Tuesday, 8 September 2015

CEKELAT

Saya suka coklat. 

Tetapi lebih kepada warna 'coklat'. Ataupun orang panggil warna brown. Tapi dari kecil saya panggil warna itu warna coklat sebab mak kata dulu-dulu kami semua sukakan coklat.

Coklat susu. Coklat kopi. Haih semualah kami panggil coklat. Walaupun warnanya bukan lagi 'coklat'.

Bila dah dewasa ni, berbekas la juga kegemaran masa kanak-kanak tu. Sehinggalah dah beranak-pinak ni. Sometimes bila stress terasa nak makan coklat. 

Dalam beberapa kajian yang telah dilakukan pakar, coklat dikenalpasti dapat membantu mengurangkan tahap stress di kalangan wanita. Haa that pretty much explains why we love chocolate so much kan.

Tapi, baguskah makan cekelat oleh ibu menyusu?

Yummy chocolates from Mr. Google


Coklat mengandungi sejenis bahan bernama theobromine yang mempunyai kesan stimulan seperti kafein. Secara semulajadi coklat tidak mengandungi kafein, tetapi mengandungi theobromine. Kajian menyatakan theobromine boleh membantu meningkatkan penghasilan susu selain dari mengurangkan stress level ibu. Ini menerangkan mengapa ramai ibu notice kuantiti susu mula meningkat selepas pengambilan coklat. Oxytocin overloaded!

Takut makan coklat?

Theobromine sebenarnya tidak memberi masalah kepada ibu dan bayi yang menyusu, kecuali jika ibu makan coklat dengan kuantiti yang sangat banyak! (Iaitu sampai memberi kesan negatif kepada bayi anda).

Bila makan terlalu banyak, ia boleh menyebabkan badan kekurangan air (dehydrated) dan menyebabkan gassy / angin kepada bayi. 

Theobromine bersifat seperti kafein, maka, pengambilan coklat dalam kuantiti yang sangat banyak oleh ibu menyusu adalah tidak digalakkan terutamanya pada 6 bulan pertama usia bayi. Sebab, pada usia ini badan bayi masih belum dapat mencerna / mengeluarkan kafein, ia akan disimpan di dalam badannya pada suatu jangka masa yang panjang. 



Sangat banyak tu berapa banyak ya?

Watch your baby! Belajar untuk mengenali bayi anda. Dari tanda-tanda mahukan susu, sehinggalah tanda cukup susu, semuanya harus melihat signal yang diberikan oleh bayi kita. Begitu juga tanda-tanda jika ibu terlebih makan coklat (oh no!).

Berikut adalah tanda-tanda bila anda perlu mengurangkan dos pengambilan coklat:

1. Bayi anda lebih aktif berbanding waktu yang lain.

2. Bayi anda kelihatan meragam, penat dan sukar untuk tidur.

3. Najis bayi cair dan perut bayi berangin (gassy).

4. Bayi mengalami cirit-birit atau najis berwarna hijau.

5. Bayi tidak mahu menyusu.

Ibu yang tidak mengalami situasi seperti di atas, boleh meneruskan pengambilan coklat seperti biasa. Yeah!


Saranan kepada penggemar cekelat:

1. Moderation is the key. Bersederhana lah dalam pengambilan coklat. Kajian menunjukkan pengambilan coklat dalam kuantiti yang rendah tidak memberi kesan buruk kepada bayi dan tidak mengurangkan penghasilan susu anda.

Jika bayi mengalami simptom seperti di atas, cuba kurangkan dos pengambilan atau selangkan pengambilan kepada beberapa hari sekali.

2. Jika anda begitu gemarkan coklat, elakkan pengambilan makanan / minuman berkafein yang lain seperti teh, kopi dan air bergas / berkarbonat yang lain supaya kesan kafein ke atas badan anda tidak tinggi.

**Fakta: Kandungan kafein / theobromine dalam bentuk coklat lebih rendah jika dibandingkan dalam bentuk minuman seperti teh, kopi dan air bergas.

3. Jika bayi anda menunjukkan simptom-simptom seperti di atas, dan anda sukar sekali menahan diri dari pengambilan cekelat itu;

cuba bertukar kepada coklat putih (white chocolate). White chocolate tidak mengandungi unsur koko jadi ia tidak mengandungi theobromine. Maka, it is less likely will affect your baby atau penghasilan susu anda.

4. Kenalpasti mengapa anda begitu ketagih kepada coklat. Some of us are just craving for something sweet. Cuba gantikan dengan buah-buahan kerana ia lebih kaya dengan serat dan kalori yang sihat. Pastinya ia sesuatu yang baik kepada anda ibu menyusu.

Tukarkan pengambilan coklat kepada buah seperti oren, anggur, tembikai atau pisang.


Ibu menyusu perlu mengutamakan pemakanan yang sihat. Bukan sahaja untuk menghasilkan susu dengan konsisten, tetapi demi kesihatan sendiri. You are what you eat, mommies!




Nak tahu menu pemakanan ibu menyusu lagi? Jumpa saya di Seminar Mudahnya Menyusu.

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).


12 Sept : Sg Petani, Sastria Hotel

13 Sept : Ipoh, Fair Park Hotel

20 Sept : POTG Kelana Jaya

3 Oct : Seremban (lokasi akan diberitahu kemudian)

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Pariss Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

13 Nov : Kuching, Abell Hotel

14 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com





Cikgu Susu Anda



Rujukan:
1. Breastfeeding-problems
2. http://www.rsc.org/chemistryworld/podcast/CIIEcompounds/transcripts/theobromine.asp
3. Kellymom.com


Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.

No comments:

Post a Comment