Thursday, 14 January 2016

PUTUS SUSU > SAMBUNG BALIK


Mommy:

"Cikgu, saya dah putus susu. Menyusu masa berpantang je. Sekarang baru masuk 3 bulan. Susu tak banyak dah. Dah campur formula. Tapi baby ada menyusu lg bila dgn saya. Agak2 kalau saya nak fully bf semula boleh ke?"
-IM

Jawapan cikgu susu:

Tahniah kerana masih ada kesedaran dan niat utk memberikan yg terbaik kepada si comel puan. 
Ya, tidak mustahil puan boleh menyusu sepenuhnya semula. Lebih kurang sama dgn ibu yang mengambil anak angkat. Usaha keras perlu ada. Dan puan harus bersedia melalui perjalanan ini secara fizikal dan mental.
Banyakkan berdoa mohon keberkatan rezeki dari Allah. Sabar dan solat kunci utama.
Kemudian tukar rutin dari sekarang. Mulakan rutin ibu menyusu hari ini. Amalkan pemakanan sihat dan semulajadi. Tambah rutin penyusuan dan memerah (ya walaupun keluar angin/ hanya sikit susu pada mulanya). Tujuan stimulasi yg kerap untuk beritahu badan anda, anda mahu hasilkan susu yg lebih banyak. Your baby needs milk, more milk!
Elakkan pergantungan kepada susu formula. Utamakan direct feeding bila bersama baby. Pemberian susu formula menyebabkan baby kenyang dan tidak lagi mahu menyusu. Ini mengganggu demand pada penghasilan susu.
Dalam konvensyen Kump Sokongan Penyusuan Susu Ibu yang lalu (Disember 2015), seorang ibu berkongsi cerita melakukan induce lactation (cetusan penyusuan anak angkat). Umur beliau dlm lingkungan 40-an. MashaAllah, ajaib sungguh ciptaan Allah. Yg memohon dgn hati yg ikhlas dan istiqamah berusaha pasti Allah makbulkan. Benar, doa seorang ibu itu mustajab.
Jika beliau boleh, anda juga pasti boleh. InshaAllah. 
1. Be ready. Bersedia berkorban masa dan tenaga.
2. Positive dan percaya.
3. Effort mesti ada. (kalau tak buat, takkan berjaya)
4. Istiqamah. Mesti konsisten. 

Rujuk link ini untuk penghasilan susu semula: Relaktasi / Induced Lactation dan Rutin Ibu Menyusu


Semoga dipermudahkan.


Hapuslah air matamu ibu.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)



Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
cikgususu.com






Senarai breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

1 comment:

  1. Salam cikgu

    Anak saya sudah masuk 1 tahun 6 bulan.ini bermakna sudah 2 bulan dia tidak minum susu di taska.dia hanya df dengan saya selepas office hour sampai malam.saya juga terkejut kenapa dia tak nak minum susu lagi dalam botol.saya tak tau mana silap.sejak dari itu saya tidak lagi pump susu waktu di ofis.sbb anak saya dengan saya tidak akan minum dalam botol.sy cuba untuk beri fm tp rejected.jalan terbaik sy hanya bg makanan.breakfast n lunch die di taska saya masak sendiri
    untuk breakfast saya prepare pasta,spaghetii,macaroni,roti atau bubur nasi untuk die hari2. dan lunch nasi berserta sup ayam,sup sayur,ikan atau daging.sy akan pelbagaikan menu.so far die makan.cuma saya sedih die tidak menyusu.saya ada bekalkan tamar coco untuk die.btol ke tindakan saya cikgu?

    ReplyDelete