Monday, 2 November 2015

PIL PERANCANG UNTUK IBU MENYUSU

Ada ibu bertanya, apakah pil perancang yang sesuai kepada ibu menyusu?, yang tak mempengaruhi penghasilan susu ibu.

Sebab ada yang notice susu mula merudum sejak mula mengambil pil perancang. Aisehmen.. ini boleh bikin ibu stress. Bila stress makin berkuranglah susu nya.

Sabar mommies, cari penyelesaian dulu. Menurut pakar dari PPUM dan merujuk kepada perkongsian Prof Madya Dr. Harlina Siraj, jenis pil/ubatan yang sesuai bagi ibu menyusu adalah dari jenis Progesterone - only Pill (POP).

1. Progesteron dan estrogen dengan prolaktin.

Jenis pil/ubatan yang mengandungi kandungan estrogen di dalamnya akan menyebabkan penghasilan susu terganggu. Ini kerana hormon estrogen berkadar songsang dengan hormon prolaktin yang berfungsi penting dalam penghasilan susu.

Jika estrogen dalam badan rendah, maka kadar prolaktin tinggi = penghasilan susu ibu tidak terganggu.

Jika estrogen dalam badan tinggi (kerana pengambilan pil/ubatan mengandungi estrogen), maka kadar prolaktin menurun = penghasilan susu ibu terganggu / berkurang.

Contoh pil/ubatan jenis Progesteron sahaja adalah Noriday.




2. Suntikan (depo) / implan.

Jika anda mengambil keputusan untuk mendapatkan suntikan/implan, jenis ubatan yang dimasukkan juga hendaklah jenis progesteron sahaja juga.

3. Jumpa doktor/pakar.

Dapatkan nasihat dari doktor / pakar terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang jenis pil perancang jika anda masih ragu-ragu. Jenis pil/ubatan yang diambil mestilah sesuai dengan kesihatan tubuh anda dan breastfeeding-friendly.

Perhatian: Jika anda mengalami susu merudum/ kenaikan berat badan baby tidak konsisten selepas pengambilan pil/ubatan perancang kehamilan, hentikan pengambilan pil perancang buat sementara dan monitor penghasilan susu / kenaikan berat badan bayi anda. 


Nota cikgu:
Kehamilan memerlukan keadaan kesihatan dan tubuh yang sangat baik, kerana setiap wanita hamil melalui perubahan fizikal yang melemahkan. Seperti firman Allah: 

"Dan Kami telah memerintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkan dengan susah payah pula...." [Surah Al-Ahqaf, ayat 15]

Sheikh Yusuf Al-Qardawi menyatakan dalam bukunya The Lawful and the Prohibited in Islam:

"Jarak kelahiran yang ideal adalah tiga puluh bulan, atau, jika ada yang mahu menyusukan bayi selama 2 tahun penuh, kemudian tiga puluh tiga bulan. Merujuk kepada Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 233."

Merancang kelahiran anak tidak terlarang dalam Islam. Adapun cara yang disarankan Nabi s.a.w. kepada sahabat adalah dengan kaedah berazal. Diriwayatkan:

"Dari Jabir, bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w., lalu berkata: "Sesungguhnya saya mempunyai seorang jariah (hamba). Dia menjadi pelayan dan penyelia air kami, sedang saya bersetubuh dengan dia, tetapi saya tidak suka dia hamil." Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Berazallah darinya jika engkau suka. Sesungguhnya akan terbit darinya apa yang sudah ditakdirkan untuknya." [Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Dawud]


Jadi, ibu yang ingin hamil lagi perlu memastikan diri dalam keadaan yang terbaik supaya dapat menyediakan rahim yang kuat dan kesihatan tubuh yang jitu untuk hamil lagi.

Bagi ibu yang mengalami masalah lemah rahim atau condition kesihatan yang tidak mengizinkan anda hamil dengan kerap, amalkan pemakanan yang sihat dan dapatkan nasihat doktor untuk kaedah perancangan keluarga yang terbaik untuk anda.



Jumpa cikgu di Seminar Mudahnya Menyusu. Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com

Di bawah ini adalah jadual kelas-kelas saya. Kelas bermula 9.00 am - 2.00 pm (5 jam).

8 Nov : POTG Kelana Jaya

14 Nov : Kuching, Abell Hotel

15 Nov : Kota Kinabalu, TH Hotel

Untuk mendaftar, klik link: mudahnyamenyusu.gr8.com



Cikgu Susu Anda





Rujukan:
1. PRISMA 2015, Prof. Madya Dr. Harlina Siraj
2. Unit Laktasi PPUM
3. Amalan & Nasihat Bagi Ibu Hamil, Fatimah Hj. Omar.
4. OnIslam, Fatwa on Birth Spacing.
5. Abdel Rahim Omran: Family Planning in the legacy of Islam (cited article).



Untuk senarai Breast pump berkualiti klik link ini: www.pumponthego.com
Dapatkan Tips Penyusuan Mudah oleh Cikgu Susu di link ini: 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya

No comments:

Post a comment