Tuesday, 29 September 2015

OUCH.. BABY MENGGIGIT!

Ouch.. sakitnya bila baby menggigit. Ada ibu yang setiap kali nak menyusu baby menggigit. Sampai ketap-ketap bibir menahan sakit. 

Ada ibu yang sampai luka, melecet dan berdarah pada bahagian nipple akibat digigit baby. Tapi masih terus menyusukan anak waktu itu, sebab kata kawan, "Biasa lah tu, baby nak tumbuh gigi..". Jadi andaian ibu, aduhai terpaksa lah tahan gamaknya ya.







Adakah benar baby menggigit semasa menyusu?

Sebenarnya bayi tidak akan menggigit semasa menyusu. Kerana semasa menyusu, lidah bayi akan berada di bawah tampuk hitam (areola) ibu dan lidah ini akan cover bahagian gigi/ gusi bawah bayi. Jadi bayi sebenarnya tidak menggigit jika dia sedang menyusu. 

Ya benar, ada sesetengah bayi kerap menggigit tetapi mereka tidak menggigit semasa menyusu. Kerana bayi perlu menghentikan penyusuannya dan menggerakkan lidahnya dari bahagian gusi untuk menggigit. 

Jika bukan ketika menyusu, kenapa dan bila bayi menggigit?

1. Teething / Gatal gusi.

Biasanya bayi mula mengalami bengkak, kerengsaan atau tidak selesa pada gusi apabila mula nak tumbuh gigi. Belajar untuk mengenali perubahan ini pada gusi bayi dengan menggunakan jari anda.

Gosok perlahan atau tekan gusi bayi. Kadangkala gusi akan kelihatan bengkak, kemerahan dan sedikit keras. Ini tandanya gusi mula mengeras dan bayi nak tumbuh gigi. Yey!

2. Lekapan penyusuan yang tidak betul.

Jika anda masih baru dalam penyusuan, pastikan bayi melekap dengan betul setiap kali menyusu ya. Sakit atau rasa digigit sepanjang penyusuan tidak normal. Dapatkan maklumat mengenai lekapan yang betul. 

3. Mahukan perhatian dari ibu.

Mommies, cikgu ingin berpesan. Semasa menyusu berikan sepenuh perhatian kepada anak kita. Some babies menggigit kerana tidak dapat perhatian dari ibunya. Mana kan tidak, ibu lebih suka berFB atau menonton rancangan tv kegemaran dari memberi perhatian kepadanya. Andaian bayi, mungkin sedikit gigitan manja dapat membawa perhatian ibu terhadapnya. Bukankah penyusuan menjadi lebih lancar dan 'pain & scream free' dengan attention dari ibu?

4. Bayi selesema atau hidung tersumbat.

Sesetengah bayi yang menghidap selesema merasa kurang selesa semasa menyusu kerana hidung yang tersumbat mengganggu aliran pernafasannya. Ini juga salah satu faktor bayi menggigit semasa menyusu. 

5. Penggunaan puting kosong (pacifier) atau botol susu terlalu kerap.

Penggunaan pacifier atau botol susu yang terlalu kerap boleh menyebabkan bayi confuse dengan cara hisapan semasa menyusu. Cara hisapan semasa direct feeding berbeza sekali dengan hisapan silikon puting kosong atau botol susu.

Kadangkala bayi menjadi keliru dan mula menghisap dengan cara menggigit payudara ibu seperti yang dilakukannya pada puting silikon. Walaupun nipple confusion banyak berlaku kepada bayi yang baru lahir, ia boleh juga terjadi kepada bayi yang sudah besar.


Bagaimana nak handle bayi yang suka menggigit?

Aariz, anak sulung saya sangat kerap menggigit semasa mengalami teething. Menangis-nangis saya tau! Respons yang saya berikan pula menyebabkan dia lagi seronok menggigit.  I've learnt few lessons from there. 

Semasa penyusuan Aydin, i try not to freak out dan buat relax je. Some reversed phsycology technique pun membantu. Jadi penyusuan Aydin berlangsung lancar tanpa peristiwa hitam: digigit. Berikut adalah beberapa tips yang cikgu pernah buat semasa penyusuan anak-anak dulu:

1. Kenali bila teething.

Ibu perlu belajar membaca perlakuan bayi: bilakah masanya bayi betul-betul lapar mahukan susu atau hanya mencari sesuatu untuk melegakan gatal gusi nya. Jika dia menggigit di awal penyusuan bermaksud dia sedang tidak selesa dan mahu melegakan sakit itu.

Jika tidak menggigit, bermaksud dia betul-betul mahu menyusu.

