Wednesday, 28 October 2015

NAK BERSALIN KAT MANA?

Calling out preggy mommies! 

You all dah plan nak bersalin di mana nanti? Saranan cikgu, pilihlah hospital yang membantu dan menggalakkan penyusuan ibu.

Hospital Rakan Bayi membantu penyusuan ibu bermula dengan baik.


Pagi Isnin yang lepas cikgu berpeluang menghadiri Majlis Penghargaan Hospital Rakan Bayi Peringkat Kuala Lumpur dan Putrajaya, oleh Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Majlis ini memberi penghargaan kepada beberapa buah hospital di Malaysia (di sekitar KL dan Putrajaya) atas usaha dan sokongan mereka memberi khidmat terbaik untuk mendorong penyusuan ibu kepada semua ibu. Hospital ini dikenali dengan nama Hospital Rakan Bayi (Baby-Friendly Hospital).

Inisiatif yang dilakukan hospital-hospital ini dalam menggalakkan penyusuan ibu adalah dengan mengamalkan 10 Langkah ke arah Penyusuan Susu Ibu yang Berjaya. 10 langkah ini diamalkan oleh anggota kesihatan yang terlibat sendiri dan juga semua ibu yang memilih untuk bersalin di hospital rakan bayi ini. Beberapa langkah yang saya kira amat membantu anda adalah:

1. Semua anggota kesihatan dilengkapkan dengan latihan dan ilmu dalam kemahiran yang perlu untuk membantu ibu menjayakan penyusuan.

2. Ibu mengandung diberitahu mengenai kebaikan penyusuan ibu dan pengurusan penyusuan (biasanya semasa checkup bulanan dan semasa kelas antenatal).

3. Staf kesihatan yang terlibat membenarkan sentuhan kulit ke kulit seawal setengah jam selepas kelahiran dan membantu ibu untuk menyusukan anak seawal selepas kelahiran. 

4. Staf kesihatan akan memberi tunjuk ajar cara menyusu yang betul kepada ibu-ibu.

5. Bayi tidak diberikan dengan apa-apa minuman atau makanan lain selain susu ibu sahaja kecuali atas sebab-sebab perubatan.

Ada banyak lagi langkah yang diamalkan yang sebenarnya sangat membantu anda memulakan penyusuan dengan baik. Tahukah anda, sebahagian besar masalah penyusuan yang berlaku selepas bersalin adalah kerana permulaan yang tidak tepat oleh ibu. 

Begitu juga dengan saya semasa kelahiran anak pertama dulu. Kelahiran berlaku di hospital yang tidak rakan bayi dan saya tidak mendapat bantuan yang diinginkan ketika ingin memulakan penyusuan. Masalah seterusnya berlarutan sehingga saya dan bayi sudah pulang ke rumah.

Kepada anda yang sedang hamil, tanamkan mindset yang betul untuk menyusukan anak. Pilih hospital yang boleh membantu anda memulakan penyusuan dengan baik nanti. Hadiri kelas penyusuan yang boleh mendorong anda memahami sifat susu ibu dan cara anda menangani penyusuan setelah bergelar ibu nanti.

Antara hospital yang telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi (di sekitar KL/ Putrajaya) ialah:
1. Pusat Perubatan Universiti Malaya.
2. Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Hospital Kuala Lumpur.
4. Hospital Putrajaya.
5. Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.
6. Hospital Pusrawi.
7. Hospital Tawakal.
8. Hospital Sentosa.
9. Hospital Pantai.

Hospital yang dalam assessment mendapatkan pengiktirafan status Rakan Bayi:
1. Hospital Tung Shin.
2. Prince Court Medical Centre.
3. Hospital Pakar Al-Islam.
4. Hospital Damai.


Sempat beramah mesra dengan rakan Kaunselor Laktasi dari PPUM, HKL dan Hosp Tawakal.

Bersama Pakar Laktasi Bertauliah, kak Zaleha Mustapha.



Sebagai ibu, saya juga banyak belajar dari pengalaman. Cara kita menghadapi kelahiran bayi dan dimana tempat kita memulakan penyusuan itu sangat mempengaruhi perjalanan penyusuan kita. Ketika hamil, dapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh supaya anda lebih bersedia menempuhi saat itu nanti. Jika bersalin di hospital rakan bayi, anda akan berjumpa dengan nurse-nurse yang boleh membantu anda menyusu dengan baik. Yang penting, jangan malu meminta pertolongan ya. Malu bertanya sesat jalan!





Jumpa cikgu di Seminar Mudahnya Menyusu. Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).

8 Nov : POTG Kelana Jaya

14 Nov : Kuching, Abell Hotel

15 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com





Cikgu Susu Anda


Nak beli breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow
Dapatkan Tips Penyusuan Mudah oleh Cikgu Susu di link ini: Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya


No comments:

Post a Comment