Tuesday, 26 January 2016

CEKUR MANIS TAMBAH SUSU IBU

Baru-baru ini cikgu sekeluarga menghadiri majlis bacaan doa selamat dan makan-makan keluarga sempena kenaikan rumah baru abang ipar cikgu. Kalau nak tahu family sebelah biras cikgu (isteri kepada abang ipar cikgu) sangat handal memasak dan suka menjamu kami semua dengan masakan kampung yang memang superb lah taste nya!

Antara lauk pauk yang ada ialah pucuk cekur manis masak lemak. Masa tu rasa sedap sangat, cikgu pun makan lah dengan begitu berselera. Tak cukup dengan makan di sana, keluarga biras bekalkan lagi untuk kami bawa pulang. MashaAllah rezeki dari Allah. 

Sumber gambar: Website Rasa


Kata ibu mertua saya, cekur manis ini banyak khasiatnya. Kata pembantu saya pula, kalau di Indonesia, ibu berpantang dimasakkan sayur bening untuk menambahkan penghasilan susu. Ada yang buat kapsul untuk dijual di sana. 

Secara saintifik pula, cekur manis ini tinggi kandungan vitamin B, C, protein dan mineral. Banyak digunakan untuk merawat ibu selepas bersalin dan membantu ibu mengatasi masalah kekurangan susu ibu.

Bagi yang belum tahu, cikgu sekarang sedang hamil anak ketiga. Kandungan pun dah nak masuk trimester ketiga. Alhamdulillah, kehamilan kali ini dikurniakan kesihatan yang baik. 

Seperti biasa sejak usia kandungan 6 bulan, setiap hari saya mula melakukan breast massage sebagai persediaan untuk membantu melancarkan susu nanti. Bahagian payudara juga dah mula mengalami perubahan. Bagi yang kali pertama hamil, ianya normal jika anda merasa breast kadangkala berdenyut atau mula membesar. Anda seharusnya gembira kerana ini menunjukkan diri anda sedang melalui fasa penghasilan susu ibu.

Sepanjang kehamilan, saya teruskan dengan pengambilan sayuran hijau dan pelbagai warna yang lebih banyak berbanding nasi. Memang terasa perbezaan kehamilan kali ini dengan 2 kehamilan yang lepas. Kali ini berat tidak naik mendadak dan terlalu banyak, tetapi kenaikan yang konsisten dan sihat (kata doktor).

Nak dijadikan cerita,  dalam 2 hari yang lepas itulah menu sayur utama cikgu makan. Huhu. Sedap sungguh. Dalam 2 hari ini juga cikgu rasakan bahagian breast mula berdenyut lebih kuat dari biasa. Rutin seharian cikgu buat breast massage, alangkah gumbiranya hati bila nampak susu awal (kolostrum) dah mula keluar seawal usia kandungan 6 bulan setengah ni. Semasa hamilkan Aydin dulu, kolostrum mula keluar pada usia kandungan hampir 8 bulan. 

Siapa yang sedang hamil dan menanti kelahiran bayi anda, cikgu nak share sedikit tips untuk bantu pengeluaran dan kelancaran susu nanti:

1. Tanamkan niat.

Seawal hari pertama anda dapat tahu anda hamil, terus niatkan mahu susukan anak dengan susu ibu sahaja. Sepanjang kehamilan, berdoa supaya Allah mudahkan penyusuan dan lancarkan penghasilan susu untuk bayi nanti.

2. Amalkan pengambilan buah dan sayuran hijau.

Selalunya kita dengar orang cakap amalkan pemakanan sihat sepanjang hamil untuk sediakan badan untuk menghasilkan susu. Tetapi to be specific, anda mesti makan buah, sayuran hijau dan pelbagai jenis sayuran yang bukan warna hijau sepanjang kehamilan anda. Ia sumber utama garam mineral dan vitamin yang membantu badan anda bersedia. Boleh cuba juga mengambil sayuran yang dipercayai turun temurun dapat membantu meningkatkan penghasilan walaupun masih sedang hamil.