2. Leraikan lekapan jika bayi menggigit.

Ramai ibu yang saya jumpa masih terus menyusukan anaknya walaupun sedang digigit! Oh no no no no! Jika anda dapati bayi menggigit, leraikan lekapan dengan memasukkan jari kelingking anda ke mulut bayi dan tolak lidahnya. 

Elakkan terus menarik keluar puting sebab ia akan menyebabkan puting anda luka.

3. Gunakan teether.

Jika anda dapati bayi sedang gatal gusi dan menggigit semasa awal penyusuan, leraikan lekapan dan berikan teether atau soft toys yang sudah disimpan di dalam peti sejuk (chiller).  Anda boleh juga berikan makanan lembut seperti jelly atau ice cream jika anak sudah boleh menerima makanan sejuk dengan baik. 

Teether atau makanan sejuk membantu menghilangkan rengsa pada gusi bayi. Lihat keadaan bayi anda. Setelah bayi kelihatan agak selesa , baru lah susukan bayi semula.

4. Periksa lekapan semasa menyusu.

Pastikan bayi melekap dengan betul semasa menyusu. Lekapan yang salah bukan sahaja buat anda luka dan sakit, tetapi menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang cukup dan in long term mengurangkan penghasilan susu. Masih belum confirm bagaimana lekapan yang betul? Baca lekapan yang betul di sini

5. Tukar posisi semasa menyusu.

Ada ibu yang menghubungi saya. Katanya setiap kali menyusu secara berbaring anaknya akan menggigit puting. Sampai luka dan berdarah bahagian itu dibuatnya. Kemungkinan lekapan menjadi tidak betul kerana posisi yang salah semasa menyusu.

Ibu-ibu usah turutkan rasa sakit itu. Tukar ke posisi yang betul. Posisi dan lekapan menyusu adalah salah jika ibu merasa sakit semasa menyusu dan mengalami luka. Masalah ini tidak akan berlaku jika ibu menyusu pada posisi yang betul.

Cuba amalkan posisi pegangan mendakap (football hold). Gunakan posisi duduk (upright position) semasa menyusu jika bayi sedang menghidapi selesema atau hidung tersumbat. 

6. Eye contact semasa menyusu.

Secara fitrahnya, bayi memerlukan dakapan dan belaian dari ibu semasa menyusu. Termasuklah hubungan mata ke mata dari ibu ke arahnya. Kerapkan eye contact dengan bayi semasa menyusu. Bayi yang kecil membentuk sifat diri dari stimulasi dari ibu termasuklah melalui sentuhan, perlakuan, percakapan dan secara psikologi semasa menyusu. 

Posisi football hold dan upright juga boleh membantu bayi yang inginkan perhatian dari ibu semasa menyusu kerana kedudukan ibu dan bayi yang lebih rapat.


7. Komunikasi dengan bayi.

Secara personal, cara ini paling terbukti berkesan kerana semasa penyusuan Aydin dulu, hanya 2 kali sahaja dia menggigit kerana gatal gusi. Setelah saya mula kenali masalah teething itu, setiap kali sebelum menyusu saya akan memberitahunya, "Kalau gigit tak dapat susu tau sebab Ummi sakit."

Saya ulang setiap kali sebelum menyusu. Alhamdulillah selepas 3 kali memberi arahan ini, dia tidak menggigit lagi. Seolah-olah dia lupa gatal gusinya, Aydin menyusu dengan baik sehingga bercerai susu.


**Menghentikan penyusuan ketika breast/puting mengalami luka boleh merisikokan bayi tidak lagi mahu menyusu secara direct feeding selepas itu.

Jadi saya menggalakkan ibu meneruskan penyusuan dari payudara walaupun masih ada luka. 

Tips menyusu jika breast/puting luka:

1. Tuamkan bahagian luka dengan ais atau tuala yang telah dilembapkan dgn air sejuk / ais sebelum menyusu. 

Ini akan membantu mengurangkan rasa sakit pada bahagian yang luka semasa menyusu.

2. Sapu susu ibu di akhir sesi memerah/menyusu (hindmilk) pada tempat luka setiap kali selepas menyusu/memerah dan biarkan ia kering dalam masa 10 minit sebelum ibu menutup bahagian itu atau memakai bra.

3. Elakkan pemakaian breast pad yang lembap untuk mengelakkan jangkitan kuman/kulat pada bahagian yang luka.


Seminar Mudahnya Menyusu.

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).



3 Oct : Seremban, Oakland Commerce Square

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Suria City Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

14 Nov : Kuching, Abell Hotel

15 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com





Cikgu Susu Anda


Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow



Dapatkan Tips Penyusuan Mudah oleh Cikgu Susu di link ini: Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya

No comments:

Post a Comment