Tuesday, 15 September 2015

EMOSI TERGANGGU

Dibenci bos. Kerja di pejabat makin bertambah.

Suami curang. Masalah kewangan keluarga.

Semua ni boleh bikin ibu panas, hot, terbakar. Akibatnya ibu tertekan dan stress.  Badan rasa lemah. Tak lalu makan. Muka masam, tak de mood nak memerah. Tapi pam juga sebab tugas hakiki. Tup, tup..

Dah setengah jam memerah, separuh botol pun belum dapat lagi. Breast masih rasa berat. Dipicit-picit breast, masih banyak susu. Ahhh panik.. bertambah-tambah stress. 

2 hari berlalu, bengkak susu terjadi. Tapi hasil perahan makin berkurang.

Oh no! Apa sudah jadi sebenarnya?



Oxytocin is the love hormone. Yang ada semasa anda bercinta dengan suami. Yang ada semasa anda melahirkan sang khalifah pujaan hati. Yang ada semasa anda menyusukan si comel itu. 

Badan seorang ibu dilengkapi dengan jutaan aliran cinta oksitosin untuk membuat dia rasa bahagia, dan terus menyayangi kesayangan hati tanpa batas. Aliran oksitosin ini penting sebagai pengawal kelancaran aliran susu ibu. Terencat oksitosin ni, terencat lah pengaliran susu ibu. Tak ada oksitosin, tak ada keluar lah susu ibu.

Oksitosin ini, kerjanya mengecutkan otot di sekeliling payudara ibu, untuk membenarkan susu ibu mengalir keluar dengan baik. Oksitosin lancar, bila ibu gumbira dan rileks. 

Tapi kalau ibu sedih, tertekan, stress? Rembesan oksitosin akan terganggu. Jadinya, pengeluaran susu tidak efektif dari breast ibu. Nanti ibu kena bengkak susu, lama-lama jadi ketulan. Long term effect: penghasilan susu berkurang. Sebab breast tak dikosongkan dengan betul.

Nanti ibu bertambah stress dan sedih, jika susu ibu merudum.

Seorang ibu penuh kekuatan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kekuatan itu terselindung di sebalik kelembutan. Kata Prof. Dr. Harlina Siraj dalam PRISMA 2015 yang lalu, badan ibu memerlukan oxytocin yang banyak untuk menyebarkan cinta kepada anak-anak dan bagi melancarkan aliran susu. Bagaimana nak tingkatkan oxytocin ini, adalah dengan memberinya kepada si cinta hati anda. Suami dan anak-anak, itu sebaiknya.

Kata beliau, in order to have more, we have to give more and more. Give and take gituh! 

Kajian menyatakan, secara semulajadi satu pelukan dengan orang yang kita sayang selama masa 20 saat sahaja telah merembeskan kuantiti oksitosin yang boleh mengelakkan depression dan kerisauan. Bayangkan kita peluk suami dan anak-anak kita lebih dari 20 saat setiap hari? Wow, patutlah happy je~

Ibu menyusu yang stress:

1. Mari kembali kepada Pencipta. Mohonlah kekuatan dari Allah yang memberi rezeki. Tetapkan pengharapan kepada-Nya. Semoga ditenangkan jiwa, diubati hati yang lara, supaya emosi dan penyusuan tidak terganggu.

2. Selalulah amalkan senaman yang boleh menggembirakan anda. Walaupun hanya naik turun tangga di rumah. Dapatkan urutan badan sekali sekala, untuk melepaskan tekanan yang disimpan dalam badan itu. Bila gembira, oksitosin inshaAllah meningkat semula. 

3. Bentuk hubungan yang baik dan bahagia dengan suami dan anak-anak juga mereka disekeliling anda. Mohon sokongan mereka untuk memahami tugas anda sebagai ibu menyusu, yang harus sentiasa disayangi juga.

4. Bantulah diri dengan mengamalkan fresh fruits yang dapat melegakan stress kita. Strawberry, pisang, epal memberi tenaga dan mengembalikan semula rasa tenang anda.

5. Seperti rasanya yang manis, coklat boleh mengingatkan semula anda saat-saat manis bersama suami dan anak-anak. Anda pasti lebih gembira.


Ibu, saya tahu, perjalanan hidup kita tidak sama. Setiap dari kita melangkah ke destinasi yang berbeza. Cabaran dan dugaannya hanya diri sendiri yang merasainya.  Tetapi satu destinasi yang pasti sama adalah akhirat yang kekal abadi. 

Marilah kita berjuang meneruskan penyusuan dengan baik, sebagai asbab pendidikan anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kita apabila kita sudah tiada. Kerana itu lah bekalan yang kita boleh bawa menuju alam akhirat nanti.



Jumpa saya di Seminar Mudahnya Menyusu.

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).



20 Sept : POTG Kelana Jaya

3 Oct : Seremban, Oakland Commerce Square

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Suria City Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

14 Nov : Kuching, Abell Hotel

15 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com





Cikgu Susu Anda


Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

.




No comments:

Post a Comment