Friday, 18 September 2015

SLOW VS LAJU

Setiap hari saya menerima banyak pertanyaan dari ibu mengenai masalah aliran susu. Some mothers don't even know that it's the milk flow problem they're having. Simptom yang selalu dihadapi ibu-ibu:

Bayi marah semasa menyusu.

Bayi mengambil masa yang lama menyusu dalam 1 sesi, kadang-kadang sampai berjam-jam .

Bayi menyusu tetapi macam main-main atau kemam puting ibu sahaja.

Memerah lebih dari 30 minit, hampir 1 jam tetapi breast masih berat dan keras.

Sesetengah ibu berpendapat bayi tidak lagi mahu menyusu darinya. Atau ada yang menganggap susunya telah kering lalu menghentikan penyusuan. Tunggu dulu..!

Tahukah anda, sebenarnya berapa lama penyusuan anda bertahan bergantung kepada bayi anda dan hisapannya. Bayi akan respon kepada aliran susu ibu. Jika lancar dan laju, dia akan berminat untuk teruskan menyusu. 

Jika perlahan, lama-kelamaan bayi anda tidak berminat lagi. 

Ibu, kalau anda sedang menghadapi simptom-simptom di atas: Kemungkinan besar anda sedang mengalami masalah aliran susu yang sangat perlahan.

Usah putus asa, kerana ia bukan pengakhiran kisah penyusuan anda.

Apa yang anda boleh buat adalah dengan melakukan pemampatan payudara (breast compression). Breast compression dilakukan untuk meneruskan aliran susu jika anda dapati bayi hanya menghisap tanpa menelan susu (seperti simptom-simptom di atas). Compression umpama ibu memerah payudara tetapi susu terus dialirkan ke dalam mulut bayi. 

Payudara diampu dalam pegangan C, ibu jari dan jari telunjuk di luar kawasan areola. Mampat perlahan payudara menggunakan ibu jari dan jari jemari ibu seolah-olah anda sedang memerah payudara. Apabila payudara dimampatkan, jari-jemari ibu akan menekan saluran susu dan ini menyebabkan aliran susu memancut semula ke ruang mulut bayi semasa menyusu. Haa, baby dah dapat susu!

Contoh breast compression dilakukan.

Alhamdulillah, sepanjang pengalaman saya dalam kaunseling ibu-ibu menyusu, breast compression ini adalah antara teknik yang banyak membantu ibu menyusukan bayi dengan baik.

Siapa yang perlu amalkan breast compression ini?

1. Ibu yang mempunyai masalah kurang susu, susu merudum dan aliran susu yang sangat perlahan. (Rujuk simptom-simptom yang telah disebutkan di awal artikel ini.)

Lakukan compression di awal kelahiran di mana susu kolostrum yang terhasil. Kolostrum sangat pekat dan sedikit. Jika aliran susu terlalu perlahan, bayi akan berhenti menyusu dan tidur. Compression membantu mengalirkan semula kolostrum dan bayi dapat kekal menyusu lebih lama pada breast ibu.

2. Bayi yang kerap mengalami kembung perut (colic).

Salah satu penyebab colic adalah apabila bayi tidak menerima komposisi foremilk dan hindmilk yang seimbang, mungkin foremilk lebih banyak diterima bayi berbanding hindmilk, umpama bayi minum banyak air tanpa lemak. Compression akan bantu alirkan susu ibu yang mengandungi komposisi lemak (hindmilk) yang diperlukan bayi. Jadi ia bantu elakkan bayi kembung.

3. Ibu yang mengalami masalah bengkak susu yang berulang-ulang. 

Kemungkinan aliran lemak dalam susu (hindmilk) tidak lancar mengakibatkan saluran susu tersumbat. Compression membantu kelancaran hindmilk keluar dari breast dengan efektif semula. Cara melakukan compression semasa menggunakan pam susu adalah dengan menolak corong pam (breast shield) ke arah dada. Monitor aliran susu, anda akan perhatikan susu memancut-mancut semasa compression ini dilakukan.

4. Bayi yang kerap tertidur di breast ibu selepas hanya beberapa minit menyusu.

Penyebab: Aliran susu terlalu perlahan. Jika compression dilakukan, aliran susu akan sampai ke ruang mulut bayi semula dan membantu bayi meneruskan penyusuan.

5. Ibu yang baru selesai memerah, tiba-tiba bayi mahu disusukan.

Payudara ibu tidak akan berhenti menghasilkan susu jika dikosongkan dengan kerap dan efektif. Walaupun selepas memerah, badan akan terus menghasilkan susu tetapi alirannya perlahan sehingga lah breast ibu penuh semula.

Dengan compression, ibu dapat bantu bayi mendapat susu yang diperlukannya. Jadi, walaupun baru selesai pumping session, ibu boleh terus menyusukan bayi seperti biasa. 

6. Ibu yang nak mengosongkan payudara dengan lebih efektif.

Ibu yang mengambil masa yang lama untuk satu sesi memerah, Teknik ini dapat meningkatkan hasil perahan dan mengurangkan masa sesi perahan.



“Tiada pemberian ibu bapa kepada anaknya yang paling utama, selain memberi asuhan dan didikan yang baik.” (Hadis Riwayat Tirmidzi). Jadi mari teruskan usaha menyusukan anak kita seeloknya sebagai cabang asuhan dan didikan terbaik kepada mereka.



Banyak lagi akan saya kongsikan di Seminar Mudahnya Menyusu.

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).


20 Sept : POTG Kelana Jaya

3 Oct : Seremban, Oakland Commerce Square

4 Oct : POTG Kelana Jaya

10 Oct : Johor Bharu, Suria City Hotel

11 Oct : Melaka, Angsana Hotel

23 Oct : Kota Bharu, Suria Hotel

24 Oct : Kuala Terengganu, TH Hotel

25 Oct : Kuantan, Batik Boutique Hotel

8 Nov : POTG Kelana Jaya

14 Nov : Kuching, Abell Hotel

15 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com





Cikgu Susu Anda
PumpOnTheGo


Rujukan:

1. Dr. Jack Newman's Guide to Breastfeeding.
2. 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya.




Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Dapatkan Tips Penyusuan Mudah oleh Cikgu Susu di link ini: 
Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya

.


No comments:

Post a Comment