga anak-anak kita.

Pengalaman saya, kini ibu dan ibu mertua sangat menyokong penyusuan dan gembira menceritakan tentang penyusuan ibu kepada saudara mara yang lain pula. Look how positive action attracts positive people, amazing no!

Enjoy your breastfeeding journey. Involve the people you love. True, the strength is within you. But for success, it starts not only from you, it's from what surrounds you!



Cikgu Susu Anda





Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.






No comments:

Post a Comment