Wednesday, 25 November 2015

SABAR DAN CINTA

Saya dah jumpa ramai ibu yg menempuhi jalan cerita yg berbeza.

Ada ibu yg berbulan-bulan anaknya di NICU kerana bayi lahir pramatang. Ibu bekerja sepenuh masa dan mempunyai anak kembar, yg struggle dgn masa dan keletihan. Ada yg mengalami infection pd luka pembedahan, sakit berminggu-minggu lamanya.

Tak sikit juga yg luka pada puting sampai berdarah dan crack teruk. Ramai juga yg kena bengkak susu yg tak surut-surut sampai berulang kali keluar masuk hospital. Ada yg hasil perahan cukup2 makan setiap hari.

Antara semua situasi ini, ada satu yg persamaan antara mereka. Mereka masih terus menyusukan anak dan mereka berjaya.

I learnt from someone, if you want to succeed in what you do, you have to be patient and passionate about it.

Apa yg membezakan mereka ini dgn ibu-ibu yg kecundang adalah mereka punyai SABAR dan CINTA.

Tak siapa pernah cakap jadi ibu ni senang, semudah ABC atau Alif Ba Ta. Tapi ianya satu proses pembelajaran step by step, 1 2 3. Anda akan rasa mudah bila sampai masanya nanti.

Anda perlu belajar bersabar dan cintakan tugas anda ini.

SABAR macam mana yang saya maksudkan?

Bila baby menyusu dgn kerap sekerap 1-2 jam sekali. SABAR.
Jika baby nak mengempeng siang dan malam bila ada bersama kita. SABAR.
Bila hasil perahan tak cukup pada hari itu. SABAR.
Kita tak cukup tidur dan tersengguk2 di pejabat esok harinya. SABAR.
Orang di sekeliling tidak menyokong usaha anda. SABAR.

You will never succeed, until you love what you do.

Rasa terbeban nak kena pump hari2 atau marah berjaga malam kerana menyusukan anak? Nampaknya masih belum cukup cinta dalam diri anda.

Ibu-ibu,
  Cinta lah pada Allah yg ciptakan kita di muka bumi ini. Yg memberikan rezeki, yg meminjamkan sang anak kepada kita di dunia yg sementara ni.
  Cintakan Nabi kita kerana disebabkan baginda kita menuruti sunnah penyusuan ini.
  Cintakan sifat Rahim (sayang) yg Allah alirkan dlm badan kita sebagai ibu utk kita berikan kpd anak kita.
  Cinta lah kita pd diri kerana Allah memilih kita utk menjadi ibu.
  Cintakan penyusuan kerana dgn ini kita alirkan rasa cinta sayang kepada si anak.

Hilangkan sifat lemah jiwa, kata goyang dan kalah pada susu lain selain susu ibu. Kebalkan diri, pekakkan telinga dari kata negatif. Usah memendam berseorang. Dapatkan ilmu dan sokongan dari rakan yang sama berjuang.

#cikgususu

No comments:

Post a Comment