Thursday, 12 May 2016

IBU, JURURAWAT SETIA SANG ANAK


It’s dinner time. 

“Tak nak nasi! Tak nak sup!”

“Tak nak makan!”

Baik, Ummi sabar. Dah malam, jom tidur.

"Tak nak pakai baju! Tak nak aircond!”
 "Taknak tidur!"

Mata Ummi dah layu ni nak. Tapi Ummi bertabah.

I knew something was wrong with him. Badan dedar-dedar, dan tak nak makan terus (padahal Aydin ni sangat suka makan).

Inilah Aydin 4 hari lepas. Demam pula di kala Ummi tengah berpantang 20 hari. Oh dugaan kali ini.

Aydin sangat jarang demam. Tapi kalau demam, saya susah hati sangat sebab malam dia memang tak boleh tidur. Kalau demam, Aydin tak mahu makan langsung. Selalunya badannya akan terus susut walaupun demam cuma 2-3 hari sahaja.

Demi kesihatan sang anak permata hati, saya berjaga 2 malam berturut-turut. Kepala pun dah naik pusing. Setiap malam, suhu badannya tinggi. Seperti biasa, saya lap badan dia dengan tuala basah setiap 1 jam, kadang-kadang terbabas juga 2-3 jam akibat mengantuk.

Di samping itu, tugas menjaga dan susukan si adik baby Khadijah 2 jam sekali tak dilupakan. Saya tak perlukan alarm clock untuk susukan si adik baby, cukup rengek kecil dan manja Khadijah dah buat Ummi terjaga. Nursing on demand ya mommies.

Oh, Ummi dah bermata zombie 2 hari. Alhamdulillah, akhirnya Aydin beransur sihat.

Kisah si abang lain pula. Balik sahaja dari sekolah,

“Ummi, cikgu letak ubat kat tangan abang.”

“Kenapa, tangan abang kena apa?”

“Yusuf gigit tangan abang”, sambil tunjukkan luka kecil di tangan comelnya.

“Ummi, tolong letak ubat lagi”.

Anak-anak kalau sakit ke demam ke, hatta luka kecil pun mahu perhatian dan jagaan dari maknya, tak nak orang lain. Si ibu tempat diluah segala rasa, berkongsi rasa sedih dan sakit. 

Maka jadilah saya jururawat tetap anak-anak. Saya yakin anda pun sama. Seawal lahir ke dunia hingga ke usia dewasa, ibu-ibu masih menjadi jururawat setia sang anak.

Selalu kami dibuaikan dengan ceritera ibu kesayangan tentang kami enam beradik. Adik bongsu saya dari kecil kalau demam, demam teruk. Bapak dan mak terpaksa bawa dia pulang dari asrama dan menjaganya sepanjang malam sehingga demamnya kebah semula. 

Sekarang walaupun masing-masing sudah berkeluarga, mak masih risaukan anak-anaknya. Tapi sekarang mak jadi jururawat pencen lah. Hihi.

Walaupun apa sahaja profesion ibu di luar rumah, seorang ibu tetap menjadi yang pertama dan paling setia merawat anak-anak. Tangan yang membelai si kecil dari lahir manakan sama dengan tangan yang lain. Setiap doa dan kata hati kita semasa menjaga anak-anak pasti dikabulkan Allah.

Kita ibu, kita lah jururawat setia anak-anak.

Seorang ibu tidak akan pernah berhenti berkorban dan menyayangi anak-anaknya. Saya ucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua ibu.

Hats off to all mothers!




Salam Cinta Susu Ibu,

Cikgu Susu Anda




1 comment:

  1. Assalamualaikum,nie baru first time saya comment d blog cikgu..saya pregnant 7bln with twins.Saya dah niat kali ni utk breastfeed lama sikit sbb yg abg hanya 4 bln shja lps tue susu kering.Walaupun saya massage breast saya setiap kali mandi tapi tak ada pun tanda2 yg mcm org lain kata colostrum keluar.patut ke saya risau?

    ReplyDelete