Antara yang cikgu amalkan setiap hari untuk kehamilan ketiga ini:

1. Buah pisang - 1 batang sehari.
2. Buah delima.
3. Buat tin (dry figs).
4. Buah kurma.
5. Epal dan oren (rotate 1 biji setiap hari).
6. Sayur bendi.
7. Brokoli.
8. Sawi.
9. Lobak merah.
10. Kailan.
11. Susu.
12. Oats (kalau tak mampu makan sebagai meal, buat lactation cookies).
13. Air Nabeez (kurma / kismis).
14. Susu kambing / susu lembu fresh.
15. Minyak kelapa dara.
16. Air madu + pati delima (selang seli dengan air Nabeez).

3. Bacaan al-Quran setiap hari.

Amalkan membaca al-Quran setiap hari, jangan miss. Ini sebagai ubat penenang ibu hamil. Almaklumlah ibu hamil ini, makin besar kandungannya makin banyak tenaga yang digunakan. Ibu pun cepat letih. Jika kita perlu menguruskan rumahtangga dan anak-anak lain lagi, tahap stress makin meningkat. 

Allah jadikan Quran sebagai peringatan, penawar dan penenang buat kita. Amalkan setiap hari untuk sustain tahap emosi kita. Bukan itu sahaja, ia sangat penting untuk pastikan sistem tubuh berfungsi dengan baik. Al-Quran sebagai as-syifa (penawar dan penyembuh).

Selain itu, ia bantu pengawalan pernafasan kita semasa hamil. Makin besar perutnya, makin susah kita nak control pernafasan kita kan, cepat mengah ye dak. Dengan mengaji kita bantu latih daya pernafasan kita menjadi lebih baik.

4. Lakukan breast massage.

Jika belum mula, boleh lah buat hari ni. Just a simple massage pada payudara untuk melancarkan kapilari darah dan saluran susu pada breast. Ini membantu melegakan sebarang ketidakselesaan / kesakitan yang dialami semasa perubahan breast. Semasa mandi, anda boleh lakukan breast massage dan mampatkan/picitkan perlahan kawasan tampuk hitam (areola) untuk membantu membuka aliran pada puting susu (orang dulu-dulu panggil mata susu).

Jangan lupa untuk menukar ke saiz bra yang sesuai dengan anda apabila payudara mula membesar kerana pemakaian bra yang terlalu kecil/sempit akan mengganggu peredaran darah di sekitar kawasan payudara.


Inilah beberapa tips yang sudah saya amalkan sejak kehamilan yang lalu. Beberapa tambahan saya lakukan terutamanya bab pemakanan (makanan dan minuman yang diambil). Alhamdulillah, kelihatan kesan yang positif setakat ini. 

Jika usia kandungan sudah matang dan hampir ke penghujung, usah risau sebab masih belum terlambat untuk anda mengamalkan tips-tips di atas. Tips-tips ini hanyalah ikhtiar dan usaha, kejayaan sebenar datang dari rezeki kurniaan Allah. 

Cikgu doakan anda semua dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan dapat menyusukan anak dengan baik nanti.

Mari kita berazam dan tanamkan niat supaya penyusuan kita menjadi asbab lahirnya anak yang sihat sempurna sifat, baik mahmudah akhlaknya dan menjadi khalifah yang tegas dan teguh pada agama Allah.





Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda



7 comments:

  1. Assalammualaikum, cikgu ada nyatakan "susu awal (kolostrum)" di entri ini.. cecair susu tu warna apa ye? sebab saya pregnant 4 bulan ada keluar cecair putih jernih.minta penjelasan dari cikgu susu.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu.. bole cikgu sharekan tips myusukan anak smbl mengandung lg..tq

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cikgu.. bole cikgu sharekan tips myusukan anak smbl mengandung lg..tq

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..terima kasih cikgu susu..mmg bf memerlukan ilmu & sharing pengalaman org2 yg berpengalaman..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..terima kasih cikgu susu..mmg bf memerlukan ilmu & sharing pengalaman org2 yg berpengalaman..

    ReplyDelete