Thursday, 5 May 2016

BREASTFEED ITU SUNNAH

Sebelum menempuhi alam dunia, anak kita menginap di satu tempat yang penuh kasih sayang, iaitu alam rahim. Di sini, anak dan ibu adalah satu. Berkongsi rasa dan deria melalui satu pertalian ajaib ciptaan Allah yang dipanggil tali pusat. Daripada tali pusat inilah juga anak kita menerima makanan semasa dalam kandungan.



Sesudah lahir ke dunia, anak dan ibu dipisahkan secara zahir. Anak dan ibu terpisah menjadi dua jasad berbeza. Rasa asing dan sunyi menerpa sang anak saat pertama kali keluar dari tempat yang selama 10 bulan dihuninya. 


Namun, dua jasad ini batinnya masih satu. Sama seperti di dalam kandungan, masih berkongsi rasa, sejuk panas, debar tenang, panik mahupun selesa bersama. Apakah pertalian ajaib kedua itu? Itu lah penyusuan ibu. MashaAllah. Begitu indah perhubungan ini, sang anak yang tadi menangis terus tenang didakap ibu. Anak comel yang tadi lapar menjadi kenyang mendapat aliran susu ibu yang penuh barakah Allah itu.

MashaAllah sungguh indahnya penyusuan ibu bukan sekadar itu. Ia ubat buat sang anak, penawar untuk kedukaan ibu. Anak dan ibu terikat dalam perhubungan murni itu.



Penyusuan ibu adalah perintah yang difirmankan Allah dalam al-Quran; Surah al-Baqarah ayat 233. Ia juga adalah Sunnah yang menjadi amalan ketika Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW dibesarkan.  Kata para ulama, pada setiap amalan sunnah terkandung kunci kepada Sa’adah iaitu kebahagiaan.


Saidina Anas RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

“Seseorang yang menyintai sunnahku adalah menyintaiku dan ia akan berada di dalam syurga bersamaku.” (Hadis Riwayat Tirmizi)



Apabila berbicara soal sunnah Nabi, ramai antara kita beranggapan bahawa sunnah itu sekadar amalan makan dan minum Nabi juga yang paling tersohor dan selalu menjadi senda gurau di kalangan lelaki; sunnah kahwin 4, berpoligami. Amalan sunnah Nabi SAW jika dilihat dari skop sebenar adalah sunnah adab, sunnah ibadat dan sunnah fikir risau Nabi SAW terhadap ummatnya.

And, what world are we living in today?

Kita ummat akhir zaman.

Zaman yang penuh kerosakan dan fitnah dunia. Zaman di mana akhlak anak-anak muda kini makin susut nilai islaminya. Semakin lama semakin hanyut dek arus duniawi. Akhirat ditinggal tepi. Era ini amalan sunnah dipandang jelek, amalan bukan Islam dipandang penuh mulia. Mahukah kita membesarkan anak-anak kita mengikut edaran arus ini atau berkorban menentang arus kerosakannya?

Penyusuan ibu adalah salah satu sunnah yang diamalkan sebagai satu usaha kita mentarbiyah dan membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak kita seawal 2 tahun pertama usianya. InshaAllah dengan sunnah ini, anak-anak akan dibesarkan dengan penuh perhatian, kasih sayang dan keselamatan dari ibu dan ayah.

Kita ummat akhir zaman yang hidup di zaman yang penuh cabaran. Tetapi kita adalah ummat Nabi Muhammad, ummat yang paling bertuah. Ummat ini diberi ganjaran berlipat kali ganda atas satu amalan.

Pada masa ini, jika seseorang Muslim tabah menghidupkan satu sunnah Nabi SAW akan diberi ganjaran seratus mati syahid.

Allah telah meletakkan kejayaan di dunia dan akhirat melalui kejayaan dalam agama. Kejayaan dalam agama tidak akan dapat kita kecapi melainkan hanyasanya dengan mengamalkan cara dan sunnah Nabi dalam kehidupan kita. Kita wajib menelusuri dan memahami pengorbanan dan perjuangan Nabi Allah ini. Wajib bagi kita beramal dengan cara Nabi, hidup cara Nabi, dan lalui apa yang Nabi kita lalui. Fahami dan amalkan sunnah Nabi.


Mari kita hidupkan Sunnah Nabi SAW sebagai panduan hidup kita. Semoga dengan mengamalkan sunnah penyusuan ini, ia menjadi asbab terbukanya laluan kita ke syurga.


Let’s breastfeed, breastfeed itu Sunnah!









Salam Cinta Susu Ibu,

Cikgu Susu Anda









7 comments:

  1. Inn syaa allah may Allah ease everything...hidupkan sunnah..Keluarga bahagia..m

    ReplyDelete
  2. Inn syaa allah may Allah ease everything...hidupkan sunnah..Keluarga bahagia..m

    ReplyDelete
  3. in sya Allah...amin..
    breastfeed is sunnah...

    ReplyDelete
  4. Aaminn..breastfeed itu sunnah..bermujahadah untuk istiqamah

    ReplyDelete
  5. Aaminn..breastfeed itu sunnah..bermujahadah untuk istiqamah

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum cikgu, nak tanya, sy baru 5 minggu mengandungkan 2nd baby. Baby 1st dah berumur 1 tahun 3 bln n masih fully bf. Cuma 2 minggu ni susu sy drop teruk sgt.skrg sehari sy cuma dpt pam 3oz je dan proses mengepam sgt menyakitkan. Sdgkan sejak dia masuk setahun sy masuk dpt pam 9 oz sehari. Walaupun xbyk, cukup la utk makesure stok cukup. Apa sy patut buat ye cikgu? Teruskan atau stop? Bhya x utk kandungan? Saya masih sygkan moment mnyusukn dia 😌

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum cikgu, nak tanya, sy baru 5 minggu mengandungkan 2nd baby. Baby 1st dah berumur 1 tahun 3 bln n masih fully bf. Cuma 2 minggu ni susu sy drop teruk sgt.skrg sehari sy cuma dpt pam 3oz je dan proses mengepam sgt menyakitkan. Sdgkan sejak dia masuk setahun sy masuk dpt pam 9 oz sehari. Walaupun xbyk, cukup la utk makesure stok cukup. Apa sy patut buat ye cikgu? Teruskan atau stop? Bhya x utk kandungan? Saya masih sygkan moment mnyusukn dia 😌

    ReplyDelete