Thursday, 31 December 2015

AZAM BARU IBU MENYUSU

Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2015. Apakah pencapaian terbaik anda tahun ni? Cikgu doakan anda berjaya memperolehi apa yang dihajatkan dari awal tahun yang lalu. 

Ada yang idamkan melahirkan anak kembar
Ada juga berhajat mendapatkan pam / aksesori idaman, ye lah dah berbulan-bulan tidur termimpikannya kan..
Tak kurang juga yang impikan ada stok susu yang melimpah ruah, buat bekalan si comel dan anak-anak susuan

Namun, cikgu pasti ramai sekali yang sentiasa menginginkan penyusuan yang lancar, mudah dan anak yang kuat dan sehat dgn susu ibu.

Saya sendiri sentiasa berdoa sebegitu untuk anak-anak dan ibu semua. 

Walau bagaimanapun, sepanjang tahun ini, mungkin anda telah melalui ups and downs atau pahit getir penyusuan si kecil. Kadangkala hingga rasa tertekan dan mahu berhenti menyusu. But look, it's end of the year and you managed to pull through! Anda masih bertahan hingga hari terakhir tahun ini.

Jika kecundang di pertengahan jalan, ambil iktibar dan pengajaran. Jadikan peristiwa itu sebagai turning point untuk anda memperbaiki diri. Cikgu percaya semua jalan cerita hidup kita ditulis dan ditentukan Allah, setiapnya ada hikmah tersendiri.

Tidak mudah nak jadi senang,
Tak susah nak jadi susah.

Jaga hubungan dengan Allah, tambah rasa syukur, dalam banyak nikmat yang kita rasa kita tak dapat, kita masih di sini menghirup oksigen percuma kurniaan Ilahi.

"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)

Jom topup ilmu, kongsi cerita suka duka dengan rakan seperjuangan. Buat kita tambah kuat, tambah macho, tambah sado. Semua ibu adalah hebat dan heroin di mata anaknya, regardless berjaya menyusu sepenuhnya atau tidak.

Yang penting, cuba sebaik mungkin, hingga berjaya, sampai jadi. Jangan cepat putus asa dan menyerah.

Pengalaman turun naik semasa berjuang menyusukan anak-anak inilah menjadi guru terbaik buat ibu menyusu semua. Apa yang berlaku tahun ini sudah pasti menjadi pengajaran terbaik untuk kita semua. 

Yang mana salah, pasti tidak diulangi lagi tahun depan. Yang mana betul dan menjadi, kita istiqamah dan terus konsisten. Kita semua masih dalam proses pembelajaran. Belajar jadi ibu yang baik, lebih baik dan lebih lebih baik dari yang sebelum ini. Kita cuba sama-sama ya.

Terima kasih kerana sudi membaca email dan tips kiriman cikgu. Cikgu harap ia menjadi panduan untuk anda menyusukan anak dengan lebih tenang dan mudah.

Ibu boleh mendapat info, tips dan sharing penyusuan dari cikgu dari blog ini dan juga penulisan cikgu Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya sebagai panduan sepanjang menyusukan anak.

Bagi pihak Family PumpOnTheGo, cikgu mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda. Tanpa support anda, siapalah kami. Kami juga ambil kesempatan ini untuk meminta maaf sekiranya anda pernah terguris hati atau mengalami sebarang masalah sepanjang berurus niaga dengan PumpOnTheGo.

Cikgu dan seluruh family PumpOnTheGo mendoakan ibu menyusu semua dapat meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun dengan mudah.

Semoga tahun 2016 membawa lebih banyak barakah dan nikmat kepada kita semua. 



Salam sayang dari

Cikgu Susu Anda
PumpOnTheGo

Kaunselor Laktasi Bertauliah

No comments:

Post a Comment