Thursday, 3 September 2015

BILA BENDERA MERAH DATANG..

Jika anda menyusukan anak dan 'bendera merah' anda masih belum kunjung tiba, please consider yourself lucky! 

Semasa menyusukan Aariz, kitaran haid bermula semula semasa usianya 6 bulan dan bagi Aydin pula, ia bermula apabila usianya mencecah 11 bulan. 

Some mommies get totally freak out bila memikirkan kitaran haid yang bakal menjelma semula setelah berbulan-bulan lamanya tidak singgah. Risau susu drop atau merudum katanya. Ini perasaan yang biasa dialami oleh ibu menyusu termasuklah saya.

Tetapi ada benarnya. Setelah bendera merah itu kembali berkibar semula, saya mengalami perubahan kepada penghasilan susu. Biasanya hasil perahan dapat 8-10oz dalam 1 sesi, tetapi setelah haid bermula, hasil perahan jatuh ke 4-5oz untuk 1 kali perahan, namun kuantiti perahan masih konsisten pada waktu selain haid (ada caranya.. baca sampai habis ye). Syukur masih cukup untuk Aydin, sebab dia hanya minum 3oz sahaja per feeding. 

Besides noticing the drop in ebm quantities, saya pun cepat merasa penat, lapar dan dahaga. Rasa nak marah-marah tu normal kan. Jangan disoalkan. (~huhu~)
Saya tertanya-tanya kenapa. Saya pasti anda juga begitu. Jadi saya cuba mendapatkan jawapan dari yang lebih pakar.



Gambar hiasan, Google


Apa yang berlaku dalam tubuh badan kita (seorang ibu) sebenarnya penuh misteri. Ada '2.6 billion' misteri yang sesetengahnya masih belum dapat dirungkaikan...  (~hihihi~ baiklah, saya gurau jer...)

Semasa kitaran haid bermula, berlaku perubahan pada aras hormon estrogen dan progesteron dalam badan kita. Pada peringkat awal, aras hormon ini rendah untuk menyediakan rahim yang subur untuk persenyawaan. Setelah itu, hormon ini akan meningkat semula untuk melepaskan telur untuk disenyawakan. Semasa hormon ini sedang meningkat, anda akan mula perasan yang anda jadi begitu jatuh cinta dengan suami anda. This is estrogen and progesterone rush!

Kedua-dua hormon ini tidak berkadar langsung dengan hormon penghasilan susu (prolaktin). Perubahan naik turun hormon estrogen dan progesteron menyebabkan penghasilan susu sedikit terganggu. Haid juga menyebabkan anda merasa letih kerana perubahan hormon ini dan penggunaan tenaga yang banyak oleh badan. (Read: Banyak kerana mengalami haid dan menghasilkan susu pada masa yang sama)

Seperti yang telah saya ceritakan sebelum ini, seorang ibu menyusu perlu memastikan tahap tenaga berada di paras optimum untuk meneruskan penghasilan susu yang konsisten. So, extra water and food is needed during this period.

Jika anda mengalami susu merudum semasa datang bulan, berikut adalah apa yang saya amalkan untuk memastikan masih bertenaga dan dapat meneruskan penyusuan dengan baik:

1. Mindset.

Apa yang anda fikir, yang anda sebut, anda rasa dan anda buat adalah satu doa. Fikirkan yang buruk, itulah yang akan anda dapat. Tukar hari ini, fikirkan yang baik-baik dan positif sahaja. Yakin, confident yang susu mesti cukup walaupun bendera merah sedang berkibar megah! 

2. Minum banyak air. (Read: extra tonnes of water)

Air yang paling baik adalah air suam, jus buah-buahan suam dan air panas sebab ia mempercepatkan pengaliran bendalir dalam badan. Some mommies experienced pening dan pitam selepas memerah atau menyusu disebabkan kekurangan air dalam badan.

3. Makan dengan konsisten.

Elakkan skip 3 meal utama harian anda. Period menyebabkan anda cepat lapar. Lapar menyebabkan badan cepat letih. Badan memerlukan refill untuk menggantikan semula kehilangan air dan tenaga melalui penghasilan susu dan darah haid. Pengambilan lebih karbohidrat dan protein pada seminggu ini membantu anda kekal bertenaga.

4. Teruskan pengambilan makanan sihat.

Kemeruduman kuantiti susu ada juga kaitan dengan penurunan kandungan kalsium dalam darah semasa period. Selain susu, anda boleh amalkan sayuran hijau atau makanan yang boleh menambah kandungan kalsium dalam darah anda seperti kurma. Nak ambil pil kalsium pun boleh juga.

Tambahan makanan yang boleh meningkatkan prolaktin dalam badan juga membantu, antaranya halba, oats, nestum dan barli.

5. Menyusu on demand.

Jika anda perasan anak anda menyusu dengan semakin kerap semasa datang bulan, istiqamah kan usaha anda mengikut tips 1-4 di atas. Teruskan penyusuan on demand untuk melengkapkan keperluan anak anda. Pada masa yang sama, hisapan bayi anda akan merangsang kenaikan hormon prolaktin dalam jangka masa panjang. 

Jika anda bekerja, patuhi jadual pam yang konsisten dan lakukan powerpumping setiap malam atau tambahkan 1-2 sesi memerah extra di rumah.

Perubahan hormon-hormon ini adalah fitrah semulajadi yang dijadikan Allah kepada tubuh seorang wanita. Ianya normal. 

Paling penting, tetapkan niat anda mahu menyusukan anak selama mungkin dan berdoa semoga penyusuan anda dipermudahkan Allah.



Jangan lupa jumpa cikgu di Seminar Mudahnya Menyusu.

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).


12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel

13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel

20 Sept : POTG Kelana Jaya

3 Oct : Seremban (lokasi akan diberitahu kemudian)

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

13 Nov : Kuching, Abell Hotel

14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel
Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com




Cikgu Susu Anda







Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.

1 comment: