Thursday, 12 May 2016

IBU, JURURAWAT SETIA SANG ANAK


It’s dinner time. 

“Tak nak nasi! Tak nak sup!”

“Tak nak makan!”

Baik, Ummi sabar. Dah malam, jom tidur.

"Tak nak pakai baju! Tak nak aircond!”
 "Taknak tidur!"

Mata Ummi dah layu ni nak. Tapi Ummi bertabah.

I knew something was wrong with him. Badan dedar-dedar, dan tak nak makan terus (padahal Aydin ni sangat suka makan).

Inilah Aydin 4 hari lepas. Demam pula di kala Ummi tengah berpantang 20 hari. Oh dugaan kali ini.

Aydin sangat jarang demam. Tapi kalau demam, saya susah hati sangat sebab malam dia memang tak boleh tidur. Kalau demam, Aydin tak mahu makan langsung. Selalunya badannya akan terus susut walaupun demam cuma 2-3 hari sahaja.

Demi kesihatan sang anak permata hati, saya berjaga 2 malam berturut-turut. Kepala pun dah naik pusing. Setiap malam, suhu badannya tinggi. Seperti biasa, saya lap badan dia dengan tuala basah setiap 1 jam, kadang-kadang terbabas juga 2-3 jam akibat mengantuk.

Di samping itu, tugas menjaga dan susukan si adik baby Khadijah 2 jam sekali tak dilupakan. Saya tak perlukan alarm clock untuk susukan si adik baby, cukup rengek kecil dan manja Khadijah dah buat Ummi terjaga. Nursing on demand ya mommies.

Oh, Ummi dah bermata zombie 2 hari. Alhamdulillah, akhirnya Aydin beransur sihat.

Kisah si abang lain pula. Balik sahaja dari sekolah,

“Ummi, cikgu letak ubat kat tangan abang.”

“Kenapa, tangan abang kena apa?”

“Yusuf gigit tangan abang”, sambil tunjukkan luka kecil di tangan comelnya.

“Ummi, tolong letak ubat lagi”.

Anak-anak kalau sakit ke demam ke, hatta luka kecil pun mahu perhatian dan jagaan dari maknya, tak nak orang lain. Si ibu tempat diluah segala rasa, berkongsi rasa sedih dan sakit. 

Maka jadilah saya jururawat tetap anak-anak. Saya yakin anda pun sama. Seawal lahir ke dunia hingga ke usia dewasa, ibu-ibu masih menjadi jururawat setia sang anak.

Selalu kami dibuaikan dengan ceritera ibu kesayangan tentang kami enam beradik. Adik bongsu saya dari kecil kalau demam, demam teruk. Bapak dan mak terpaksa bawa dia pulang dari asrama dan menjaganya sepanjang malam sehingga demamnya kebah semula. 

Sekarang walaupun masing-masing sudah berkeluarga, mak masih risaukan anak-anaknya. Tapi sekarang mak jadi jururawat pencen lah. Hihi.

Walaupun apa sahaja profesion ibu di luar rumah, seorang ibu tetap menjadi yang pertama dan paling setia merawat anak-anak. Tangan yang membelai si kecil dari lahir manakan sama dengan tangan yang lain. Setiap doa dan kata hati kita semasa menjaga anak-anak pasti dikabulkan Allah.

Kita ibu, kita lah jururawat setia anak-anak.

Seorang ibu tidak akan pernah berhenti berkorban dan menyayangi anak-anaknya. Saya ucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua ibu.

Hats off to all mothers!




Salam Cinta Susu Ibu,

Cikgu Susu Anda




Thursday, 5 May 2016

BREASTFEED ITU SUNNAH

Sebelum menempuhi alam dunia, anak kita menginap di satu tempat yang penuh kasih sayang, iaitu alam rahim. Di sini, anak dan ibu adalah satu. Berkongsi rasa dan deria melalui satu pertalian ajaib ciptaan Allah yang dipanggil tali pusat. Daripada tali pusat inilah juga anak kita menerima makanan semasa dalam kandungan.



Sesudah lahir ke dunia, anak dan ibu dipisahkan secara zahir. Anak dan ibu terpisah menjadi dua jasad berbeza. Rasa asing dan sunyi menerpa sang anak saat pertama kali keluar dari tempat yang selama 10 bulan dihuninya. 


Namun, dua jasad ini batinnya masih satu. Sama seperti di dalam kandungan, masih berkongsi rasa, sejuk panas, debar tenang, panik mahupun selesa bersama. Apakah pertalian ajaib kedua itu? Itu lah penyusuan ibu. MashaAllah. Begitu indah perhubungan ini, sang anak yang tadi menangis terus tenang didakap ibu. Anak comel yang tadi lapar menjadi kenyang mendapat aliran susu ibu yang penuh barakah Allah itu.

MashaAllah sungguh indahnya penyusuan ibu bukan sekadar itu. Ia ubat buat sang anak, penawar untuk kedukaan ibu. Anak dan ibu terikat dalam perhubungan murni itu.



Penyusuan ibu adalah perintah yang difirmankan Allah dalam al-Quran; Surah al-Baqarah ayat 233. Ia juga adalah Sunnah yang menjadi amalan ketika Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW dibesarkan.  Kata para ulama, pada setiap amalan sunnah terkandung kunci kepada Sa’adah iaitu kebahagiaan.


Saidina Anas RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

“Seseorang yang menyintai sunnahku adalah menyintaiku dan ia akan berada di dalam syurga bersamaku.” (Hadis Riwayat Tirmizi)



Apabila berbicara soal sunnah Nabi, ramai antara kita beranggapan bahawa sunnah itu sekadar amalan makan dan minum Nabi juga yang paling tersohor dan selalu menjadi senda gurau di kalangan lelaki; sunnah kahwin 4, berpoligami. Amalan sunnah Nabi SAW jika dilihat dari skop sebenar adalah sunnah adab, sunnah ibadat dan sunnah fikir risau Nabi SAW terhadap ummatnya.

And, what world are we living in today?

Kita ummat akhir zaman.

Zaman yang penuh kerosakan dan fitnah dunia. Zaman di mana akhlak anak-anak muda kini makin susut nilai islaminya. Semakin lama semakin hanyut dek arus duniawi. Akhirat ditinggal tepi. Era ini amalan sunnah dipandang jelek, amalan bukan Islam dipandang penuh mulia. Mahukah kita membesarkan anak-anak kita mengikut edaran arus ini atau berkorban menentang arus kerosakannya?

Penyusuan ibu adalah salah satu sunnah yang diamalkan sebagai satu usaha kita mentarbiyah dan membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak kita seawal 2 tahun pertama usianya. InshaAllah dengan sunnah ini, anak-anak akan dibesarkan dengan penuh perhatian, kasih sayang dan keselamatan dari ibu dan ayah.

Kita ummat akhir zaman yang hidup di zaman yang penuh cabaran. Tetapi kita adalah ummat Nabi Muhammad, ummat yang paling bertuah. Ummat ini diberi ganjaran berlipat kali ganda atas satu amalan.

Pada masa ini, jika seseorang Muslim tabah menghidupkan satu sunnah Nabi SAW akan diberi ganjaran seratus mati syahid.

Allah telah meletakkan kejayaan di dunia dan akhirat melalui kejayaan dalam agama. Kejayaan dalam agama tidak akan dapat kita kecapi melainkan hanyasanya dengan mengamalkan cara dan sunnah Nabi dalam kehidupan kita. Kita wajib menelusuri dan memahami pengorbanan dan perjuangan Nabi Allah ini. Wajib bagi kita beramal dengan cara Nabi, hidup cara Nabi, dan lalui apa yang Nabi kita lalui. Fahami dan amalkan sunnah Nabi.


Mari kita hidupkan Sunnah Nabi SAW sebagai panduan hidup kita. Semoga dengan mengamalkan sunnah penyusuan ini, ia menjadi asbab terbukanya laluan kita ke syurga.


Let’s breastfeed, breastfeed itu Sunnah!









Salam Cinta Susu Ibu,

Cikgu Susu Anda









Tuesday, 26 January 2016

CEKUR MANIS TAMBAH SUSU IBU

Baru-baru ini cikgu sekeluarga menghadiri majlis bacaan doa selamat dan makan-makan keluarga sempena kenaikan rumah baru abang ipar cikgu. Kalau nak tahu family sebelah biras cikgu (isteri kepada abang ipar cikgu) sangat handal memasak dan suka menjamu kami semua dengan masakan kampung yang memang superb lah taste nya!

Antara lauk pauk yang ada ialah pucuk cekur manis masak lemak. Masa tu rasa sedap sangat, cikgu pun makan lah dengan begitu berselera. Tak cukup dengan makan di sana, keluarga biras bekalkan lagi untuk kami bawa pulang. MashaAllah rezeki dari Allah. 

Sumber gambar: Website Rasa


Kata ibu mertua saya, cekur manis ini banyak khasiatnya. Kata pembantu saya pula, kalau di Indonesia, ibu berpantang dimasakkan sayur bening untuk menambahkan penghasilan susu. Ada yang buat kapsul untuk dijual di sana. 

Secara saintifik pula, cekur manis ini tinggi kandungan vitamin B, C, protein dan mineral. Banyak digunakan untuk merawat ibu selepas bersalin dan membantu ibu mengatasi masalah kekurangan susu ibu.

Bagi yang belum tahu, cikgu sekarang sedang hamil anak ketiga. Kandungan pun dah nak masuk trimester ketiga. Alhamdulillah, kehamilan kali ini dikurniakan kesihatan yang baik. 

Seperti biasa sejak usia kandungan 6 bulan, setiap hari saya mula melakukan breast massage sebagai persediaan untuk membantu melancarkan susu nanti. Bahagian payudara juga dah mula mengalami perubahan. Bagi yang kali pertama hamil, ianya normal jika anda merasa breast kadangkala berdenyut atau mula membesar. Anda seharusnya gembira kerana ini menunjukkan diri anda sedang melalui fasa penghasilan susu ibu.

Sepanjang kehamilan, saya teruskan dengan pengambilan sayuran hijau dan pelbagai warna yang lebih banyak berbanding nasi. Memang terasa perbezaan kehamilan kali ini dengan 2 kehamilan yang lepas. Kali ini berat tidak naik mendadak dan terlalu banyak, tetapi kenaikan yang konsisten dan sihat (kata doktor).

Nak dijadikan cerita,  dalam 2 hari yang lepas itulah menu sayur utama cikgu makan. Huhu. Sedap sungguh. Dalam 2 hari ini juga cikgu rasakan bahagian breast mula berdenyut lebih kuat dari biasa. Rutin seharian cikgu buat breast massage, alangkah gumbiranya hati bila nampak susu awal (kolostrum) dah mula keluar seawal usia kandungan 6 bulan setengah ni. Semasa hamilkan Aydin dulu, kolostrum mula keluar pada usia kandungan hampir 8 bulan. 

Siapa yang sedang hamil dan menanti kelahiran bayi anda, cikgu nak share sedikit tips untuk bantu pengeluaran dan kelancaran susu nanti:

1. Tanamkan niat.

Seawal hari pertama anda dapat tahu anda hamil, terus niatkan mahu susukan anak dengan susu ibu sahaja. Sepanjang kehamilan, berdoa supaya Allah mudahkan penyusuan dan lancarkan penghasilan susu untuk bayi nanti.

2. Amalkan pengambilan buah dan sayuran hijau.

Selalunya kita dengar orang cakap amalkan pemakanan sihat sepanjang hamil untuk sediakan badan untuk menghasilkan susu. Tetapi to be specific, anda mesti makan buah, sayuran hijau dan pelbagai jenis sayuran yang bukan warna hijau sepanjang kehamilan anda. Ia sumber utama garam mineral dan vitamin yang membantu badan anda bersedia. Boleh cuba juga mengambil sayuran yang dipercayai turun temurun dapat membantu meningkatkan penghasilan walaupun masih sedang hamil.

Antara yang cikgu amalkan setiap hari untuk kehamilan ketiga ini:

1. Buah pisang - 1 batang sehari.
2. Buah delima.
3. Buat tin (dry figs).
4. Buah kurma.
5. Epal dan oren (rotate 1 biji setiap hari).
6. Sayur bendi.
7. Brokoli.
8. Sawi.
9. Lobak merah.
10. Kailan.
11. Susu.
12. Oats (kalau tak mampu makan sebagai meal, buat lactation cookies).
13. Air Nabeez (kurma / kismis).
14. Susu kambing / susu lembu fresh.
15. Minyak kelapa dara.
16. Air madu + pati delima (selang seli dengan air Nabeez).

3. Bacaan al-Quran setiap hari.

Amalkan membaca al-Quran setiap hari, jangan miss. Ini sebagai ubat penenang ibu hamil. Almaklumlah ibu hamil ini, makin besar kandungannya makin banyak tenaga yang digunakan. Ibu pun cepat letih. Jika kita perlu menguruskan rumahtangga dan anak-anak lain lagi, tahap stress makin meningkat. 

Allah jadikan Quran sebagai peringatan, penawar dan penenang buat kita. Amalkan setiap hari untuk sustain tahap emosi kita. Bukan itu sahaja, ia sangat penting untuk pastikan sistem tubuh berfungsi dengan baik. Al-Quran sebagai as-syifa (penawar dan penyembuh).

Selain itu, ia bantu pengawalan pernafasan kita semasa hamil. Makin besar perutnya, makin susah kita nak control pernafasan kita kan, cepat mengah ye dak. Dengan mengaji kita bantu latih daya pernafasan kita menjadi lebih baik.

4. Lakukan breast massage.

Jika belum mula, boleh lah buat hari ni. Just a simple massage pada payudara untuk melancarkan kapilari darah dan saluran susu pada breast. Ini membantu melegakan sebarang ketidakselesaan / kesakitan yang dialami semasa perubahan breast. Semasa mandi, anda boleh lakukan breast massage dan mampatkan/picitkan perlahan kawasan tampuk hitam (areola) untuk membantu membuka aliran pada puting susu (orang dulu-dulu panggil mata susu).

Jangan lupa untuk menukar ke saiz bra yang sesuai dengan anda apabila payudara mula membesar kerana pemakaian bra yang terlalu kecil/sempit akan mengganggu peredaran darah di sekitar kawasan payudara.


Inilah beberapa tips yang sudah saya amalkan sejak kehamilan yang lalu. Beberapa tambahan saya lakukan terutamanya bab pemakanan (makanan dan minuman yang diambil). Alhamdulillah, kelihatan kesan yang positif setakat ini. 

Jika usia kandungan sudah matang dan hampir ke penghujung, usah risau sebab masih belum terlambat untuk anda mengamalkan tips-tips di atas. Tips-tips ini hanyalah ikhtiar dan usaha, kejayaan sebenar datang dari rezeki kurniaan Allah. 

Cikgu doakan anda semua dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehamilan dan dapat menyusukan anak dengan baik nanti.

Mari kita berazam dan tanamkan niat supaya penyusuan kita menjadi asbab lahirnya anak yang sihat sempurna sifat, baik mahmudah akhlaknya dan menjadi khalifah yang tegas dan teguh pada agama Allah.





Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda



Friday, 15 January 2016

CARA AYAH HANDLE EBM BILA MAK OUTSTATION

Dup dap dup dap dup dap.
Itu bunyi jantung mak bila dapat surat kena outstation.

Disebabkan jadual kerja yang sangat padat dan kena berada di site terpaksalah tinggalkan baby dengan ayahnya di rumah. Jika keadaan mengizinkan dah lama angkut anak sekali kan mak. Huhu mencabar ni jiwa dan emosi nak tinggalkan anak fully breastfeeding ni.

Doakan yang baik-baik ye. Doa seorang ibu, doa mustajab.

Soalan ibu:
"Assalamualaikum cikgu. Saye nak bertanya. Saya akan out station selama lebih kurang 3 minggu dan terpaksa tinggalkan baby. jadinya macam mana nak buat ye, bila malam utk panaskan susu bila baby nak minum. Boleh tak panaskan siap2 letak dalam tarmos atau kena panaskan masa dia nak minum.
Boleh cikgu bgtau macam mana cara paling senang sebab baby akan tinggal dengan ayah dia. Terima kasih cikgu." - RMN



Solusi cikgu:



Susu ibu yang sudah dipanaskan hanya bertahan 1 jam shj (dari mula ia dipanaskan). Jadi pilihan utk warm kan susu siap2 dan simpan dlm termos tidak digalakkan.



Tahukah mommies, ebm tidak semestinya wajib dipanaskan sebelum diberi kpd baby. Memanaskan susu cuma utk membantu baby menerima susu dgn mudah. Bukan utk protect susu dari dicemari. Jadi walaupun suhu susu kekal dlm termos, berkemungkinan boleh dicemari oleh bakteria juga jika melebihi tempoh 1 jam. Ingat: aktiviti bakteria aktif pada suhu bilik dan suhu di bawah 60 Celcius.



Ayah boleh lakukan seperti ini:



1. Keluarkan susu yg sudah dicairkan (thawed ebm) atau chilled ebm dari peti sejuk dan simpan di dalam cooler bag (atau cooler box) di dalam bilik. Cooler box mesti ada ice pack ya.
2. Set alarm ikut jadual penyusuan baby. Gap paling optimum setiap 2 jam sekali.
3. Keluarkan botol susu pada suhu bilik dlm 5-15 minit sebelum memberi kpd baby (utk izinkan suhu susu menjadi sedikit warm (tidak sejuk/ tidak pula panas) pada suhu bilik). Atau keluarkan botol susu dan suamkan dlm warmer dlm 5-10 minit. Pastikan tidak lupa untuk goyangkan perlahan botol susu supaya kandungan lemak dan air bercampur sebati.



Atau



1. Jika ebm itu disimpan di dalam cooler bag/box yg tak ada ice pack, jangka hayat susu itu bertahan selama 4 jam pada suhu bilik (ini bagi thawed/chilled ebm yang belum dipanaskan lagi ye).
2. Set alarm ikut jadual penyusuan baby.
3. Berikan ebm kepada baby apabila sampai jadual menyusu baby. Tak perlu panaskan lagi. Cuma goyangkan botol susu supaya kandungan lemak dan air bercampur sebati.

**Peringatan: Pastikan EBM ini tak berada pada suhu bilik melebihi 4 jam ya.

Mommies ada cadangan lain? Komen cadangan semua amat dialu-alukan.



Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.



P/S: Salute to all daddies yang berjaya menjaga baby sepanjang ibu outstation. Cayalah!





Rujukan:
1. Unit Laktasi PPUM
2. Buku: Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu - Dr. Faridah Idris



Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda






Senarai breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Thursday, 14 January 2016

PUTUS SUSU > SAMBUNG BALIK


Mommy:

"Cikgu, saya dah putus susu. Menyusu masa berpantang je. Sekarang baru masuk 3 bulan. Susu tak banyak dah. Dah campur formula. Tapi baby ada menyusu lg bila dgn saya. Agak2 kalau saya nak fully bf semula boleh ke?"
-IM

Jawapan cikgu susu:

Tahniah kerana masih ada kesedaran dan niat utk memberikan yg terbaik kepada si comel puan. 
Ya, tidak mustahil puan boleh menyusu sepenuhnya semula. Lebih kurang sama dgn ibu yang mengambil anak angkat. Usaha keras perlu ada. Dan puan harus bersedia melalui perjalanan ini secara fizikal dan mental.
Banyakkan berdoa mohon keberkatan rezeki dari Allah. Sabar dan solat kunci utama.
Kemudian tukar rutin dari sekarang. Mulakan rutin ibu menyusu hari ini. Amalkan pemakanan sihat dan semulajadi. Tambah rutin penyusuan dan memerah (ya walaupun keluar angin/ hanya sikit susu pada mulanya). Tujuan stimulasi yg kerap untuk beritahu badan anda, anda mahu hasilkan susu yg lebih banyak. Your baby needs milk, more milk!
Elakkan pergantungan kepada susu formula. Utamakan direct feeding bila bersama baby. Pemberian susu formula menyebabkan baby kenyang dan tidak lagi mahu menyusu. Ini mengganggu demand pada penghasilan susu.
Dalam konvensyen Kump Sokongan Penyusuan Susu Ibu yang lalu (Disember 2015), seorang ibu berkongsi cerita melakukan induce lactation (cetusan penyusuan anak angkat). Umur beliau dlm lingkungan 40-an. MashaAllah, ajaib sungguh ciptaan Allah. Yg memohon dgn hati yg ikhlas dan istiqamah berusaha pasti Allah makbulkan. Benar, doa seorang ibu itu mustajab.
Jika beliau boleh, anda juga pasti boleh. InshaAllah. 
1. Be ready. Bersedia berkorban masa dan tenaga.
2. Positive dan percaya.
3. Effort mesti ada. (kalau tak buat, takkan berjaya)
4. Istiqamah. Mesti konsisten. 

Rujuk link ini untuk penghasilan susu semula: Relaktasi / Induced Lactation dan Rutin Ibu Menyusu


Semoga dipermudahkan.


Hapuslah air matamu ibu.

“Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)



Salam Cinta Susu Ibu,
Cikgu Susu Anda
cikgususu.com






Senarai breast pump berkualiti? Klik di link ini: www.pumponthego.com/shopnow

Thursday, 31 December 2015

AZAM BARU IBU MENYUSU

Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2015. Apakah pencapaian terbaik anda tahun ni? Cikgu doakan anda berjaya memperolehi apa yang dihajatkan dari awal tahun yang lalu. 

Ada yang idamkan melahirkan anak kembar
Ada juga berhajat mendapatkan pam / aksesori idaman, ye lah dah berbulan-bulan tidur termimpikannya kan..
Tak kurang juga yang impikan ada stok susu yang melimpah ruah, buat bekalan si comel dan anak-anak susuan

Namun, cikgu pasti ramai sekali yang sentiasa menginginkan penyusuan yang lancar, mudah dan anak yang kuat dan sehat dgn susu ibu.

Saya sendiri sentiasa berdoa sebegitu untuk anak-anak dan ibu semua. 

Walau bagaimanapun, sepanjang tahun ini, mungkin anda telah melalui ups and downs atau pahit getir penyusuan si kecil. Kadangkala hingga rasa tertekan dan mahu berhenti menyusu. But look, it's end of the year and you managed to pull through! Anda masih bertahan hingga hari terakhir tahun ini.

Jika kecundang di pertengahan jalan, ambil iktibar dan pengajaran. Jadikan peristiwa itu sebagai turning point untuk anda memperbaiki diri. Cikgu percaya semua jalan cerita hidup kita ditulis dan ditentukan Allah, setiapnya ada hikmah tersendiri.

Tidak mudah nak jadi senang,
Tak susah nak jadi susah.

Jaga hubungan dengan Allah, tambah rasa syukur, dalam banyak nikmat yang kita rasa kita tak dapat, kita masih di sini menghirup oksigen percuma kurniaan Ilahi.

"Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)

Jom topup ilmu, kongsi cerita suka duka dengan rakan seperjuangan. Buat kita tambah kuat, tambah macho, tambah sado. Semua ibu adalah hebat dan heroin di mata anaknya, regardless berjaya menyusu sepenuhnya atau tidak.

Yang penting, cuba sebaik mungkin, hingga berjaya, sampai jadi. Jangan cepat putus asa dan menyerah.

Pengalaman turun naik semasa berjuang menyusukan anak-anak inilah menjadi guru terbaik buat ibu menyusu semua. Apa yang berlaku tahun ini sudah pasti menjadi pengajaran terbaik untuk kita semua. 

Yang mana salah, pasti tidak diulangi lagi tahun depan. Yang mana betul dan menjadi, kita istiqamah dan terus konsisten. Kita semua masih dalam proses pembelajaran. Belajar jadi ibu yang baik, lebih baik dan lebih lebih baik dari yang sebelum ini. Kita cuba sama-sama ya.

Terima kasih kerana sudi membaca email dan tips kiriman cikgu. Cikgu harap ia menjadi panduan untuk anda menyusukan anak dengan lebih tenang dan mudah.

Ibu boleh mendapat info, tips dan sharing penyusuan dari cikgu dari blog ini dan juga penulisan cikgu Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya sebagai panduan sepanjang menyusukan anak.

Bagi pihak Family PumpOnTheGo, cikgu mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda. Tanpa support anda, siapalah kami. Kami juga ambil kesempatan ini untuk meminta maaf sekiranya anda pernah terguris hati atau mengalami sebarang masalah sepanjang berurus niaga dengan PumpOnTheGo.

Cikgu dan seluruh family PumpOnTheGo mendoakan ibu menyusu semua dapat meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun dengan mudah.

Semoga tahun 2016 membawa lebih banyak barakah dan nikmat kepada kita semua. 



Salam sayang dari

Cikgu Susu Anda
PumpOnTheGo

Kaunselor Laktasi Bertauliah

Wednesday, 25 November 2015

SABAR DAN CINTA

Saya dah jumpa ramai ibu yg menempuhi jalan cerita yg berbeza.

Ada ibu yg berbulan-bulan anaknya di NICU kerana bayi lahir pramatang. Ibu bekerja sepenuh masa dan mempunyai anak kembar, yg struggle dgn masa dan keletihan. Ada yg mengalami infection pd luka pembedahan, sakit berminggu-minggu lamanya.

Tak sikit juga yg luka pada puting sampai berdarah dan crack teruk. Ramai juga yg kena bengkak susu yg tak surut-surut sampai berulang kali keluar masuk hospital. Ada yg hasil perahan cukup2 makan setiap hari.

Antara semua situasi ini, ada satu yg persamaan antara mereka. Mereka masih terus menyusukan anak dan mereka berjaya.

I learnt from someone, if you want to succeed in what you do, you have to be patient and passionate about it.

Apa yg membezakan mereka ini dgn ibu-ibu yg kecundang adalah mereka punyai SABAR dan CINTA.

Tak siapa pernah cakap jadi ibu ni senang, semudah ABC atau Alif Ba Ta. Tapi ianya satu proses pembelajaran step by step, 1 2 3. Anda akan rasa mudah bila sampai masanya nanti.

Anda perlu belajar bersabar dan cintakan tugas anda ini.

SABAR macam mana yang saya maksudkan?

Bila baby menyusu dgn kerap sekerap 1-2 jam sekali. SABAR.
Jika baby nak mengempeng siang dan malam bila ada bersama kita. SABAR.
Bila hasil perahan tak cukup pada hari itu. SABAR.
Kita tak cukup tidur dan tersengguk2 di pejabat esok harinya. SABAR.
Orang di sekeliling tidak menyokong usaha anda. SABAR.

You will never succeed, until you love what you do.

Rasa terbeban nak kena pump hari2 atau marah berjaga malam kerana menyusukan anak? Nampaknya masih belum cukup cinta dalam diri anda.

Ibu-ibu,
  Cinta lah pada Allah yg ciptakan kita di muka bumi ini. Yg memberikan rezeki, yg meminjamkan sang anak kepada kita di dunia yg sementara ni.
  Cintakan Nabi kita kerana disebabkan baginda kita menuruti sunnah penyusuan ini.
  Cintakan sifat Rahim (sayang) yg Allah alirkan dlm badan kita sebagai ibu utk kita berikan kpd anak kita.
  Cinta lah kita pd diri kerana Allah memilih kita utk menjadi ibu.
  Cintakan penyusuan kerana dgn ini kita alirkan rasa cinta sayang kepada si anak.

Hilangkan sifat lemah jiwa, kata goyang dan kalah pada susu lain selain susu ibu. Kebalkan diri, pekakkan telinga dari kata negatif. Usah memendam berseorang. Dapatkan ilmu dan sokongan dari rakan yang sama berjuang.

#cikgususu